Monday, September 30, 2013

ERL ride

...continue post semalam. Then we all decide nak bawak the kids naik ERL. My idea la tu and it was so sudden. Aariq memang langsung tak pernah naik train. Last Mika naik pon lama dah..year 2011. So why not? Drive ke Putrajaya, amik ERL ke KLIA. Tapi kejap sgt dah sampai.


 panas² macam pon boleh tidur budak ni


 i'm happy if he is happy
rajin pulak nak baca peter&jane..
kat rumah kena suruh banyak kali baru nak baca

Sampai airport tak buat apa pon. Nak tengok plane ke apa terus lupa sebab Mika sibuk lapar lapar lapar. Since bukan first time the kids sampai airport so takde la rasa teruja sangat sebab tu lupa. Kat airport ada lah 10 minit je kat situ. Naik balik ERL, sampai then terus ke Alamanda.

Since my sister bersusah payah buat dialog for these photos in Instagram, I'm going to post them here la as captions. Kamu memang dut, dut!

"Datuk lihat, wajah baru train kini tanpa kerusi bayi yg cukup" kata Menteri Pengangkutan, Dato' Mikhail sambil diperhatikan oleh Dato' Aariq dgn wajah tidak puas hati
 
"saya rasa kamu kene tambahkan lagi infrastruktur kerusi untul bayi di dalam train" kata Dato' Aariq 
"baik Dato', saya akan usulkan"


Oh my, lupa pulak weekend plus lunch time at Alamanda. Pack la apa lagi. Mika nak makan TCRS, kena queue up pulak dah la tempat tu kecik. I rasa paling congested kat Alamanda ni la. Tempat lain tak la padat macam ni. Probably because tempat kecik but meja dalam tu banyak. Sempat singgah Toys R Us then that’s it, jom la kita balik. Cam ramai sangat orang sampai I headache.

Sunday, September 29, 2013

weekend is here

Come weekend, I memang tak suka nak duduk rumah unless nak buat something kat rumah. Sebab although weekend, if duduk rumah masing² buat hal masing². Dengan gadget la, computer la, tv la..duduk je rumah tapi takde activity sama². Boringggggg….so baik la keluar kan boleh spend time together. Actually banyak benda nak fix kat rumah tu. Bilik Mika for example. Dari hari tu sampai la hari ni tak siap kan betul².

Pagi as usual bawak the kids to the park. Sampai pukul 7.45 pagi tapi now dah cepat terang kan..so by 8 dah start panas. Ideal time maybe 7.15 – 7.30am macam tu. Since both my kids early risers, senang la nak bangun pagi. Dah biasa dah kot sejak almost 5 tahun lepas. Done with park, drop the kids kat rumah dulu then pergi bfast ngan hubby. PH ni agak limited la tempat bfast. Pusing² area tu gaks. Tengah bfast ternampak my dad tapi dia dengan his friends. Discuss apa ntah. Sampai rumah tengok my mom and sister ada kat rumah visiting the kids..eh to be continued la..nak settle something japs

Saturday, September 28, 2013

movie night

For movie night, we watched The H.a.n.g.over Part III. Dulu dah tengok the 1st and 2nd tapi macam ingat² lupa. The characters I ingat la lagi but jalan cerita dulu² tu cam tak ingat sangat. Dok la tanya hubby ni siapa, apa connection dia bla bla. Usually hubby memang akan layan la soalan² bonus dari wife dia ni. Cuba the other way round, sure kena suruh diam dah. I la yang malas nak entertain sebab haaa..sapa suruh tak pay attention. But hubby jarang la macam tu. Now you know siapa garang dan tak garang kat rumah tu kan? Anyways, the movie was ok la, a comedy film ditemani maggi asam laksa. Just what I need on a Friday night

Friday, September 27, 2013

pening

I is pening. Just called BB, dia cakap ada open day next Saturday. OK good, at least dah boleh start tengok² that school dulu. My best friend recommends SL as she sends her daughters there then macam +ve improvement. Actually all school sama je kan? Depends on how the kids adapt and also the teaching method the teachers use. Ok tu je, very short post.

Thursday, September 26, 2013

RK no more :(


Received this letter yesterday. Sob sob. Looks like we have to say goodbye to Real Kids. PH branch will be relocated to Sunway. Memang tak la nak hantar jauh ke situ. The nearest one pon kat USJ 12. Sedih sebab dah 2 years Mika kat sana then memang all this while we like the program yang they all offer. Masa survey² school for Mika memang yang ni paling we all berkenan. Eh survey 2 school je kot dulu. Yang lagi satu tu cam tak berapa nak suka sebab too big. Remember this post? (budget orang tahu la blog kamu tu eeja nak remember remember bagai) Tapi sedih² pon memang ada rasa nak tukar kan school cuma time tu 50-50 sebab time concert tu, best je tengok budak² 6 yrs old graduate especially those yang dari 4 yrs old dah kat RK. Tanya teacher dia tadi, dia cakap management's decision. Even the staffs pon unsure on their status yet. Nak cakap tak ramai student, ada je ramai. Btw, Mika's teacher pon dah lama takde kat RK. Don't really know what happened to her. Dah tanya but they all macam P&C je. Teacher dia since Mika 4 yr old la. Memang dah ada bond. I guess it is a sign to change school.

Anyways, masa we all pay for 2013 semester fee last time, we all tak tahu pon nak ada Brainy Bunch kat PH. Fyi, RK agak advance bab² semester fee ni. Few months before school habis, dia dah tanya if kita interested tak nak enroll our kids to RK next year and to pay at least half to confirm the place and another half just before the new sem starts. Bila dah settle sem fee and all baru tahu la, ada rupanya but memang ok je la with RK. Ada gaks rasa nak tukar Mika ke BB but since dah pay for his sem fee tak la nak tukar. Maybe time Aariq boleh consider.

Tapi now dah relocate, memang kena cari la school lain. School still ada sampai end of sem btw. Next year onwards je takde dah. Kat PH ada la few options:

  • R.E.A.L Kids
  • Q-Dees (ni the other school we all survey dulu)
  • Genius Aulad
  • Little Caliphs
  • Brainy Bunch
  • Smart Reader
  • San Lorenzo Montessori (ada 2 centres kat PH. one in our own laman)
  • Kinderland (in our own laman too)
  • Tadika Sinaran Intelek
Errmm..I think yang listed above are the popular ones. Tak silap montessori method only for Brainy Bunch and San Lorenzo. Not sure for others. Tadi hubby dah register online for BB as that is our first choice now. Nak cari Islamic based and dia ada program till 3pm. Next year Mika dah 6 yrs old so kena hard work sikit in preparation for standard 1. 

If possible nak cari school yang ada daycare skali coz you'll never know kan. Now ada la maid but tak tahu esok lusa camna. Kat my office ada je REAL Kids + daycare, same building (convenient kan?) tapi applicable kalau takde maid la. Kang I hantar sini bibik goyang kaki pulak kat rumah. Sah² kena amik full day sebab jauh nak commute. It's ok. As much as I like the program, tak boleh consider this option sebab tak applicable. Let's wait for BB to get back to us first. If full baru cari option lain. Wish us luck!

Sunday, September 22, 2013

entry ntah apa² je

The same Sunday, petang tu rasa nak makan spaghetti. Konon la nak aglio oglio tapi in the end jadi spaghetti campak² je. Janji ada watak utama seperti olive oil, garlic, prawn, chilli flakes, crushed black pepper sudah la. I letak gak capsicum, brocolli and carrot. Cili kering tu saja tambah bagi sedap (sedap ke? Tak malu betul puji diri sendiri tapi hubby tambah 2 kali. Camna tu?). For the kids, before I tambah chilli flakes yang pedas² tu, I dah put aside.


Post di akhiri dengan pic Aariq yang kepenatan sebab tidur 1/2 jam je hari ni. Jam yang selebih nya main dan tak duduk diam. Baju dinosaur lagi kamu. Bought this PJ masa gi GC pastu cam regret beli satu je sebab dia macam best pakai tidur. Mika pon ada one set but his one gambar monster. Ni sure baju paling atas, capai dan terus pakai. Usually hubby and bibik la suka amik yang paling atas. If I sure cam, eh dah pakai baju ni hari tu, baju lain pulak pastu suka amik bawah². OK post dah merepek². Enough. Full stop.

muka berkerut tidur sebab flash la tu

mamak session with aariq

Sekali sekala breakfast dgn Aariq ok gaks. So far sangat behave. Makan pon laju je. Mika now dah besar sangat. Malas dia nak follow we all keluar breakfast/dinner. He prefers to stay at home with bibik dia tu. Huhuhuh..tapi kekadang tu rindu nak keluar dengan dia, we all paksa dia gaks keluar. Rindu kot nak borak². Usually Sunday morning ke mamak if hubby takde bola. Kat sini confirm I makan nasi goreng, telur mata dan nescafe tarik. If nasi goreng takde, boleh buat takde mood nak breakfast. Sanggup tak nak makan. Boleh je order yang dia gorengkan tapi I suka yang dah siap goreng tu. Photos taken kat kedai mamak, our usual place for breakfast. Takde gambar food pulak, just this cheeky boy.


baru lepas kena "cubit" kat lengan kiri tu..mamak tu geram benar kat dia

Saturday, September 21, 2013

kenduri aqiqah baby Ilyas

Saturday was well spent with the in-laws sebab ada kenduri aqiqah baby Ilyas, newborn to BIL and wifey. Sampai sana at 11 and that time dah start Marhaban. By 12 dah start lunch and food adalah sedap. Same catering masa Aariq aqiqah dulu (dapat sebab MIL la recommend). Kambing pon sedap.

The kids pandai bawa diri. Aariq tak takut orang dah, so dia macam berani nak pergi sana sini sebab dah biasa gaks dengan rumah PIL. My parents sampai at 2pm dan memang plan nak tumpangkan Aariq with bibik sekali Mika pon nak ikut. Sebab nya, dia macam boring takde kawan pastu kan manja Tok Mi. Balik pon nak duduk depan ngan Tok Mi dia. Ish..dah besar la kamu. Ada la kids lain tapi semua girls. Adam kecik lagi pulak. Mika ni dah start jadi malu² nak bersosial nak warm up pon lambat je apatah lagi dengan girls.

Bila the kids dah balik, baru la bebas nak ke sana ke sini. Macam la masa they all ada tak bebas. Ada je bibik tolong tengokkan but you get what I mean. I tengok hall lagi satu banyak cawan dah guna so I terus kutip semua pergi basuh. Lama ni tak basuh-membasuh, tiba² jadi rajin pulak. By 5 something, hubby and I excuse ourselves. Nak balik kutip the kids pulak kat rumah my mom and my MIL pack punya la banyak lauk. That night lauk tu semua masuk fridge je. Hubby went out with his friends and by 10 saya sudah tidur. Awal nya la for Saturday night.

baby Ilyas. another boy in the family


new parents in the house. congrats u all :)  
this is aimi's niece
comel sangat. memang i geram je dengan dia
rambut dah la curly, perang pulak tu
sarah with her new friends, aimi's nieces too
the middle one sama age with mika. sangat friendly and smart
pandai cakap pulak tu. macam best la tengok girls ni. attitude lain sikit
so saya macam culture shock. siap join they all main cikgu² boleh?
this is adam. anak my SIL
anak² kak mas macam banyak ikut dia
ilyas with his two aunts
 my SIL practice ke?
 my two mommies
 and the two daddies

Friday, September 20, 2013

movie night

Sekali sekala layan la movie light². For movie night last Friday, tengok la this comedy movie "T.h.i.s is the End". Dalam movie ni ramai actors buat cameo ie Rihanna, Jason Segel, Micheal Cera, Channing Tantum, Paul Rudd dan ramai lagi la. The main actors yang look familiar to me ada lah dalam 3 orang. Boleh la layan this movie tapi dia cam agak tidak logic la. But okay la..funny je. More about this movie here (beware of spoiler alert).

pic from google

gws

We took Aariq to see the Paed yesterday sebab masa I balik from work, bibik cakap badan dia panas² sikit. Memang the night before dia dah start batuk². Alahai, jangan la demam teruk sayang. This time pergi clinic dia dah berani dah. Ikut je doctor cakap apa. Siap point kat tummy and mouth dia bila doctor baru nak check. According to the doctor, throat dia merah. Alang² dah check Aariq, check Mika sekali sebab Mika ni pon ada macam flu gaks but Mika doctor cakap not to worry much lagi pon dia tak fever. Just monitor je la. I paling takut anak demam dan batuk. Cam kesian nya lah.

So that night I told my mom sebab ingat nak hantar the kids esok to her house tapi dia cakap ada medical check-up pulak. It's ok, sebab hubby pon study leave. Ada exam in the morning then petang dia dah ada kat rumah. But early this morning, my mom call cakap takpe la, dia boleh reschedule her check-up and will come to my house masa time hubby away. Thanks Umi!! Lega sikit rasa ada orang nak monitor. Alhamdulillah, fever Aariq pon dah kurang. Petang elok je dia main².

Tuesday, September 17, 2013

goodnight aariq

Aariq ni bila nak tidur malam sure nak mommy gaks tidur kan dia. Sama la Mika dulu pon macam tu. Jarang sangat nak daddy dia. So usually at night, memang itu lah routine saya. 8pm dah golek² dalam bilik. Tengok berita then switch to Baby TV bagi dia leka dan mengantuk. Mika kadang² join la but most of the time dia tidur in his own room and hubby temankan sampai la dia tertidur. If nasib baik I bangun balik lepas Aariq dah tidur if ngantuk sangat, sampai ke pagi la tidur.

silau la flash 
mengada² ni. usually dia tidur sini dulu then baru transfer dlm baby cot
ok smile dulu before sleep. rare pic of him smiling

Monday, September 16, 2013

lepak day

On Malaysia day tak pergi mana pon. Dah macam takde idea nak pergi mana dah. Patut ke BM tapi again, nobody is at home so yeah, tak jadi la. Petang je baru keluar nak buat light marketing then try la ke Giant baru kat USJ. I have to admit Giant tu is way better than the one in PH. Lagi modern, besar, choice pon banyak siap ada trolley for kids lagi. Cuma kat situ congested sikit la. Ni pon sebab public holiday tak banyak sangat kereta. If hari kerja, haih..sure jam. Time baru sampai tu, Aariq boleh pulak buat business. Time tak bawak pampers extra time tu la dia berbusiness. Terpaksa beli pampers dulu, tukar kan baru masuk Giant. Eventhough baby room dia ala kadar je tapi ok la, at least ada baby room. Done with that, pergi tahpau char kuey teow sedap kat Carlos, USJ 9. I tak suka sangat char kuey teow sebenarnya tapi yang ni boleh terima sebab sedap! Even Aariq loves it.

budak yang marah bila stop. dia nak benda ni gerak je 
alololo..yang dalam trolley kat belakang tu..kesian nya 
close up sikit

Sunday, September 15, 2013

september babies

The day before Malaysia day, we held a surprise birthday for the September babies in our family. Ada Abah, Ellie and also an advance one for Tatie. Told you kan birthday we all semua dekat². Plan nak buat surprise ni pon ada la 2 weeks before kot. Initially ingat nak buat kat Zam-zam Cafe @Damansara but later tukar venue ke Belanga @Empire which is closer and convenient for everyone. Theme for the event, denim, blue and white. Orang kuat for this of course my cousin Nana and my sister. They all la yang plan, tolong setup kan the place, beli kan props and gifts. Menteri kewangan pulak ada dua orang. My uncle and also my mom. I sponsor cake je. Haha. 

Gather kat sana by 6pm. My mom's siblings & Tok Mak semua ada kecuali my uncle lagi sorang, sebab tu macam ala² family gathering gaks. Orang yang disurprisekan mesti la terkejut. Abah lagi la tak expect sebab dia ingat birthday party tu for anak² buah dia. Dah la dia sampai awal sikit dari my two cousins. So funny. Glad it all went well. A good family gathering indeed with great food and place. 

tak silap there were 19 adults, 2 kids and 1 baby



  3 boys in the family..belum ada girl lagi. who's next?
mika sporting je pakai party hat sampai la habis party

sunday noon

Oh saja nak letak this pic. Aariq enjoying his ice-cream. I ada amik 2 videos but Instavideo pulak. Not sure if there's a way to share them here. Alahai..macam tak leh je. If nak tengok, sila ke Instagram saya ye (sila click link Instagram di side bar, if sudi la)

comot nye makan sampai masuk dalam baju
aariq ni pandai guna spoon sebab dia selalu nak suap sendiri
mika time age ni masih belum pandai sangat probably because masa makan orang suapkan dia je
sampai la besar ni mesti bersuap

ke tesco la kita

Since dah print photos, kena la beli album nak simpan all the photos kan? That Sunday around 11, hantar bibik to her sister's house then we all ke Tesco. Patut dia cuti last weekend but dia tak nak then I need her next weekend, so bagi je la dia cuti this weekend.

Ada few stuffs nak beli then nak usha la kot² ada jual album kat sana. Sampai Tesco Aariq pulak tidur. Transfer masuk stroller pon tak bangun, ngantuk sangat la tu. Crowd boleh tahan ramai but dah sampai, masuk je la. While waiting for hubby to settle the payment, Mika nak main kat playland. That time Aariq pon dah bangun. Ok jom!

 memang fav the kids ni
dulu mika baya aariq nak naik je tak nak gerak²
dia duduk je diam². time tu mmg save la duit
now tidak lagi..aariq pon tak takut langsung. lagi dia nak naik ada la.
if tak gerak, dia cakap "uittt (duit)". pandai kamu eh

Saturday, September 14, 2013

saturday evening

Tajuk alahai..tak tau dah nak letak apa.

Bila dah petang pon rasa cam nak keluar rumah. Cam alahai, jom la keluar. Haha, memang kaki jalan betul. The kids pon duduk rumah asyik sepah², gaduh² then sikit² Ipad, jom la keluar. Mula² ingat nak makan kat Uptown but big mistake la sebab before keluar bibik dah gorengkan keropok lekor. Bila dah makan tu cam kenyang lagi nak makan. Time we all ke Uptown pon still early, around 6 camtu. Bila nak turun, Mika pulak dah tidur. Tak nak bangun langsung bila kejut. Tuh la kat rumah suruh tidur tak nak, bila naik kereta of course la akan tidur. End up tak turun pon, hubby je pergi tahpau sotong goreng, lala and chicken chop fav dia. I duduk je la dalam kereta layan Aariq. Actually pergi that area sebab nak collect my 500 pieces of photos yang I redeem that day. Tu pon still ada je photo yang belum print. I nak make a habit la, to print out photos. Asyik simpan je dalam PC/hard disk. If crash, hilang macam tu je. That night layan la movie with hubby but tengok halfway je sebab sangat la sleepy. Movie apa eh? Tak ingatttt...tapi ada Mark Wahlberg...kottt..haha. Nampak sangat mengantuk sampai tak pay attention.

aariq ni kekadang pandai gaks tengok camera
tapi mesti nak sibuk la bila orang pegang phone ke ipad ke
dia pandai dah cakap "mommy, nak phone", "mommy, nak pad (ipad)"

saturday noon

After breakfast, hubby nak check-out kedai cat kereta. Dia nak repaint his car sebab ganas sgt kot guna. Habis skirting and all calar² then cat kat skirting tu pon dah tertanggal. Since SIL and husband je tahu tempat tu kat mana, we all pergi together la but different cars. Tak jauh pon, dekat USJ 1. At first plan nak ke BM nak visit baby BIL tapi they all not at home so tak jadi. 

Done quoting the price and all, I pergi collect my parcel kat Poslaju, Puchong branch. Dah dekat that area, detour la jap ke IOI mall. Tak lama pon. Bawak the kids to the playland then had lunch there. Takpe, yang penting keluar rumah. Boring la if cuti tapi duduk je kat rumah.



 


butterflies

Last weekend kan long weekend, tapi weekend² pon by 7am the boys dah wide awake. Daddy ajak pergi park..ok jom la. Best pergi pagi sebab tak panas then tak ramai orang. We all pergi jauh sikit dekat seksyen 2 sebab park dia besar dan best. Untung betul rumah yang betul² depan park ni. Mika suka posing kat butterfly ni, Aariq pon ikut la. 

butterfly #1 - si muka bulat. elok je penuh  
butterfly #2 - eh butterfly ada tangan ke?