Tuesday, June 22, 2010

where are your manners man?

Pernah tak u all makan kat restoran or mana-mana la then sebab tempat u all makan tuh sedap sangat and memang ramai orang sebab kebetulan peak period so tempat duduk limited. Yang tak best ada orang tunggu2 berdiri belakang cam nak paksa makan cepat. My friend and I baru je dapat our food, dah ada 2 ladies and a guy tercegat belakang we all and usha2 tempat duduk. These 2 ladies cam muka berlagak ok..then sibuk ngan phone dia. Cam muka tak malu lar..diri2 belakang meja I tapi all the while asyik berberry je. Cam kalau yer pon, diri la jauh sikit..ni tak memang betul2 belakang. We all duduk tepi cermin so kat luar tuh cam ada tempat duduk yang memang boleh nampak dalam and that guy time tuh dah standby kat luar pandang direct to our table. So my friend and I memang rasa uncomfortable la kan, tapi we took our own sweet time. Eh, first come first serve la, plus we all bukan makan free pon. Orang lain pon ramai je lagi makan tak bangun2 napa nak aim our place pulak.

Okay dah habis makan I nak bangun..I duduk belah dalam so kalau nak keluar tuh cam leceh sikit and u know what this guy did, dia terus cam terpa tempat duduk I. Dah la I stuck tak boleh keluar lagi..cam kot yer pon bagi la lalu ke apa. Lagi pon his 2 friends yang sibuk berberry tuh dah memang dapat seat belah my friend confirm meja tuh they all punya. I nak jalan pon susah sebab dia dah block way tanpa rasa bersalah, no excuse me, no sorry. Yang dia nampak tempat duduk kosong yang dia mesti duduk. What made me more pissed off, I terdengar dia cakap "Lama dah tunggu.." SO???!! Like I care la kan. I geram gile terus I hempas je kerusi tuh then the way I jalan memang nampak sangat la bengang. Nak keluar tuh I memang lalu tempat they all, terus I buat muka masam gile. Orang macam ni pon ada ke?? Tak gentleman langsung. Spoil my lunch mood je tadi. Pfftt..

7 comments:

Byzura Razali said...

tensionkan babe.kalau mkn nasi daun pisang nirwana bangsar pun mcm tu especially bila dok luar.standy depan mata pandang kita mcm nak telan. nak mkn pun takde selera.my hubby penah lepas abis mkn, sambung isap rokok berbatang2,pastu order air.pedulikkan katanye :)

Adekniza said...

kan best kalau i ade time tu?

raF|za said...

byzura,

my hubby pon advised the same. tapi rimas ok..org dok usha2 camtu. dah la time tuh i ngan my girlfriend je. nak makan pon tak aman

raF|za said...

ros,

tuh la, kalau u ade terus kena sound dah orang tuh. muka perempuan tuh berlagak habis, macam dia paling cantik la sambil berberry kat situ. guy tuh pulak dengan sunglass dia

nazira aziz said...

eeee losernya.ni dekat mana ni kak ja?
tak sukanya kalau orang yang tah papa macam ni tak menyempat.

berberry tak berberry,manners are manners oke!

eh eh lagi satu...kat lif!!!!!!
Tak boleh nak tunggu orang dalam lif keluar dulu......malaysians..(ok but not all of em)

raF|za said...

adik,

ni kat saba, iranian food dekat secret recipe. memang la ramai org dan sedap kan..tapi sabar2 lar. isshh..

yes, kat lif pon sama. tak menyempat nak masuk. macam la lif tuh lari..huhuh

nazira aziz said...

ooo saba!! orang2 tak penyaba la tu.
ah tmpt tu mmg ramai,so first come first serve la kan
ee teruk nyaaaaa.