Tuesday, July 30, 2013

iftar day 21

Semalam iftar dekat rumah Umi. Also because hubby iftar with his friends. No problem, I can always go to my mom's :) Tapi tuh la..budak² ni semacam betul bila sampai rumah Tok Mi dia. Sorang² tak dengar cakap. Mika yang kat rumah behave je bila sampai rumah Tok Mi terus tak dengar cakap. Aariq pon, asyik nak duduk kat meja je. I is pening. I'm sure I'm gonna miss this kekecohan bila they all besar nanti. So for now, sabar je la. Before Iftar, bawak the kids to the nearest park but tak lama pon sebab banyak nya nyamuk..alahai..sibuk la. 

bila lagi nak tengok aariq senyum kan? naik slide ni fav dia la
yang tinggi covered tu dia berani naik. brave boy! 
mikhail haris dah besar tapi suka nangis..camna tuh? manja ni

For Iftar, Umi masak simple je. Sup sayur, udang masak lemak, ayam goreng then ada dua lauk beli kot tapi walaupon simple memang berselera la makan. Siap ada dessert pengat pisang lagi. Alhamdulillah.

Monday, July 29, 2013

fav vid clip

No idea what to write..but I have this video of Aariq, enjoying "Subhanallah Walhamdulillah" clip from YouTube :) Fav dia ni


Sunday, July 28, 2013

misi mencari baju raya #4

In the end, we all ke PKNS gaks. Kat sana kan memang terkenal dengan baju² melayu/kurung ni. Memang dari dulu if nak cari baju melayu for Mika, cari kat sini je. Sampai sana pukul 10 tapi crowd dah ramai. Memang ramai habis. Stock jalan laga² dah. The mission today nak cari baju melayu the kids then that's it. Lega sebab mine and hubby dah complete, so tak yah pening² dah. I dah bagitahu hubby nak cari baju raya awal² sebab nak avoid crowd ni la. Kat bawah tu memang banyak booth tapi agak pening kepala nak cari. Dengan orang ramai, booth kecik, tak selesa. So we all naik atas. Jumpa la this shop then ada la jual baju melayu yang we all nak, tapi color dia terang sangat so hubby cakap round dulu. Turun bawah balik then far at the end nampak this shop jual baju melayu with the color we want. Usha² ada size for the kids. Cuma Aariq takde cekak musang, teluk belanga je. It's OK. Sebab dia kecik lagi. Terus grab but kena cari sampin pulak. Next shop memang ada sampin and our fault gaks tak cek price. Time nak bayar tu baru tanya, price for both sampin dah sama price baju melayu for both. Adakah price dia memang mahal camtu? Huwaa..no wonder tak ramai org kat kedai tu. Takpe la dah beli pon. Size just nice for both. Mika boleh la try tadi but Aariq agak² je, sebab kat rumah test 3 yrs punya still besar. Amik 2 yrs old just nice. Alhamdulillah, mission completed. Next year tempah je la kalau nak color sama. Actually sebab dah beli baju raya I dulu this year, tu yang susah nak cari color for the boys. If nak beli gaks next year, they all kena decide dulu which color.

tadaa..our theme color this year 
pakai mika punya songkok. recycle je
ok gaks ada two boys. boleh save

Saturday, July 27, 2013

saturday's evening

That evening pulak, the boys nak berendam. Actually more like the daddy yang bagi suggestion. While the daddy entertains them, I masak. Iftar di rumah saja. Masak kari daging, sambal sotong, spaghetti aglio oglio version campak² for Aariq. Umi bagi lauk sayur then hubby top up with ayam golek. Saja je pass sikit lauk to Umi, tak sure la sedap tak sedap..huhuh..takper la janji ikhlas. Chewah..for me kari tu ok la, sambal sotong tu macam terlebih asam jawa but masih boleh dimakan dan takde orang sakit perut yer.

time ni mika dah tak nak berendam dah. nak tengok tv
so aariq got the pool to himself. bila nak tarik keluar, tak nak
mesti la ada adegan nangis lepas tu

misi mencari baju raya #3

Pukul 10.30 dah sampai Jakel tapi crowd dia memang ramai semacam. This time nak cari baju melayu the boys. Kat PH ada nampak banner baju melayu AA so teringin la pulak nak usha. Crowd ramai tapi tak susah sebab ada sales person yang akan attend. Dia la yang tolong carikan baju and match the color. Dapat hubby punya but not the boys. Tapi tak beli pon yang AA punya tu sebab takde color yang we all nak. While waiting for alteration, which is good la, boleh terus alter..Mika ajak I naik level atas². Ada gaks baju ready made yang cantik². Nasib berjaya tak beli apa². Then nak turun tu, ada la this sales lady tanya..adik ke? Pointing to Mika. Hahah..2nd time. Dia siap tanya my age lagi. Eh kan confidential tuh. Maybe dia nak suruh I beli la kot, kira ayat pancing. Tapi dah orang cakap camtuh, harusla suka kan? Cerita kat hubby dia just geleng² kan kepala je means malas nak layan la tu. Aaa..biar la..bagi chance la nak over the moon japs. 

We then terus ke The Curve sebab last time we bought Mika's baju melayu kat Metrojaya. Situ kan ada Metrojaya tapi alahai cam takde apa je. Midvalley better but fikir sebab almost lunch time then nak ke Midvalley, forget it. Mika sempat la lunch dulu makan ayam penyet, I jalan² kat flea market. Aariq ditinggalkan sebab leceh..if nak jalan² je takpe. Ni nak cari barang, orang ramai. Memang lega sangat tak bawak dia. Crowd ramai sangat di mana²

Friday, July 26, 2013

random lagi

For tonight, we watched this drama film "Everybody's Fine". Sypnosis taken from Imdb: A widower who realized his only connection to his family was through his wife sets off on an impromptu road trip to reunite with each of his grown children.

What about this movie? I think macam somehow betul jugak sebab kids selalunya close with the mother and will tell her anything. If dad macam susah sikit, sebab don't know la macam serious sikit kot. Not all la, tapi selalu dads are like that. They can be a bit pushy and usually want the kids to be the best in everything they do. Typical movie la. Ada la part² yang sedih. Heh, I don't know what to say about this movie but boleh la nak tengok. Tengok movie sambil makan jagung bakar + air mata kucing. Perfect Friday night.  

Thursday, July 25, 2013

some bits on Iftar

This year still ber-iftar dekat rumah Umi but macam tak kerap like last year and year before. Reason because sebab the kids, alahai..leceh nya. Bila sampai, Aariq dah sebut "ish" - fish. Means kena la bagi tengok ikan dulu. Then nak bagi fish makan pulak. Pastu, nak main golf lagi. Time dah nak pukul 7 kan banyak nyamuk, today memang habis la kena gigit.

Pastu time berbuka for sure akan kacau sebab bagi dia macam tak fair semua duduk kat meja makan ramai², dia tak duduk kat situ. Even though bibik ada tengok kan dia but still dia nak kacau orang. Tak bagi, mula la nangis bising. Itu je kamu tahu ye anak²? Bila dah duduk, nak kacau tu, nak kacau ni walaupon before berbuka dah bagi dia makan kenyang².

Mika pulak ikut mood. Ada masa dia ok la tengok je TV but bila datang mood tantrum sebab penat, I can go crazy you know? T____T So bila ok, pergi la kami ke rumah Umi or else, berbuka kat rumah je. Sometimes Umi suruh pick up lauk. Aaahh..thanks so much Umi!  Today at Umi's, ada lauk sedap. Ikan masak asam pedas, sayur pucuk ubi celur makan dengan sambal belacan..memang sedap la. Mula² hubby sendukkan nasi, I cakap ok cukup pastu boleh pulak buat 2nd round. Control makan sikit boleh tak?

Iftar kat rumah adalah sangat express. Hubby and I will eat first, bibik will look after the kids. They can just stay at living hall upstairs, watch tv ke, buat la hal masing² so kat bawah adalah aman. Baru la enjoy nak makan. Tapi kat rumah makan tak tambah yer (usually la :P)

Usually by 8, dah settle then 8.30pm time they all golek² dalam bilik layan Baby TV pulak. Selalu I la akan golek sama, tapi tak best sebab akan tertido. Sedar² dah midnight. Bagus la tuh, lepas makan tidur. Nevertheless, tak kisah pon Iftar kat mana², yang penting, food and also the company. Tapi of course rumah my mom lagi best la minus the kids buat hal part :)

Wednesday, July 24, 2013

random

Boss just asked me if I would like to be part of the implementation project group and of course I accepted it with open arms. Sebab finally the project that I've been working on for the past 1 year is coming to reality. Penat oh sebab before this asyik la on hold, then resume, then on hold. Finally now it's on for real, In Shaa Allah. The project will be launched right after Raya and currently memang full speed la with discussion and whatnot with preparation. It's not going to be that difficult as the major part has been completed prior to this. Now just making sure that the transition is progressing smoothly. Can't wait to tick this as complete in my to-do list.

Tuesday, July 23, 2013

ayam masak kicap

So that day I decided to cook ayam masak kicap for Iftar..ala ayam masak kicap pon tapi excited dia cam masak hebat². Org lain tutup sebelah mata pon boleh masak. Pfftt..ok reason because, lauk ni lauk fav saya. Bila my mom masak, memang akan makan tanpa berhenti la. Dari dulu memang tak reti nak budget kicap banyak mana nak letak. Asyik la terpekat, tercair, termanis la..like apahal kamu ni eeja? Masak kicap pon tak lepas. Geram. Nak belajar dari dulu asyik la lupa. Ada gak case bila nak belajar, umi awal² dah cakap, tak per, umi masakkan. Haa..macam mana nak pandai? Then one fine day memang decide nak belajar gak. Oh senang je adik². Memang tutup sebelah mata pon boleh masak. Gagaga..up sikit sebab bulan puasa mana boleh nak rasa² sangat. First time masak guna resipi baru..jadi laks tu. Hubby pon suka. Alhamdulillah :) Bawang besar memang pelengkap resipi la. Lagi banyak lagi sedap.

Monday, July 22, 2013

light at the end of the tunnel

On work related matter, actually dah lama stuck with this project. From last year to be exact. Dari last year asyik la buat research, case studies, analyse then tiba² je stuck bila end of the year. Dapat direction to hold the project first. OK takpe, kita take five dulu dan buat other things. Then come March this year dah kena resume work on this project. More research needed, more findings needed, more reports to be generated dan macam² la. Usually project kan ramai² but not this one. Just me and one manager doing the 1st phase, then bila dah nak handover baru la involve kan my direct manager. I have to say that I am proud to manage this alone (bagi chance la nak show off sikit. Penat sorang²). Brainstorm pon sorang² sebab the manager dia macam supervise dan bagi instructions je. In the end I have to do it, like it or not. The manager that I am working with is superb. She knows every single thing and has a lot of info. So without her, this project is not going to be a success too.

Lepas project dah approve, ada handover session and this week ada someone from Sydney office datang nak train the people here on the products. Seronok sebab all the hard work macam tak sia² je and you can finally see the light at the end of the tunnel. Chewah..though I tak pernah langsung handle the products but sebab dah involve with the project, kena la study about the products kan dan rasa macam best pulak training sebab dah faham. Tapi the project tak stop kat sini je. Implemention mode is next. So let see how after this. Can't wait to see the result and I'm sure this handover thing is going to be an easy peasy one sebab this is not a new thing to people in CBJ. OK, I've talked a lot and glad to let it all out here. Saja je bising pasal kerja sebab a bit relief la can make it a reality (orang lain banyak project tak bising pon! err..suka hati la)


Mariah Carey - #Beautiful ft. Miguel

Current fav song. On repeat tanpa jemu. MC ni tak tua² pon. Body maintain. Eh bulan puasa kan? But betul la..susah tau a woman nak compliment other woman :) Enjoy the video to heal your Monday blues!

Sunday, July 21, 2013

One Decision (Child Safety Film - Vehicular Heat Stroke)

Recently ada case small girl about 3 years old meninggal dunia due to heat stroke sebab tertinggal dalam kereta about 6 hours kot. Mak dia pergi attend meeting at school dan memang tak perasan anak dia ada dalam kereta. Kesian sangat. Al-Fatihah to the girl. Tak boleh imagine mak dia rasa macam mana. Tapi Allah dah tulis macam tu kan. So benda nak jadi, jadi jugak la. Kena redha. Doakan yang terbaik for the family especially the mother. I want to share with you the video that I found. A reminder to us all.

Saturday, July 20, 2013

misi mencari baju raya #2

Keluar awal sikit that Saturday sebab teman hubby gi settle something at Bkt Jalil. Done with that, we went to Parade. Konon nak cari baju melayu tapi cam tak menarik lak. Kena pergi PKNS gaks if nak cari baju melayu hubby. I tengok gak baju kurung kat situ tapi cam hati dah berkenan baju lain so bila pandang baju lain rasa cam biasa je. Hubby pon cam dah faham², so ke Shah Alam kita. I tak la cari baju kurung yang stylo sangat. Nampak cantik, kain best, color pon menarik dah. If ada function ke apa, then baru la cari best² sikit. Setakat nak beraya, duduk rumah baju kurung biasa² pon boleh. Janji selesa. Plus ada lagi baju kurung tahun lepas pakai 2-3 kali je, so masih cam baru (tolongla jangan gemuk sekarang, tak muat pulak nanti T___T) If outing nak cari barang dan lama, as usual kena la tinggalkan Aariq. Sian dia before nak pergi tu. Siap tolong tutupkan tv, amik kasut dah memang macam nak ikut la. Terpaksa la bawak dia round² dulu. Last year July, dia baru 8 months dan tak faham sangat pon lagi. Next year macam mana la eh?









Done with the outing, layan movie The Haunting in Connecticut 2: Ghosts of Georgia. Don't ask me about part 1 sebab tak pernah tengok pon before this. Usually malam takut sikit nak layan horror movie, so bila siang cam ok la nak tengok. Hubby tidur pon takpe, I can watch it alone. Chewah, berani yer kamu. Tapi movie dia so so je. Sedar² dah dekat pukul 5. Dah la plan nak makan nasi briani today. Order dulu then later pick up kat Shah Alam. Satu hari je dah 2 kali pergi Shah Alam. That night tengok lagi movie Any Day Now again, so so jugak but one thing is that movie pasal life. So cam ada la jugak tujuan movie tu. Actually every Friday kan if boleh we all layan movie, so last Friday pon tengok la this movie Stoker starred by Nicole Kidman dan lain² tak kenal sangat. Cam a horror film + drama + phsycho movie but still to me macam biasa je. Conclusion is, weekend semua movie tak best. 

Thursday, July 18, 2013

Iftar with the girls

Finally the girls and I had the chance to do Iftar together this year. We missed it last year tapi before that tak pernah miss at least from 2008. The last Iftar we had back then in 2011 when I was pregnant with Aariq and that time Ereen couldn't make it. Click here for 2011 post dan dalam tu ada link to previous years.

Sebab susah nak jumpa due to commitments and whatnot, ber-Iftar macam wajib every year. Siapa initiate this year? Thanks to Erin and also thanks to my blog (nak jugak!) sebab dia terbaca entry I makan sotong goreng tepung lalu terus Whatsapp semua orang. Memang ad hoc betul sebab plan hari Rabu, hari Khamis jumpa. Eh mesti selalu buat macam ni la. Usually we will bring the clan together ie other half and kids tapi since it's a working day, naaahhh..just US will do. Lagi meriah dan boleh gossip lama².

Since I sorang je datang from the other side (CBJ), I masuk office awal sikit that day then balik rumah dulu. Sempat la jumpa the kids and teman hubby beli food for Iftar. Oh, we are planning to Iftar at Uptown sebab sotong goreng tepung tu la. No fancy² restaurant this year, Uptown pon ok je. More relax. Dah settle kan hal di rumah, baru la lega sikit nak tinggalkan mereka. See, keluar few hours pon dah pening nak sort itu ini. Bukan tak trust hubby or the maid, just that malam² usually I yang feed them dinner and put them to sleep. Dah jadi mak² ni memang jarang sangat keluar, must make time to meet up with the girls more often! Mommy needs time off too kan?

Budget Elite, NKVE jam that evening but surprisingly sangat clear. I keluar rumah 5.45pm, 6.15pm dah sampai. Otw ada polis suruh ke tepi sebab nak bagi laluan to the Chelsea team yang baru sampai from KLIA kot? Time tu nak masuk Shah Alam dah. Bila nampak the buses, then cars bearing the Chelsea logo escorting the busses macam excited japs. If orang cakap pasal bola, then the players, I tahu la. Kata banyak lelaki handsome. They are so near and yet so far gitu.

Seawal-awal sampai pon, Erin lagi awal. The first to arrive. Park pon dekat² then next to arrive is Ereen. Faz and Eisha sampai dekat² nak Iftar tapi they all yang paling dekat :P Of course order sotong goreng tepung, lala sweet sour, bamboo shell kam heong, chicken chop, chicken grill & sotong kangkung. Maghrib dulu then sambung lepak sampai la pukul 10. So happy to meet the girls! Even though ada la I jumpa Ereen masa kakak dia kahwin, then Erin selalu gaks terjumpa depan rumah my mom, tapi bila dah jumpa ramai² mmg lagi meriah la. I hope we can stay friends forever girls! 17 years of friendship, still strong and standing. So many memories kan? Faz lagi lama la..since primary school, Erin pon. Love you girls so much!



 



Tuesday, July 16, 2013

#throwback #mikhailharis

This video was taken on 21 July 2011. Comel je Mika masa ni. Cakap dah la pelat tapi dia memang petah cakap dari kecik lagi. Just like his Tok Nyang :)

Monday, July 15, 2013

bye bye

Found out about this tragic death of C.o.r.y M.o.n.t.e.i.t.h on Monday morning. I was once an avid Glee follower but I stop bila sampai season dah ada new casts sebab asyik termiss je lalu lost. My heart goes out to his gf (L.e.a Michelle) and family. According to news, they are supposed to get married in two weeks time? Ye ke? Alcohol + drug..not a good combo and in his case, fatality. Don't know what's going to happen to Glee dah after this. After all, he is the main cast. Watching the video down there make me sad sad sad. I think their last song together in Glee 4. Can't imagine losing your soul mate :(


Saturday, July 13, 2013

iftar day-4

Last Saturday, iftar kat PILs. Semua ada except family my first SIL and my biras. So the kids tak dapat la nak main with their cousins. Sunyi je. My biras pulak dah balik her hometown sebab tengah tunggu hari. Another baby in the house soon. Babies, babies everywhere. Some photos of me with the boys pakai tshirt yang sama. Tshirt je la kalau nak sama pon.




misi mencari baju raya #1

Last Saturday pergi baju raya hunting. Tak reti² nak hantar kain tailor, ada banyak pasang kot. Sheesh. So pakai baju ready made je la. Cari my baju dulu sebab nak set color. Walaupon takde tema lagi menarik tapi bila dah pakai sama color cam cantik je kan. Bila lagi nak pakai sama² color. Brought the kids also. Takkan nak tinggalkan Aariq, kesian pulak. Found one at this boutique. Size besar sikit tapi color dah cantik but orang tu cakap can alter. Plus hubby mmg suruh ambil that color. Another one pon I suka just that color dia hubby tak berapa suka. Actually I ada plan nak ambil lagi satu. Yang ni mmg taste I la. Dah try cam best semua. Just that ingat nak usha tempat lain dulu. Might go there again this weekend. Susah la kalau dah suka macam kena ambil gaks :D Done with that, baru la cari baju Melayu the boys. That too to be done next weekend je. Almost lunch time, the kids pon dah lapar. Mika request TCSR, so ke sana la kami. Bila ada kids, memang selamba je la masuk. Orang pon faham. Mission to find baju raya #1 accomplished.

dah kenyang makan pringles pulak 
ni siap termenung pulak. nampak sangat mengantuk

Friday, July 12, 2013

another random entry

Bulan puasa boleh balik half an hour early and the hours are still flexible. You can come in as early as 6am and as late as 9.30am. Tapi for me, biasa je sebab Mika sometimes nak I hantar, sometimes nak daddy dia hantar. Selalu keluar rumah 7.50 - 8am sebab latest to drop the kids is at 8.15am. Then pagi² selalu I sibuk nak masak. Bangun pon 15 mins to 7am. Time kat PJ dulu memang rushing la. Alhamdulillah now back to normal. Most of the time, Iftar kat rumah Umi so tak perlu nak rush masak gaks. My husband bila buka puasa simple je lauk dia. Janji ada ikan keli cukup la. Sahuir, dia bukan jenis makan nasi lauk² ni. Nasi goreng ok or murtabak or nugget. Me too, roti je cukup.

aariq mesti kena bawak pusing dulu 
budak ni susah nye nak suruh mandi pagi²
bangun tidur ok..mandi tu..ishh

Thursday, July 11, 2013

on iftar

For the first 2 days, iftar memang kat rumah Umi je. Baru meriah sikit makan beramai-ramai kan? We all akan top up la with our lauk dan kuih. This is the 2nd year Aariq berpuasa dengan we all. Dia pon busy body nak makan sama, so memang kena take turn makan. Sometimes I suruh bibik makan je dulu, sebab I tak suka nak rush makan. Anyways, takde pon photo of food. Cam tak teringat pulak nak amik. 

bersepah-sepah betul
*pic takde kena mengena pon ngan entry. sekadar hiasan :) *

Wednesday, July 10, 2013

salam Ramadhan


Salam Ramadhan to my family and friends! Jom puasa jom :)

Monday, July 8, 2013

mana pergi semua photos?

I almost got a heart attack bila tengok most of the photos taken from 2008 - 2011 takde in the hard disk. I used to have back up at the office pc tapi macam ambil space sangat so I transfer most of it to my ext hard disk. Hari tu cek macam why la ni takde? Dah terdelete ke..ayaiyaiyai..abis la pic Mika dari kecik semua takde. Tapi nasib baik la sangat hubby ada backup in his PC. ALHAMDULILLAH! Actually last time dah copy from his PC, letak dalam another ext hard disk dan I siap dah sort ikut date and year but now kena buat balik la nampaknya. Folders kena merge dan check satu² sebab photos were captured using different camera. Phone lagi. Tak nak la ter overwrite lagi. That will keep me busy for these few days..apart from my office work of course!

Sunday, July 7, 2013

Ajoi's birthday

It was Ajoi's birthday last 5th of July. Sebab hari tu adalah weekday, celebrate weekend je. Had early dinner at Zam-Zam Cafe&Satay Club at somewhere in Bandar Utama. Nice and cosy place to eat. Ada game room sekali but would be better if ada play room for kids to play. Murtabak, briani dan mesti la try satay dia, sedap. Yang lain² macam biasa je. 

Drop by rumah Umi sebab lupa pulak nak potong kek kat sana. Happy birthday bro! Cepat la kahwin. Tunggu apa lagi ni? Dah masuk 3 series dah next yr. Anyways, wish you the best in life and may Allah bless you always!



 

draw something

Actually lama dah beli drawing board ni. Refer here. Tengok old entry, bilik dulu dan sekarang sama je. Must do something ni. Tukar curtain, cat bilik and add-in katil Aariq. Was thinking of double decker..tapi jenis secure punya. Yang belah bawah tu 2 orang boleh baring and colour white. Now kat mana nampak hari tu? :D Mika now dah belajar spelling tapi dia ni punya la liat bila nak buat revision. So teringat ada beli drawing board yang elok je duduk diam bawah katil. Keluar kan bagi marker pen sorang satu, haa..practice la kamu. Aariq of course tau conteng² je kan but ok la, something new for him. We need to do something to the room ni. Ok, next project.





Saturday, July 6, 2013

sotong goreng tepung + lala cili padi

Weekend before Ramadhan, sangat puas hati sebab dapat pergi Uptown. Tujuan dia nak makan sotong gerung tepung dan lala. Memang dari dulu² lagi fav kalau datang sini. Can't recall we all buat apa that morning tapi petang tu I ingat la, budak² berendam dalam kolam, me and hubby cat gate rumah. Then I masak spaghetti ala aglio oglio for Aariq sebab dia tak follow. Nak makan dengan aman, tak boleh la bawak budak kecik. Yang besar tuh pon ada mood dia jugak. So handle satu² cukup la.

somebody needs a hair cut 
request nak potong kat saloon, mamak tak mahu 
sotong goreng tepung..order besar punya. puas makan 
chicken chop share-share
actually ada order meehoon goreng but takde pulak pic
lala cili padi..habis makan sorang². hantu lala betul 
kat mana tumpah nya kuah kalau tak kat nasi..chewah 
first time mika kat uptown

Wednesday, July 3, 2013

main "golf" la pulak

If the kids kat rumah Tok Mi dia, petang² sure nak main pukul² bola. Aariq dapat trick baru, baling bola dalam fish pond Tok Bah. Dah satu hal nak kutip pulak. Tapi the Atoks cool je, tak marah pon. Cuba I buat dulu², sure dah kena dah. Huhuh..

tu dia..abang long sudah mari :D
konon garang la tu
mika pon enjoy. ada potential nak ikut Tok Bah main golf ni
aariq memang hit the ball walaupon hentam je dia pukul

jom bergambar!

As mentioned in this post, ni pulak photo session kat office. Wana la gigih buat tanda² tu..apa eh nama dia placard ke? Since the other 4 busy, we all je yang amik pic ngan Nurul. First time kot buat something like this kat office. Before this I ngan Nurul pregnant about the same time but we all semua tak close sangat. I guess PJ brought us closer la..we had so much fun yesterday.