Saturday, August 31, 2013

muntah-muntah

Our day started with Aariq bangun dan muntah. Around 6am dia macam cough sikit then muntah tapi first time tak banyak. Second time lepas minum milk. Lagi sekali masa hubby mandikan dia, tak lama pastu, lagi sekali dia muntah tapi keluar air je. Haih..ni macam kes muntah² tahun lepas ni. See here and here. Clinic pulak memang tutup kan sebab public holiday. Ada je kot normal clinic tapi if kids unwell, I memang prefer ke Paed.

 kesian nya muka
suruh dia pegang benda tu, dia pegang je
 pandang slack kat mika sebab boleh gelak², orang sakit ni
 amboi mika..happy nampak
my boys on saturday morning

Breakfast dulu then off we went to CA. Terus ke ER. Since bukan emergency sangat, we all register tunggu turn dulu. The MO check cakap tonsil Aariq swollen then merah. Dia pon dah nak start fever. So doc prescribed antibiotics and some oral medication. Masa tunggu nak settle payment and all, sempat la the kids makan roti for breakfast. Mika breakfast kali ke-2.

masa ni mika tak nak aariq dekat dengan dia 
at CA

Dah balik rumah bagi la Aariq antibiotics. Cam pelik gaks napa doc terus bagi antibiotics tapi dah doctor suruh, ikut je la kan. Around 10 macam tu dia nak milk. Lepas je dia habis milk dan golek² nak tidur dia muntah balik. Perut tak selesa la tuh. Time ni pon dah feverish sikit. I macam tak puas hati gaks dengan explanation MO so I buzz la my friend if dia ada tau any Paed yang open today. If by petang Aariq still muntah², ingat nak bawak ke another clinic for a second opinion. My friend cakap if anak dia unwell, selalu dia check kat this clinic. Call and they are open. Standby je la in case tak ok lagi by petang. Hubby pulak tiba² dia pon unwell. Tak muntah tapi cam flu. I masak light lunch je. Vege soup for the kids yang they all makan jugak la tapi bila dah anak sakit, mak dia yang takde selera makan. Mika then keluar with hubby. Baju², bedsheet kena muntah tak leh pulak nak basuh sebab kekurangan air. Ishhh..sungguh tak selesa.

Alhamdulillah by evening, tak muntah dah Aariq. Bila nak mandi petang je tengok tank dah kosong. Takde air setitik pon. Nasib rumah my mom ada air. Tak putus langsung. Pack barang, tidur rumah dia. Believe it or not, first time I tidur sana after almost 2 years they all pindah. Aariq pon ok that night, tak la meragam..just masa nak bagi dia ubat, dia muntahkan balik and right after that macam cirit pulak sebab kesan antibiotics tu but he's one tough boy. Muntah² pon nangis sikit je.

Friday, August 30, 2013

merdeka eve

Hubby sangat² busy for these 2 weeks sebab dia on call. Malam² je mesti kena answer phone then kerja sampai la I dah tidur. Masa malam Merdeka tu memang tak buat apa pon. No movie, no TV. Bila the kids tidur, I pon tidur. Dah la yang water interruption tu my house area affected. No notice nothing. Lepas Maghrib bibik cakap dah takde air kat sink dalam rumah. Tapi sink kat wet kitchen, pipe kat depan ada lagi. Air tangki la tu kot. Tak sempat pon nak kumpul air, so biar la. Worse come to worse, tumpang la rumah orang lain mandi or check-in hotel terus :)

Dear Malaysia, Selamat Menyambut Hari KeMERDEKAan ke-56!!

redeem voucher

Selalu lupa bila nak redeem voucher. Kan from Groupon or any deal website dia punya redeem date tu lambat kan, memang takkan ingat la kalau takde reminder. For example this deal.


I'm into deals yang ada photo ni but so far tak pernah lagi nak beli deal photobook sebab tak de masa je nak install software dan design but must do jugak one day. Before this dah pernah beli 4 deal for photo prints tapi only 1 deal valid yang lagi 3 tu kena cancel sebab vendor cannot be contacted. So Groupon refund la but in credits. For this one, I amik deal yang 500 pieces for RM118. Cheap la sebab satu RM0.24 je. Banyak gambar tak print ni.

Memang lupa habis about this deal sampai la last Tuesday kot. Tengok redeem date sampai 30/8 je. I call tanya if boleh extend tak but dia cakap tak leh. Aiseyh..dah la kat SS2. Hubby on call lagi this week. Macam mana nak pergi? Teringat my sister tanya if she's free. Tadaaa..dia cakap ok je nak teman. Ajak my mom sekali so nanti leh gi dinner ke. Set nak pergi today la.

On Wednesday hubby cakap dia leh je teman, route call to US. Pergi la we all together with the kids to SS2 yesterday after work. Jalan tak jam tapi kereta banyak betul. Konon plan nak makan kat Uptown dulu but tgk cam banyak kereta, gi SS2 terus then makan somewhere there. Even at SS2 pon kereta banyak. Pity the kids, tak turun dari kereta pon. Siap bukan main. End up tahpau maggi goreng yang kat Paramount Garden je. Dulu hubby duduk sini and bila visit dia memang harus makan la maggi goreng E.h.san but that was like 7 years back? Now tak sama dah maggi goreng dia. Tak macam dulu.

Mika dari active terus cam flat la sebab lama sangat duduk dalam kereta. Nak balik, slow traffic at Federal Highway then at Sunway tol. Sampai rumah 5 mins je before 8pm. Sian Mika. Dia selalu tgk fav cartoon dia at 7.30pm. Dah record tapi tak sempat pon nak tengok sebab balik rumah dia cam flat. Dah la ada cough sikit. So far tak demam, which is good.

I print banyak Raya photos. Some nak bagi my mom. Kat rumah pon ada 1 box tak sort out lagi which one nak bagi dia sebab memang ada some I print 2 copies. Dia dulu suka collect photo, macam I. Banyak la album. I ingat dulu, selalu sangat hantar gambar cuci tapi now dah modern, dia tak dpt la nak cuci dah. Gambar pon sometimes dia tak dapat nak tengok. Thought of getting her and my dad digital photo frames. Beli 2, satu kat rumah then satu kat office. Now which website yang ada deal ni?

separate cars

This morning patut pergi work dengan hubby. Dah nak pergi sama dah pon then suddenly dia cakap ada meeting at 4 today. Macam kena balik lambat. OK takpe. I memang plan nak tahpau breakfast makan kat office. So dia hantar Mika then masa nak pergi tahpau tu, makcik tak berniaga pulak hari ni. Call hubby ajak breakfast dulu then baru gi office. Jarang my hubby ni pergi office awal. Usually around 9 unless carpool la. Now his office macam a bit strict dah nak WFH. If tak dulu every week, 2 hari je kot gi office? Heaven sungguh.

Boleh pulak my colleague terperasan kereta kitaorang..serious I tak perasan pon kereta my colleague tuh. Masa drive dreaming la tu..biasa la, layan perasaan :)

Thursday, August 29, 2013

that lovely feeling

Tengok babies rasa macam nak baby lagi. Tapi cam nak go thru all the process cam alahai..I don't mind the baby part but pregnant part tu. Pre-pregnancy weight pon tak dapat lagi..bukan time Mika yer, Aariq pon tak dapat lagi if pregnant lagi sure lah bertambah² gemuk. Rindu nye zaman bf. Time Aariq dulu 5 months je kot but better from Mika yang bf the first 2.5 mths je. My cousin yang baru deliver memang fully bf her baby. Respect! Actually to all mothers yang BF their babies, I memang respect habis. InsyaAllah if ada lagi baby pas ni, I nak fully bf. Enough talk..back to work now

Wednesday, August 28, 2013

balik kampunggggg

Now dah pandai nyanyi lagu "Balik Kampung" tapi part chorus tu je la. Enjoy the video!

video

Sunday, August 25, 2013

aqiqah si EH

Lepas incident jatuh dan lepas hubby balik from bola, we all ke rumah PIL Ellie nak attend kenduri aqiqah anak dia. Kutip bibik dulu sebab kang sapa nak tengok Aariq bila I nak makan. Aariq tu mana boleh nak orang lain. Cannot cannot, makan kena tenang. Food kena enjoy so bawak la bibik. Plus bibik belum sempat tengok EH (Ellie's son) lagi. Rumah dekat Wangsa Maju. Sampai² orang dah tak ramai, best. Food was delicious dan yang penting, kambing sangat sedap! I bukan la peminat kambing tapi yang ni dari tak minat terus suka la. Sedap sangat. We all stay sampai la aunty I datang sebab dia akan bawak Tok Mak balik. Then my dad, siblings semua terpaksa gerak dulu nak attend other open house, my mom ikut we all balik. On the way back hujan, Aariq dah book front seat sbb car seat dia dah letak kat boot. Petang tu we all keluar lagi but this time just me and husband. Sekali sekala gi makan 2 orang best gaks. Baru boleh betul² enjoy.



tak cukup ni..parents kepada budak kecik ni takde dlm pic 
my husband and the kids pon takde, sibuk main
oh aariq sangat behave. dia ok je as long as takde orang pegang² or angkat² dia. he not like..huhuh
ketiduran..first time ni pangku dia tidur kat depan. selalu car seat je

jantung terhenti

It breaks my heart bila anak under your own watch jatuh and the saddest part is, jatuh adalah terlentang yer. Sekejap je benda tu jadi. One minute he was doing fine, berdiri atas stool, main air kat sink, pastu pusing kejap tengok dah tergolek. Masa I amik dia tu memang heartbeat laju la. Terus amik peluk dia, then amik sausage beku tu, letak kat kepala. Cek gaks takut luka ke apa. Masa kejadian, only me and the boys je at home. Bibik cuti, hubby bola. Terus I baca al-Fatihah, 3 Kul, ayat Kursi, selawat then tiup² kat kepala dia. Huwaaa..ternangis japs time tu. Mika went all quiet tapi dia tak tahu pon apa yang jadi sebab dia kat depan tengok tv. Aariq ngan I kat belakang at the wet kitchen. Memang my fault bagi dia main atas stool. Time dia nangis tu takde la meraung ke apa, cam nangis biasa. Sempat la I tanya dia ni siapa, tu siapa. Lepas je jadi, terus dia tertidur. I memang monitor dia takut anything happen kan. Tapi elok je dia bangun nak milk then bila nampak Mika, main kejar², lompat² atas tilam. Itu tanda dia dah baik la. Maybe dia jatuh tak teruk sangat..can't imagine if teruk. I can never forive myself if something happen to my kids under my own watch. Syukur sangat dia ok. Alhamdulillah!

Saturday, August 24, 2013

tent oh tent

After IKEA outing that morning/noon, balik rumah dan bersiap² ke open house kawan hubby. I ok je if gi open house ni. Kawan hubby pon ok je, no hal sebab makan tu yang penting. Pandai² la bawak diri kan bila kat sana. Plus the kids ada tak la terasa cam alien if pergi rumah orang tak kenal. Because of that, I terpaksa decline 2 rumah my friends sebab by the time we all balik from open house tu semua nya dah penat. Hubby pon cakap dia nak settlekan bilik the kids that evening. Nak touch up cat dan assemble benda² yang beli tadi. Guess what? The kids dapat tent (yeay sempit la bilik pas ni). Oh time I nak beli tadi tak leh, toys budak² leh laks? But ok la for the kids. Teringat zaman I kecik² dulu pon memang favourite main tent ni. If takde yang betul, buat sendiri guna bedsheet, kerusi and kusyen. Memang creative betul dulu² (puji diri sendiri but betul la dulu² mana ada Ipad, tv sangat) That night makan nasi lemak tahpau from Umi. Bagus tak membazir sebab mula² nak makan time lunch but tak sempat 





shopping ala kadar

Baru² ni macam nak deco bilik Mika so start dengan cat bilik dulu. That one done, tapi rasa cam nak tukar curtain baru sebab the current rod yang jenis old school..apa eh nama dia French pleat?? Hubby cakap guna rod yang simple tu je sudah then ada la nak cari chest drawer/storage compartment to fit the boys' clothes and toys. Current one macam tak cukup je. Dah hari tu kena sound ngan hubby beli baju banyak sangat siapa suruh. Actually baju Mika tak la banyak pon. Baju Aariq ni melampau². Dia kan recycle from Mika je pastu I pon baik hati suka je nak beli kan dia baju baru. 2 laci memang penuh baju dia je la. Nak pass kat orang sayang, sebab muat lagi. Baju² Mika pon still in good condition. Macam baru. Ada yang memang tak pernah pakai pon lagi. Ni kalau the 3rd one boy, memang masih boleh pakai (3rd one? bila tu Eeja oi?) So moh la kita ke ke IKEA.

Pagi before pergi, drop kan bibik dan Aariq kat rumah Tok Mi. Yer la kesian pulak tinggal sorang² kat rumah tu. Kebetulan my mom ada guests nak datang then dia ada order nasi lemak. So biar la they all kat sana. Sampai IKEA awal gaks, 9.30am camtu. Just nice sebab baru bukak. Awal² pon orang dah ramai ye. Ni some of the stuffs we all survey.




Ingat nak cari something yang 2-in-1 dan tak tinggi sangat so belah top dia tu leh la nak letak railway track Thomas yang elok tersusun dalam kotak ataupon toys² lain. Ada few more we all survey kat tempat children. Storage cam treasure chest tu pon menarik. Memang confuse betul nak amik yang mana. In the end we all settle dengan Trofast series. Kat rumah dah ada satu, so combine kan je. Price pon within the budget. Grab a pair of curtain together ngan rod dia, mirror for the kids' room and done!

If ikutkan I, I nak je amik benda² lain. Ringan je tangan rasa nak campak barang² dalam troli. Banyak space lagi ni. But sebab tukang bayar dia bukan saya, memang tak dapat la. Baru nak amik something dah kena soal siasat. Nak letak mana? Buat apa? Apa ni? Perlu ke? Yadaaa yadaa..spoil the mood la. Memang tak leh nak shopping if hubby is around. Takpe IKEA, I will come again next time but definitely bukan with hubby la or if dia ada gi teman kan the kids main kat bawah tu ke, mommy gi shopping japs

told u kan trolley tu masih banyak space
 
Just this boy yang ikut. Tu pon dia kejap² lari sana sini. Cakap kuat² tanya macam² "best la mommy ni, tu pon best. Ni apa mommy?" Haishhh..anak sapa ni? Mak dia mana mak dia? Sempat jugak kena pow ice-cream tapi dah alang² beli tu amik la combo yang ada hot dog, curry puff ngan air. Kul 12 kita check-out from IKEA..lama gaks for that quantity of items sebab with hubby, dia akan fikir dan fikir dan fikir. Choice dia boleh tahan gaks la. Ikut kan I, ni ok, oh tu pon ok, last² memang blur nak amik yang mana

Friday, August 23, 2013

movie

Tengok this movie last Friday. Macam best sebab macam tak expect ending dia tapi takde la level best macam "The Avengers", "Ironman". Kebetulan masa gi open house kawan hubby, dia pon pasang this movie. So if you are free and wondering which movie to watch now..go and check out "N.o.w You See Me"
I just found out that one of the main casts brother to James Franco. Tahu tak James Franco? Alaa..yang handsome² dalam Spiderman tuh. Nah, another reason to watch :)

pic from google

Sunday, August 18, 2013

kenduri kahwin penutup cuti sekolah

Sunday morning drop kan bibik kat rumah my mom. Tolong kemas apa yang patut. Then later in the afternoon we all pergi kenduri kahwin. Hubby's friend yang kahwin. Oh yes, masa open house, hubby sampai around 1 je sebab dari pagi sampai kul 12 dia gi nikah and reception his friend tuh. That's why dia takde sampai la pukul dekat pukul 2. Kenduri side lelaki buat kat Putrajaya. Tak crowded, tempat pon ok tak panas. The kids biasa la mana nak makan sangat. Tapi bab ice-cream tu, memang dia orang nak la. Aariq first time dapat ice-cream pegang sendiri. Memang comot habis la makan. Mika only eats vanilla ice-cream, macam mak dia gaks.






This one below taken later in the evening. Nak pergi dinner but just us three. Yang kecik tu kesian gaks kena tinggal tapi have to. Kalau tak I tak makan la. Habis dah cuti raya for Mika. Esok nya sekolah dah.

Saturday, August 17, 2013

open house at mom's

My parents together with my siblings and I buat a mini open house the weekend after Raya. Tak la mini sangat tapi majority our family members and friends datang to the event. My friends pon unexpectedly ramai datang. Dah la ajak last minute sebab hari Khamis tu baru balik office then hari tu la baru ajak. Tapi my close friends, I dah start ajak even after Raya. Those yang datang, thanks for coming! Yang tak datang..merajuk laa..*kidding* On my husband’s side, only my PIL datang. 2nd SIL inform dia tak dapat datang, yang lain..I have no idea, busy kot. Anyways, my cousins, aunts memang stay sampai habis event. Siap tolong kemas lagi, love you guys so much la. 

Morning I datang la tolong² apa yang patut then balik tukar baju. 12 noon I datang dulu dengan Mika sebab Aariq tidur. My friends yang datang 12 ish ada la a few including Mika’s ex-babysitter with her mom and sis. Tak sempat la nak amik gambar ngan you all. Sangat busy pukul 12 tu. Peak period. Then my team members all except for two datang around 1ish. Yang lain² datang 2pm and last guest is my dear best friend Faz. Faz macam family friend gaks sebab my cousins pon kenal dia. Knowing Faz dia memang senang sangat la nak mix around. Her cousin used to be Ellie’s schoolmate. Then lain2 tuh kenal thru kenduri, FB. 

Despite semua happy², ada la unfortunate event terjadi that day. Daughter of my mom’s cousin age around 3 jatuh dalam kolam. Dia dok main tepi² steps tu then I rasa somebody tertolak dia or dia terjatuh sendiri. Not sure. Hubby terus jadi hero la tolong selamatkan dia. Time tu budak tu dah terkapai². For orang besar tak dalam la but for age 2-3 cam Aariq tu, leh sampai dada/dagu gaks. Tak pasal² kang masuk news. Kolam tu memang a bit dangerous for small children so that’s why adult supervision is a must. Alhamdulillah all OK, pheww lega. 

Hubby then balik dulu with Aariq and bibik. Elok la, Aariq dah sleepy. Mika pandai bawak diri. Aunty² dia ramai then my friends pon ada baru sampai then ada kids age dia. Masa dah nak last² tu ada this boy datang with his parents. Anak kawan my mom actually. Memang macam Mika tapi bigger. That boy is 7 yrs old then masa I pregnant kan Mika dulu, dia siap suruh I main ngan dia naik turun tangga. Sebab tu kot Mika ada iras² dia. My cousin Nana ni rajin la melayan the kids. Siap main game exercise la apa la. Hubby came back just in time to meet that boy. Dia pon gelak je tengok Mika and the boy. 

By 7pm, hubby balik dulu with Mika yang sudah keletihan. I stay sampai almost 9 just to help with mana yang boleh. Good thing jugak stay sebab my aunt from Kuantan sampai that night. Sempat la jumpa dia. Leftover food Alhamdulillah tak banyak. Most of the invited guests datang. Even my friends pon, 2/3 of them came. Jiran-jiran my mom ramai yang mostly my age sangat close with my mom termasuk la best friend I, Erin datang. 

the setting



mika tunjuk perut 


ni la boy tu 
as usual, cousins and sister!

Thursday, August 15, 2013

elmo pjs

Tok Mi belikan the kids baju tidur ni. Dia macam Elmo tapi warna orange. Elmo la color je lain. Huhuh..mutant Elmo. Baju ni selesa tapi lengan pendek. Usually if they all pakai ni, malam I tukar kan sebab my room is super cold bila malam. Since bilik Mika tak siap lagi, dia tumpang tidur our room. Aariq siap pakai socks sebab dia tak suka selimut. Mika both socks selimut tak nak. Bila sedar malam², sure I akan tarik selimut dia. Ok, entry tanpa tujuan tapi sebab ada pics ni, letak je la.



aariq kena buli oleh mika
tengok jari mika tu..gigit pon sedap

Wednesday, August 14, 2013

cuti habis dah

Last day cuti tapi kena cat bilik Mika but it’s ok sebab esok nya dah Khamis. Dua hari je kerja before weekend. Hubby best la, cuti the whole week. I wish I can join but nak save cuti for end of the year. That day dapat siap kan 2 sides of wall je. Memang leceh nak cat ni sebab kena letak masking tape kat border then make sure tak kena ceiling. Dah la first time nak cat² ni. Orang pro tak perlu kot nak bermasking tape. Tengok kat YouTube senang je they all ni cat. Dulu cat gate je, senang. Anyways, we all pilih color blue. Mika pon nak color ni. Amik 2 shades. Dark and lighter one. Masa nak cat ni, kena hantar bibik dan Aariq kat rumah umi. Kacau je nanti. Mika ok la, dia memang kacau tapi kejap² je. Petang bukak pool bagi rendam both. 



love this photo. expression mika macam puas je dapat buat adik dia macam tu

Tuesday, August 13, 2013

salam aidilfitri, maaf zahir & batin


Dah raya ke-6 baru nak pasang pelita dan lampu. Oh well, raya kan sebulan! 

movie date

Since sana sini dok cakap The Conjuring ni best, mesti la nak tengok kan. Takut tak takut belakang cerita. If kat rumah pon I boleh tengok horror movie janji bukan tengah malam, hubby ada kat sebelah or volume super slow or senang mute terus. Tapi this time tengok kat wayang, mana boleh suka hati nak mute kan. The best I can do is cover my eyes. 

Lepas drop kan Mika kat rumah my mom (Aariq with bibik duduk rumah saja sebab my mom ada errand gaks, dia bawak Mika along), we all pergi tengok the earliest show at Pyramid. Cinema tak penuh tapi tak la kosong sangat. Kira ada la orang lain tengok. The movie best la. Memang ada part terkejut² tu and I guess sebab dia based on a true story, tuh lagi menarik minat nak tengok. 

We then went for lunch at TGIF. Service sangat super slow. Bukan peak hour pon. Grrr..time tu we all decide, jom paint bilik Mika! Memang plan nak cat, tapi tak start². Pergi hardware store that evening, beli cat dan apa yang perlu. That night itself we all dah start cat. Manage to complete one side je that night sebab penat.



*pics from google*
suka setting dia sebab zaman dulu²

Monday, August 12, 2013

aquaria + boat ride

The next day nye pulak bawak the kids to Aquaria. Second time for us + Mika and first time for Aariq. Kira Mika punya first time gaks la sebab time pergi dulu dia baru je 8 bulan. Tak ingat apa pon. I’ve blogged about it last time tapi sebab pics dalam entry tu semua gone, tak perlu la nak link ke situ. Wait till I recover the photos. Hopefully ada lagi dalam harddisk.

UPDATE: Photos restored. Previous trip to Aquaria can be found here!

Anyways, masa sampai Aquaria baru nak bukak. Pukul 10 kot time tu. Beratur la kejap. Since datang ngan family, only one person kena queue. Yang lain moh la kita ke waiting area. Tak lama pon. Within 10 mins dah dapat tiket. Sama je macam 4 tahun lepas. Ikan, ikan, ikan dan rakan-rakan (what do you expect, Eeja?). I bukan la peminat ikan, so sekadar tengok sekali lalu je. Bila sampai kat Arapaima tu, Aariq dah takut. Mika pon suruh amik gambar dekat² pon takut. Dalam tunnel tuh pon sama. Dapat amik pic lebih kurang. Kesimpulannya we all dalam tu tak sampai sejam kot. Tiba² je eh dah habis? Takkan nak balik rumah kan..baru kul 11. 




Since dah ada orang terlepas cakap naik boat, ke the Mines la kita. Sana kan ada boat yang bawak tour tasik. Amik yang paling kejap, 15 minutes ride. Siap feeling² tourist dah, konon kat tempat lain tapi glad the kids enjoy it. Takde la scene nak turun dari boat ke, nangis ke..phewww. Lunch at TCRS atas permintaan Mika. Hubby and I tahpau Texas Chicken je. Tak pernah rasa, first time makan. Tapi sama je kot macam ayam goreng lain. Dia ala² Popeye sikit. That’s all for our Monday