Monday, August 8, 2011

Ramadhan day 6 & 7

Ramadhan day-8 dah today. So far so good. To date masih belum berbuka dekat rumah sendiri. Rumah dekat sangat, macam lagi meriah makan ramai², berebut². Hubby pon doesn't seem to mind, lagi banyak choice dia cakap.

Saturday mmg tak buat apa, Mika had toast for breakfast then I cooked him fried rice for lunch. Hujan tengahari tuh, so we took the opportunity to nap. Dapat la rest for an hour. Nampak Mika macam dah nak start selsema so we quickly brought him to nearby clinic. Just to be safe la kan. Tapi dia ok je, active semacam siap remind suruh bawak dia pergi clinic when we delayed. Dia tak takut sangat with the doc tapi sempat tanya I before masuk bilik doc tuh "Mommy, doctor tak jolok mulut kan?" Mana entah dapat word "jolok" tuh. That part dia trauma sikit, nama kena panggil dia ok je berlari masuk. Doc pesan² this and that and advise on the necessary. We then went to tahpau ayam penyet for Mika. Hubby tak buka with us that day but with his friends. My granny side my mom was here so dapat la berbuka sama.

Sunday came and cooked sardin dan egg for Mika but dia makan sikit je. Then I marah dia sebab suap makan je dia keluarkan balik..dia lari naik atas pergi kat his daddy. Bila I naik, tengok dia dah tidur. We then decided to check out bazar Ramadhan, seksyen 13 Shah Alam. Rasa first and last kot pergi situ. Bukan sebab tak best tapi cam ramai orang and mind you it was only 4pm. Then too many stalls, tak tahu mana satu yang sedap. We bought kuih je and one lauk sebab I ternampak lemak pucuk manis. Saya penggemar lauk² kampung. Eh gambar day 7 tak de pulak sebab lauk sempoi & lauk tunjuk je kot semua. Nevertheless masih sedap menjilat jari dan tambah nasi 2 kali! 


sediakan payung sebelum hujan..literally sebab time ni nak hujan dah

No comments: