Sunday, June 9, 2013

Krabi - Day 1 (Elephant Trekking + Baby Elephant Show)

This is our first activity there. Nak sampai sini, naik pick-up and about 10 mins from Ao Nang. Lalu jalan² kampung yang lebih kurang macam kampung² kat Malaysia je. Tapi I think macam tak best sangat trekking ni, sebab tu tak ramai orang kot? Tak best pon ada lah one hour this trekking complete dengan package hujan.


Part dia masuk hutan tu scary jugak. Dah la tinggi kat atas tu, yang tu I tak takut tapi takut sebab imagination dah masuk hutan macam² ada. Takut tiba² ada benda terjatuh atas kepala la dan sebagainya. Scary part naik elephant ni masa gajah tu turun bukit curam² tu. Dah la trek tak rata, I asyik terfikir, gajah ni kuat ke? What if dia terpeleot..macam mana? We all dapat gajah yang agak tough dan besar, so at one point dia asyik nak makan je. Tuan dia memang tak halang, biar la dia nak makan tapi bila dah lama sangat, dia stop kan jugak. Ada la 5-10 minit kot tunggu dia makan. Last part dia masuk dalam air..tuh pon takut sebab macam dalam je. Gajah masuk pon dah separuh badan dia tenggelam. Gajah just main simbah air light² kat kaki we all. Again I hope jangan la sembur kat muka we all please. Cam kotor je..huhuh. Tapi if bawak Mika pon I tak tahu dia boleh tahan ke tak. Budak tu mana boleh duduk diam. Aariq lagi..aiyoohh..tunggu besar la nampak nya anak² naik gajah.

baby elephant in action..pakai kan topi kat hubby 
dan perempuan bertopi besar bersama gajah

The baby elephant show is right after the trekking. Takde orang lain, we all je tengok anak gajah tu melakukan aksi². OK la comel then terpaksa la tepuk tangan or bersorak sebab tak buat kesian kan? Huhuhu..kelakar sebab we all dua orang je. Hubby cakap, ni kat zoo boleh tengok. Takpe la, tu zoo lain..ni kat Thailand lain. Lagipon orang² kat sini sangat miskin. Duduk pon dalam hut je.

Soon after that, we all balik ke Ao Nang. Time tu dah around 2. Lapar sebab dari sampai tak makan apa². Jumpa la this halal restaurant. Tak ingat nama dia but that restaurant is just opposite McD and Starbucks. Had lunch then for the first and last time we all jalan balik ke hotel. Jauh jugak! Kata 10 minit je. Dah sampai junction nak masuk hotel, kena naik bukit ye kawan². Dah la hujan..emo la kejap sebab kena jalan dalam hujan, jauh, penat semua. Emo sebab tak jumpa phone nak call hotel suruh pick-up. Lawak betul. Apa je tak emo kan? Haih la perempuan.

see the cloud..mmg gloomy betul petang tu
hujan sampai malam memang sesuai for honeymooners..ehhh

No comments: