Saturday, July 27, 2013

misi mencari baju raya #3

Pukul 10.30 dah sampai Jakel tapi crowd dia memang ramai semacam. This time nak cari baju melayu the boys. Kat PH ada nampak banner baju melayu AA so teringin la pulak nak usha. Crowd ramai tapi tak susah sebab ada sales person yang akan attend. Dia la yang tolong carikan baju and match the color. Dapat hubby punya but not the boys. Tapi tak beli pon yang AA punya tu sebab takde color yang we all nak. While waiting for alteration, which is good la, boleh terus alter..Mika ajak I naik level atas². Ada gaks baju ready made yang cantik². Nasib berjaya tak beli apa². Then nak turun tu, ada la this sales lady tanya..adik ke? Pointing to Mika. Hahah..2nd time. Dia siap tanya my age lagi. Eh kan confidential tuh. Maybe dia nak suruh I beli la kot, kira ayat pancing. Tapi dah orang cakap camtuh, harusla suka kan? Cerita kat hubby dia just geleng² kan kepala je means malas nak layan la tu. Aaa..biar la..bagi chance la nak over the moon japs. 

We then terus ke The Curve sebab last time we bought Mika's baju melayu kat Metrojaya. Situ kan ada Metrojaya tapi alahai cam takde apa je. Midvalley better but fikir sebab almost lunch time then nak ke Midvalley, forget it. Mika sempat la lunch dulu makan ayam penyet, I jalan² kat flea market. Aariq ditinggalkan sebab leceh..if nak jalan² je takpe. Ni nak cari barang, orang ramai. Memang lega sangat tak bawak dia. Crowd ramai sangat di mana²

No comments: