Monday, June 27, 2011

my busy monday

It's Monday and was raining heavily this morning. Dalam banyak² hari, hari hubby tak pergi kerja, hujan lebat dan terpaksa hantar Mika sendiri coz hubby not well (pelik, malam tadi OK je..eh eh). Hujan lebat kena drive slow² sebab tak nampak jalan..tuh la, selama ni manja sangat tak drive kan. Then got training at 9am - almost 1pm and on a Monday dan hujan? Macam slow je nak process. Pukul 11.30 perut dah berbunyi² mintak di isi memang terus tak concentrate dah. After lunch, boss nak brief something then pergi surau solat..3.45pm baru dapat duduk depan PC diam². Hubby boleh pulak ada hal yang tidak dapat di elakkan pukul 5 petang ni and promise to be back before 8pm so it's just me and Mika this evening sampai la hubby balik. On the other hand, Tok Nyang is not doing too good. Doc cakap dia sangat lemah. Allah Maha Mengetahui kalau dah sampai masa pergi la dia..mesti kena redha dan banyak bersabar, bukan dia je, semua orang pon. If it's for the best for him, ya Allah please make it quick..kesian tengok dia suffer. Bukan senang nak hidup sampai seratus tahun, so in a way Tok Nyang lucky dapat hidup past a century syukur Alhamdulillah. Banyak asam dan garam hidup dia dah rasa. I nak jugak pergi menziarah but Mika needs me. If malam nanti ada orang nak pergi, I can go kejap and hubby to look after Mika. Anyways, dalam keserabutan sana sini, a good thing happened today too. My friend dah selamat 'berhijrah'. Cantik :) Hope my time will come soon too, InsyaAllah.

Thursday, June 23, 2011

selamba je kamu

This morning masa hubby nak tukarkan baju Mika, Mika selamba je cakap kat my hubby "Mika nak pergi situ tadi tapi ada cicak" I was like..owh dia nampak cicak..dah lari la tuh. Then I pergi la tengok kat celah kerusi..and guess what I saw..elok je cicak tuh duduk atas cushion tak bergerak. Selalu kan dia lari kalau nampak orang. Pastu hubby sergah pon dia static je. Laaaa..mati dah rupanya. Mika pulak dia dah nampak cicak tuh duduk atas cushion, dia tak sound ke apa..bila nak tukar baju baru dia cakap and that was like 10 mins kot after that. Unlike me, nampak terus geli geleman jerit²..ewwwwwww...tak suka la cicak..GELI. Nak tak nak kena la buang kan but definitely not me la yang buangkan, even nak pegang cushion tuh pon I tak berani. Mika ni pulak lagi nak pergi dekat tengok cicak tuh time hubby nak buang. Rasa nak buang terus cushion tuh balik nanti. Dulu masa duduk rumah sewa, pernah gaks jadi..nak basuh cawan dalam sink, pastu tengok dalam tuh ada cicak dah mati..ewww...terus I buang cawan tuh. Mata dah la terbukak. Lipas or ulat sampah I still boleh tolerate but definitely not lizard dan seangkatan dengan nya.

Wednesday, June 22, 2011

only Allah knows what is best

Kesian Tok Nyang..my mom called me this evening and told me that he's not doing too well and now breathing with the support of oxygen machine. Tok Nyang is 101 yrs old this year and father of my Tok Mak. Even Tok Mak pon dah 80 yrs old and her dad ni memang seorang yang kuat. Tak pernah sakit teruk before this just bedridden for the past few years sebab dulu ada jatuh and dah tak kuat nak jalan and all. What I remember about him the most, pergi rumah dia mesti di servekan air coke dan kacang :D Masa kecik macam selalu pergi rumah dia and I ingat dia suka sangat baca paper. Although we are not close dan dia memang tak ingat la I siapa but he is still my family member. Without him takde la Tok Mak dan my mom dan seterusnya saya. My thoughts and prayers are with him and it's Him above knows what's best for Tok Nyang. I pernah blog about him before here and this article was featured in The Star, Jan last year masa dia pergi Aquaria for his 100th birthday. If you happen to read this, do pray for him yea? May Allah bless him always.

so funny

Title takde kena mengena dengan post pon..just teringat something funny. OK..I am done with the comments and whatnot for my team's KPI. Buat cepat² but on last day jugak baru nak key in. Dari tadi boleh dengar I dok type² kat keyboard ni but bukan I sorang je, TL lain pon sama..rushing for the deadline. Hungry now but nak turun solat dulu..after this can blog hopping and buat la apa yang patut. Also need to approve OT too, biasa la nak end of the month..akan busy semacam.

Monday, June 20, 2011

kena tunggu pulak

Downside of carpooling - tak boleh nak balik ikut time sendiri. This week hubby is on standby till 9pm. Still boleh pergi dan balik sama sebab he will continue to work from home pulak after that. Pukul 5.15 tadi dia dah ajak balik but I got something to do then baru je I ok nak balik dah, dia pulak stuck with his work. Looks like I have to wait la sekarang. Nak buat KPI for team macam malas, tinggal nak finalise je. On the other note, mana ni item tak arrive lagi..super excited tapi bila fikir kena berebut dengan Mika, kurang sikit excited dia. I cannot look at the PC anymore..need a break..see you :)

Sunday, June 19, 2011

of my weekend

Hubby got football training in the morning and while waiting for the laundry to be done, I went and grab some bfast with Mika and ate it at mom’s :) then at 10, balik rumah balik, hang baju and Mika behaved well if his daddy is not around. Elok je main sorang², tengok tv and he asked for keropok pulak..dah la baru makan one big plate of meehoon. Then dia cakap kenyang, so told him to just leave it there and when I went back inside to check on him, licin. Eh budak ni..kata kenyang. Mandikan dia, gave him milk and dia layan cartoon and sempat la dia nap for about an hour plus that afternoon. Daddy came home all sweaty and tired and soon after that we got ready for his friend’s wedding. I OK je..makan free dan nasi minyak mesti la nak. The wedding was held at Taman Bukit Subang and bila I sampai nampak macam familiar family member tuan rumah then macam..eh ni husband my friend. To cut the long story short, my husband’s friend yang kahwin tuh, adik to my ex-MMU friend. Then my ex-MMU friend ni now kerja with my ex-team mates yang dah shift to new company last Dec. What a small world sungguh. For the first time kawan hubby kahwin, I macam don’t mind to stay lama sebab sibuk berborak dengan my friend ni, just to catch things up. She has a 2 yr old son too..cepat nye masa. Baru je rasa lepak sama² time kat unihostel dulu. Hubby pulak mmg tahu his friend related to my friend tapi tak sound awal². Food sedap, dapat jumpa kawan lama..best.

Balik rumah rest kejap..then at 5pm keluar balik to visit hubby’s uncle at HUKM. OK ini adalah kesilapan besar sebab tak check out where exactly HUKM before keluar rumah. We thought it’s somewhere in Bangi dan memang on GPS and GPS pon bawak jalan macam nak ke Bangi then hubby tergerak hati nak call daddy dia. Memang bukan la kat Bangi but Cheras instead. Aiyooo..careless mistake. Tapi GPS memang betul pon sebab dia bawak ikut jalan Mines and memang dah dekat dah. Somehow the HUKM yang we all set tuh bukan the right one, klinik HUKM kat ceruk mana ntah..memang berpusing². Imagine we took about 1.5hr to reach the destination. Dah la jalan Cheras yang I tak familiar..then bila dah sampai dia dekat je dengan Alam Shah old school..laaa..cakap la awal².

Mika pon dah restless dalam kereta, kejap dalam car seat dia, kejap kat bawah, kejap kat depan dah la time tuh sibuk nak cari jalan lagi, dengan stuck kat pekan mana dah, dah la ada pasar malam pastu you know what happen..Mika main sunglass I..memang habit if naik kereta, he will put on his shades too but that day I forgot to bring his and he demanded mine. Elok je lepas tu dia campak atas kerusi..then I heard a crack sound..tengok² patah dah sunglass! Oh my Gucci..pecah dah. How la tak pecah if di duduk kan oleh budak 15 kg..I have to admit time I amik sunglass tuh mata I dah berair², sebak emo semua pon ada but I kept quiet and ada la marah gaks dia. Mika pon macam tahu dia buat salah, he climbed back into his car seat dan nampak la dia lap² mata dia..mata dah berair tapi takde sound nangis. Sedih la tuh kena marah. Then I told him “Mika kena ganti balik sunglass mommy”. He nodded. Then daddy dia cakap “Mika ada duit ke, macam mana nak ganti” then this clever son of mine replied “nanti mika pinjam duit Tok Mi, kita beli baru eh” I was like..mika mika..terus tak marah dah. Comel je reply camtuh. Mana dia dapat idea pinjam duit Tok Mi pon I tak tahu.

Finally we reached HUKM at 6.45pm, just in time before the visiting hours end. After that pergi makan, mamak jer..but bukan sebarang mamak. Dulu hubby duduk PJ, selalu we all makan sini. They serve crispy fried chicken and we had that with maggi goreng while mika makan nasi lemak. Masuk kereta je dia terus flat..bukan dia je, I pon. Sometimes ada GPS ni helpful but ada masa nye..isshh..memeningkan kepala. Then bila dah ada GPS, mula la tak confident nak ikut instinct or signboard asyik la depend kat benda tuh.

Wednesday, June 15, 2011

wednesday already?

Had nasi lemak for breakfast this morning. Dah plan nak makan biskut je sebab macam nak go for early lunch..then my sister ni suruh I makan nasi lemak dia beli. Terima kasih :) After work semalam macam clueless nak makan apa lagi clueless sebab hubby said he wanted to eat yogurt je..isshh! Don't feel hungry too sebab baru makan sandwich at 4.30pm and macam penat..rasa nak rest and rest. Sampai rumah dah almost 7pm sebab detour to here and there. Before that my mom ada call asking me whether I want to drop by at her house ke tak. Tanya Mika then dia pon macam nak pergi. Honestly I tak lapar pon bila I pergi rumah my mom..but bila I pergi dapur nak buat ribena for Mika, I saw sardin and telur ikan and udang masak lemak..GULP! Nasi pulak baru masak..so apa lagi..makan la. Even Mika pon makan nasi with lauk sardin. I notice kalau kat rumah my mom memang selera makan tuh macam ada je even though simple dish macam tuh. On the other note, rindu sangat nak dukung Mika. Dah lama sangat tak dukung dia..not advisable to do so plus his weight macam 15kg kot..how la nak angkat. Thank God Mika pon tak pernah demand suruh I angkat dia, dia macam faham..I love you Mika and he never fails to reply with "I love you Mommy" :)

Monday, June 13, 2011

sudah complete

I've done my KPI with the team. All 8 of them and it's a week plus before the deadline. Lepas ni masa untuk mengarang ayat dan memerah otak untuk isi dalam KPI mereka. A colleague came to me this morning which jarang berlaku for him to come dan borak² with me. He told me about shops on sale and we also talked about work related stuffs and lastly he asked me this "Eh I should not be asking you this but are you expecting?" Wah..boleh nampak dah ke? Wana said I don't have to tell now sebab orang boleh tahu dah..it's a good thing la kan..no? That day I have this as my desktop pic (sebab it changes randomly)..this was like 5 days after Mika turned 1 kot. Kecik je lagi time ni..so innocent. Cepat nya kamu membesar wahai anak.

family time

Sunday was definitely a lazy day for us at least it was for me. Started with breakfast at this banana leaf restaurant in USJ then followed by 'kemas-discard-baju' session sebab nak arrange them all in the new wardrobe.

 roti canai, tosei not bad..nasi lemak so-so
kari ikan yummy
makan sampai 2 tangan dah la mandi lagi 

Yes you read it right..dah sebulan lebih install masih tak bersusun baju dalam tuh. MALAS. Dapat la 2 boxes of baju yang nak discard and macam lucky je orang yang dapat nanti sebab most of them baru pakai 2-3 kali then tak pakai dah and er..pricey jugak. I took hubby's old shirt so that nanti bila diri dah menjadi 'gemuk', senang..pakai je his old t-shirt kat rumah. Did laundry too and after that supposedly nak tengok movie but how to watch with a kid jumping on the bed dan tak boleh duduk diam dan tak nak tidur. Aktif semacam. Tapi at 3, dia surrender jugak sebab kepenatan. Both the boys tidur, I je yang tak boleh nak tidur siang. 

Malam dinner my parents ajak dinner at the usual Thai restaurant in Shah Alam. Nothing much on a Sunday. Btw, hubby purchased something and the item will arrive early July, insyaAllah. Anniversary gift ;) Can't wait!

Saturday, June 11, 2011

memang first class habis

Dapat gaks tengok X-Men First Class. Memang first class habis la. We went for the 11.30am show and as usual, Mika I drop kan dekat my mom's :) The tickets were bought on last minute basis due to the incident yesterday. Kena tengok Mika ok ke tak before pergi bersuka ria kan. Sampai rumah my mom, the Unifi contractors tengah do their things. Good la after this lepak rumah my mom ada internet dah.

What I can say about the movie..i LOVE it. I suka movie pelik² with character pelik² macam zombie, alien, mutant..rasa macam something different to watch. In that movie ada Wolverine buat cameo which I find it macam comel je and of course the best part is Magneto and Prof. X were good friends back then. I did watched X-Men movies lepas² tuh but I think this one macam lain sikit kot, yer la time Magneto baik apart from the actor macam handsome. Done with the movie pergi lunch. Saja pilih Laksa Shack sebab lapar nak makan nasi (that's me) also sebab lama betul tak makan kat situ and sebab kalau Mika is around macam susah je nak makan kat situ. Banyak betul reason nak lunch. Amazingly went back home empty handed. Was in a mood for shopping but entah, tak beli apa pon. Reached PH at 3 and Mika tengah sleep, OK no problem. Balik rumah dulu lagipon penat. Around 4pm went back to mom's and bought some goreng pisang for tea. We went to check out mom's new place that evening. Can't wait for the renovation to start.

Dah makan goreng pisang and all my mom cakap "Umi ada buat ubi rebus + sambal ikan bilis for breakfast pagi tadi.." I was like..eh biar betul..takkan tak nak makan! I ate that too and since kenyang lagi, tak makan apa for dinner and now perut adalah berbunyi. Hubby is out tengok bola with his friends and I feel like eating maggi goreng now..OK, maggi goreng satu! Layan GG japs while waiting for hubby..later! 

Friday, June 10, 2011

kejadian hari jumaat

I was on e-half day today. Mika's bbsitter call cakap Mika muntah 2 kali dah. Ishhh..actually this morning masa hantar Mika pon he was not his usual self. Macam letih semacam, muka pon blur². The night before dia OK je but he had too many of choc chips cookies I notice. Like one after another. Malam tuh masa tidur, he tossed around here and there, macam tak selesa camtuh la and badan a bit warm. Kesian Mika..pernah jadi once time CNY dulu.

So without further delay, rushed back home that noon and thank God hubby is now on normal shift. Balik sama². Fetched him and memang nampak dia letih, lesu semacam but dia tak vomit dah. Called the hospital sebab we figure bawak je la ke CA terus sebab dah biasa with the Paed there and we got the 2.45pm slot. Orang tak ramai, good. Yang pelik nya, sampai je hospital Mika terus sihat semacam. Doc cakap could be gas in his tummy as everything else is fine. Doc advised him not to take heavy meal and no milk for few hours. OK doc. Mommy terlalu lapar sebab tak lunch lagi cannot resist herself from ordering kampung fried rice and a bowl of mushroom soup for Mika. Mika makan sikit je, I yang habis kan semua. Tak elok membazir :P Went back home and rest and rest.

We tahpau something for dinner and ate at mom's. Mika boleh dah makan, Alhamdulillah. Hubby went back first sebab he's on-call and later my sister sent me back, eh tuh pon nak cerita.

Thursday, June 9, 2011

moyang & cicit


My cousin posted this on FB semalam. Both moyang and cicit having their own lil conversation. Mika ni dengan tangan penuh cup, Elmo pon nak menyelit kat situ. Tengok this pic cam nampak Mika dah besar. Lengan dia tuh..memang I selalu gigit dah, geram! Bukan lengan je, telinga, kaki, perut, pipi..selalu kena gigit. Ni kat rumah my mom last Sunday, before my grandma balik kampung. Kaki Tok Mak terpaksa di hitamkan sebab sexy :P

Wednesday, June 8, 2011

look what i found..

Kan sekarang semua orang pon macam layan Nora Elena tuh kan..ok I pon terlayan jugak :P Then tadi kat twitter I found these..



OK admit it, Seth Tan adalah fiction semata². Tapi macam comel eh? But I love to see him and his wife the real one of course. They make a perfect couple la, his wife cantik and the kids are all adorable. Tapi eh macam kelakar and cute :)

happy anniversary to mr & mrs joe

Today is our anniversary. We have been together for 4 years but sebenarnya dah kenal each other about 11 years. Though no special celebration or whatsoever and believe me my husband is not the romantic type one (contoh terbaik: futsal on anniversary night. nasib dah celebrate earlier..mau mengamuk kalau tak)..not even close to Seth Tan (nak jugak selit² kan nama mamat ni) but still I am thankful to have him in my life. Basically dia macam cool la, buat la apa kamu nak buat..you know where the line is and don't ever go beyond that..we will be fine. He's not a control freak (unlike me) and tak demand jugak..memang cool la. Cuma I tak suka kekadang tuh dia drive macam tak keruan nak cucuk² kereta lain dan dah dekat baru nak break but well, lelaki memang begitu kot. Also kekadang tuh I tak suka dia bossy tak tentu pasal but I have to accept the fact that he is THE husband, so kena la obey (i'm that stubborn). Thanks for putting up with my nonsense and I know that I'm not a perfect WIFE too but I will do my best for you and Mika. Thank you for giving me Mika (he may look a lot like you but dia selalu menangkan mommy dia je, mommy's boy la katakan)..the most precious gift so far..kalah benda lain. I love you B and may Allah bless us always..thanks for EVERYTHING!

Happy 4th Year Anniversary My Dear! 
* with lots of hugs & sloppy kisses ;) *

Tuesday, June 7, 2011

sama tapi tak serupa

I guess now I know where Mika got his smile from..
he may look like his daddy a lot but I guess some things still ikut I..nak jugak :P

Monday, June 6, 2011

quality time with family

I guess last weekend memang penuh dengan aktiviti makan. My mom called me on Saturday afternoon and invited me for lunch on Sunday. My grandma nak balik dah. She was here for about a week sebab my mom, my aunt and grandma went to Spore for a short 3D2N vacation. Just them without the kids, not a single one :P Knowing my grandma, dia tak boleh duduk lama punya kat rumah orang, so dia nak ikut my aunt balik on Sunday.

Initially ingat nak pergi awal sikit, tolong apa yang patut but Mika boleh pulak sleep pukul 11 pagi tuh. Though rumah dekat je but if he wakes up and I'm not there boleh macam mengamuk la gaks. So waited for him to wake up and went there around 12. His aunty Ellie already there so dia memang seronok habis la di layan. Then came his aunty Tatie, aunty Nana, uncle Man, Tok Jie and Tok Sharil plus aunty Zira and uncle Joi..lagi la dia excited sebab all eyes on him. The aunts pulak memang rajin melayan, time ni I boleh relax :) My dad as usual, golf, golf, golf. Rumah dekat but I haven't seen him ada la 2 minggu kot. My mom masak ayam masak lemak, tauhu sumbat, sambal tempoyak, ulam² dan keropok (lauk² negeri ni). I saja makan last sebab boleh conquer..hahah..kalau makan ramai² kena control..isshhh..tak senonoh betul eh. Takpe "eat for two" :P Then they made a quick trip to check out the new house yang belakang rumah je sebab baru dapat kunci so nak check out inside. I did not go la sebab sibuk makan. One incident happened there..Mika ni dia nak tanya my mom bilik dia mana satu..so dia panggil my mom berulang kali tapi his grandma tak dengar sibuk bercakap kan..memula dia panggil macam ni.."Tok Mi, Tok Mi, Tok Mi, OIII Tok Mi..bilik Mika yang mana??" Suka hati je cakap OI :P Mika mika..siapa ajar ni tapi lawak la time tuh.

Then lepas they all balik, we did nothing but lazying around in front of the TV. My cousins stayed back till evening and Mika di layan habis oleh his aunts. We asked him to sleep pon dia sibuk nak main. Hubby balik rumah dah time ni and he came and fetched us back around 5.45pm sebab nak bawak Mika to clinic. Dia start nak flu + cough and since we have no stock of medicines at home, better get some. Went to his usual Paed at Puchong and doc says normal flu + cough but start fever sikit dah..but funny budak ni active semacam je. He prescribed phlegm, flu, antibiotic and fever medicine and lega la sikit ada ubat in hand. Balik singgah rumah my mom balik to tahpau some food for dinner and straight balik rumah. Told you that weekend ni makan je..but rezeki jangan di tolak kan? Alhamdulillah :)

Sunday, June 5, 2011

Saturday's activity - MAKAN

Saturday was great! Makan day :) Attended a wedding (Erin's sister) in the afternoon and got to meet the girls. Ereen could not make it as her baby boy is unwell. Takpe Ereen, we understand. I will post the photos later. Went to Empire after the wedding then to ss 15 to buy the oh-so-famous-rojak. Hubby sanggup nak queue just to get his wife ONE rojak. I nak yang telur + sotong punya. Don't know why lately suka sangat makan telur rebus. Selalu I makan just the yolk but now the whole thing. Yummy! Then at night pergi rumah sis-in-law sebab dia buat kenduri cukur jambul for her 6 mth old son. Makan lagi and that night ada nasi lemak pulak with rendang daging. Good food, great company..lovely Saturday :)

Saturday, June 4, 2011

pre-anniversary celebration

Finally lepas almost everyone dah tengok POTC, I baru la nak tengok. Amik cuti last Friday, pre-anniversary celebration. Tuh pon macam tak complete je keluar without Mika but it was nice la to get all the attention from hubby once in a while. A good movie then late lunch at Bubba Gump..makan sampai kenyang sangat. I had sirloin steak..patut dah pergi situ makan benda lain kan. Well we did ordered 3rd dish of shrimp something something (FOC sebab they are having this promotion, if 3rd dish cheaper or same price..it's FOC) but my main course was sirloin steak while hubby makan roasted bbq rib, chicken etc kot. Last time we were there macam lama jugak la. Came back just in time to watch 1 episode of Gossip Girl and fetched Mika after that and had dinner dekat mamak je malam tuh. I craved for maggi goreng that night :)

As always, I tak expect much for my anniversary. Cukup la dapat celebrate with the loved ones (of course if ada present best la kan but nahhh..I'm not that type :P) I think the best present would be if dapat complete kan Mika's room asap and also convert bilik bawah yang sekarang macam store to a nice cozy guest room. My house is more important now ;)