Thursday, October 3, 2013

apple of my eyes - mika

Dah lama tak borak² pasal budak bernama Ahmad Mikhail Haris kan? I rasa dia macam dah besar sangat dah. As he grow bigger, dia macam dah start ada his own attitude. Takde dah nak ikut orang sangat. If can, dia nak buat hal dia sendiri. Bagi Ipad, cartoon, dia duduk diam je la layan 2 benda tu. If ajak keluar, depends pergi mana. Kalau tak dulu asyik la nak ikut. Now macam susah benar nak ajak keluar unless keluar jalan shopping mall ke.

Tantrum masih ada tapi dia usually kalau tak kasi buat lagi dia nak buat. If nak suruh buat something memang banyak kali la kena suruh. Maybe age ni memang susah dengar cakap. Tapi if mood dia ok, baik je la dia tolong buat itu ini. Dah train tidur bilik sendiri in fact dah pernah pon tidur bilik sendiri before ni tapi lately tak nak tidur sorang, nak tidur satu bilik ngan kitaorang. Sebab Mika ni December baby, ikut bulan dia 4 tahun 10 bulan belum pon 5 tahun. Maybe sebab tu, dia belum mature lagi dari segi age. If dia nak nangis kat public, dia nangis je. Sikit pon tak takut. Tak dapat apa dia nak pon dia akan nangis. Tak la all the time, ada masa² dia. Sometimes tu kita cakap baik², dia ok je. Siap cakap “Ok, next time la” Dah mula memahami gaks.

Makan masih lagi memilih. I masak macam² pon belum tentu dia nak makan. Jealous la orang yang anak dia makan je apa mak dia masak. Tapi dia masih on milk, so I tak risau sangat. Physical wise camtu la dia. Chubby², bulat² tapi cam rasa dah slim down sikit je. Oh sangat susah nak tidur siang bila mommy daddy dekat rumah. Bibik hebat la sebab boleh buat dia tidur. Tapi kalau time keluar naik kereta, if dia penat sangat tertidur la gaks.

As a big brother, sometimes adik yang kena mengalah. Berebut barang semestinya la. Kat rumah sorang satu ada ipad tapi masih nak yang sorang lagi tu pegang. Sama je apps dalam both ipad tuh. Tapi bila baik, gurau sampai gelak² jerit². Selagi belum ada scene nangis, selagi tu tak berhenti. Selalu if Aariq nangis, yang kena Mika la sebab dia besar kan? I paling tension bila dah berbuih mulut cakap jangan jangan jangan..tup tup dengar Aariq nangis. Memang amarah la. Tapi dalam marah² tu bila dah cool down, I kesian pulak tengok Mika asyik kena marah. Mula la rasa bersalah, kiss2 dia masa dia tengah tidur or before dia sleep tu slow talk ngan dia. Serious I rasa macam kejap je dah 5 tahun.

I ingat pas ni nak bawak dia keluar, tapi 2 orang je. Wanna spend some quality time with my boy. I love you so much, Mika! Be a good son and brother. Mommy doakan the best for you. May Allah bless you always my son.





No comments: