Wednesday, February 17, 2010

Dinner at Bagan Lalang

I habiskan la entry weekend ni terus. Dah alang² kan. Sunday pulak, we had dinner with hubby's family at Bagan Lalang. Jumpa kat PIL's house dulu, only Kak Mas jumpa kat sana terus. Sebab almost 6, fed Mika first and then baru gerak. Mika sempat la berlari² kat garden. Ingat dekat je Bagan Lalang from PIL's house tapi jauh gaks, 45 mins.

Dinner kat sana to celebrate Daddy's birthday too. His birthday on the 16th but we had an early celebration. HAPPY BIRTHDAY AYAH!!! Why I call him ayah?? Sebab both menantu lelaki panggil dia macam tuh, so I pon terikut lar. Plus my hubby's siblings don't really call their daddy, daddy...mereka panggil Diddy..hehe macam P Diddy. As much as I wanted to call him diddy, rasa pelik sebab terang² it should be Daddy..ni sure kes pelat dari kecik ni. Hopefully Mika tak pelat lar nanti..sekarang dia panggil "Awak" jer..huhuh..lagi over Mika ni.

Sampai Bagan Lalang, memang pack! Nasib kawan Rizal owns one of the restaurant there, so dah siap² reserve. Actually boleh pre-order so tak perlu la we all tunggu, luckily tak tunggu lama. Kat sini the nightmare pon bermula. Mika terlebih excited..nampak laut, nampak ramai budak lari sana lari sini, dia pon nak join tak nak duduk diam. Tak nak duduk dlm baby chair and also tak nak orang angkat. Dia nak bergerak bebas. Hubby and me have to take turn lar, makan pon tak puas. Rushing². So memang kena monitor dia selalu, takut hilang pulak orang ramai² tuh. Tak sempat nak snap pic langsung..awal² je sampai. Last² I letak dia dlm high chair, put a plate of rice and dia main+makan nasi tuh sampai bersepah². Hishh..anak sapa la ni. Sebab tak puas makan hubby cakap next time nak bawak I pergi sini lagi without Mika. Mika duduk diam² rumah Tok Mi yer. The food memang sedap and murah I rasa lar. We all makan for 9 pax and it costs around rm300++. That day makan kat Famous Thai, Shah Alam for 6 pax dah RM200++. Just the journey la jauh..plus minus sama gaks kot :D

We left that place at 9pm and masuk je dalam kereta, Mika flat dah. Kepenatan. Sampai² rumah pon hubby and me pon terus tido sebab penat kejar Mika and also kenyang :D Tak puas makan tapi kenyang.

sama je steps mereka
tengah pegang Mika dengan kuat supaya tak lari
 
Mika dah berpeluh², tak sabar nak turun

No comments: