Sunday, February 28, 2010

first holiday

Last Friday was a public holiday and I took leave on Thursday just to get extra days to relax. Hubby, Mika and me went to PD and it was first getaway for dear Mika. That day in The Biggest Loser Asia ada one scene shot at this hotel. We googled and found out that the hotel macam best. Hubby memang tak pandang hotel lain dah, he booked it straight away. Tak lama pon pergi, one night stay je. Sebab PD and stay lama-lama pon tak tahu nak buat apa plus Mika ada kan, mesti tak holiday sangat :P It was fun, walaupon penat melayan Mika tapi we totally enjoyed the stay. Here are some pics of the hotel. Pics of us will follow in another entry yea. We stayed at Thistle Hotel. Wanna know more about this hotel, sila click sini :)

 the entrance
pool
 hotel lobby
 
we took the deluxe king sea facing room
view from the room

Wednesday, February 24, 2010

satu petang di taman

Kalau cuaca just nice, usually hubby and me or hubby/me will bring Mika to the taman nearby our house. Dia tahu je jalan ke arah slide, swings once I put him on the ground. Sungguh tak sabar Mika ni. Dari jauh dah tunjuk² meaning dia nak main, kalau I dengan dia, dengan I sekali naik atas slide tuh. Pastu jalan pakai jalan jer. Ikut shortcut, atas rumput and not on the jalan disediakan. Kalau tak hujan ok la, kalau hujan tuh ada lecak and swing sume tuh basah, habis kotor seluar tapi dia lagi suka sebab main air. So semalam brought him there and ada one bibik and a toddler lebih kurang age Mika.
Me: Berapa tahun ni? (tunjuk kat that boy)
Bibik: 1 tahun 6 bulan
Me: Owh macam age anak saya, beza 4 bulan je

Tiba² budak kecik ni lari kejar bola..so bibik ni panggil "Mika..mika". I ingat salah dengar. Pastu I pulak panggil "Mika mika.."

Bibik: Nama nye sama..Mika..nama Mikhail (sila baca dgn slang bibik nye)
Me: Iyer, sama nama pula, panggil pon sama
Bibik: Ini nama nyer Mikhail Haris..(not sure spelling sama macam Mika ke tak)
Me: (sengih² kat hubby, segan nak bagi tau nama Mika gaks..sebab sama)

Eh kebetulan sangat. I don't even bother to ask if that boy ada Ahmad tak kat depan. Dah la muka pon lebih kurang, size pon lebih kurang, age pon lebih kurang, tinggal pon satu row..cuma dia the other side of the taman. Sangat la co-incidence :D Okay cukup² la post hari ini. Esok cuti and Friday is a public holiday. Time kerja banyak la time tuh cuti. Haih..cuti pon tak aman.

On unrelated note, my mom just told me this morning my dad's schedule will be very pack this week, weekend and next week. Tomorrow dia pergi Perak in the morning, petang flying off to Bandung and will be there till Saturday. Sunday pergi Sabah and Monday to Sarawak. Again leisure and business. Knowing my dad, dia memang workaholic, if he's around at home pon, he will be busy with his work..most of the time kerja..tapi ada time dia release tension tuh main scrabble. heheh..okay la..enough rambling. Later :)

men and multi-tasking?

What's with men and multi-tasking eh? Mereka ni memang tak boleh kot buat 2 things at once. Sorry if ada male readers out there but I think it's a fact. On the way to work this morning, ada 1 car in front of me driving on the fast lane tapi drive slow betul and it was driven by a male and he was on the phone. Dah la illegal on the phone while driving then slow pulak tuh on the fast lane. After I dah pass that car, ada lagi satu kereta macam tuh..slow betul nak buat u-turn..nak overtake I pon nak u-turn..then again it was a male driver and he was also on the phone! Haih..sungguh menguji kesabaran. I takde la drive laju mana but if kalau orang tuh slow sangat sampai kereta bersusun kat belakang tak ke ntah pape tuh? huhuhu..tapi I notice..men memang susah nak multi-task. Women boleh je dukung anak sambil tuh buat susu or lipat baju ke or anything lar..and women can also on the phone sambil tuh tangan busy buat benda lain..on the phone means on the phone. No interruption, nanti tak leh concentrate. Hahaha..ntah lar..maybe not all men macam ni tapi majority are :P

Friday, February 19, 2010

fix it

Good morning! On the way to work this morning, I dengar Fly FM and there was this Fix It segment. About a boy yang konon nya sayang lagi kat now x-gf tapi masa prom night pergi dance dengan orang lain. That boy said sorry and he mentioned something about dia still sayang x-gf dia ni and he wants the whole Malaysia to know he still loves her and sorry for everything. I was like...WTH? Masa dia pergi ajak gurl lain tuh dance tak fikir ke..then his x-gf found out from her sister about this. I paling tak suka guy like this. No offence but ingat senang ke dah hurt orang lain punya feelings then say sorry? Tak boleh terima. Nasib la x-gf dia ni pandai, she said that it's hard for her to forgive that guy and she would not get back to him..at least not now. You go girl!

I've been in that situation. My bestfriend saw my ex holding hands with his 'gf' and when I asked him about it he said, it's just the way he socialise. Boleh macam tuh? That time long distance relationship. Long distance pon tahan la sampai 3 tahun our relationship..1 and half year macam ok but the other half macam so fake. Tapi I pon tak baik sangat sebab dah tahu his behavior macam mana, I seek for revenge. Revenge is sweet kan? I went out with other people and takde la duduk diam memikirkan nasib. After all, time tuh I was 18. We broke up macam tuh jer thru chatting. Adalah rasa down sikit coz he was my real 1st bf and time sekolah dulu, everyone sort of like know us coz he was my senior. Konon dulu cam cool la couple ngan senior..hahah..ntah pape..Even cikgu² pon tau but they were sporting enough. My mom pon kenal dia, pernah datang rumah 2-3 kali. Faz darling..if you ever happen to read this, ingat lagi about this? Bittersweet memories eh?

Before I kahwin, we had a talk and he apologised for everything and even came to my wedding with his gf yang dia pegang tangan tuh. Okay lar, no hard feelings kan..wish him the best. As for me, I have my man who then gave me a son. What more can I ask for..nothing can beats him..he's the best walaupon ada la ups and downs but biasa la..mana ada perfect marriage..orang cakap asam garam rumah tangga..baik sangat tak emo² tak best gaks :)

Wednesday, February 17, 2010

Dinner at Bagan Lalang

I habiskan la entry weekend ni terus. Dah alang² kan. Sunday pulak, we had dinner with hubby's family at Bagan Lalang. Jumpa kat PIL's house dulu, only Kak Mas jumpa kat sana terus. Sebab almost 6, fed Mika first and then baru gerak. Mika sempat la berlari² kat garden. Ingat dekat je Bagan Lalang from PIL's house tapi jauh gaks, 45 mins.

Dinner kat sana to celebrate Daddy's birthday too. His birthday on the 16th but we had an early celebration. HAPPY BIRTHDAY AYAH!!! Why I call him ayah?? Sebab both menantu lelaki panggil dia macam tuh, so I pon terikut lar. Plus my hubby's siblings don't really call their daddy, daddy...mereka panggil Diddy..hehe macam P Diddy. As much as I wanted to call him diddy, rasa pelik sebab terang² it should be Daddy..ni sure kes pelat dari kecik ni. Hopefully Mika tak pelat lar nanti..sekarang dia panggil "Awak" jer..huhuh..lagi over Mika ni.

Sampai Bagan Lalang, memang pack! Nasib kawan Rizal owns one of the restaurant there, so dah siap² reserve. Actually boleh pre-order so tak perlu la we all tunggu, luckily tak tunggu lama. Kat sini the nightmare pon bermula. Mika terlebih excited..nampak laut, nampak ramai budak lari sana lari sini, dia pon nak join tak nak duduk diam. Tak nak duduk dlm baby chair and also tak nak orang angkat. Dia nak bergerak bebas. Hubby and me have to take turn lar, makan pon tak puas. Rushing². So memang kena monitor dia selalu, takut hilang pulak orang ramai² tuh. Tak sempat nak snap pic langsung..awal² je sampai. Last² I letak dia dlm high chair, put a plate of rice and dia main+makan nasi tuh sampai bersepah². Hishh..anak sapa la ni. Sebab tak puas makan hubby cakap next time nak bawak I pergi sini lagi without Mika. Mika duduk diam² rumah Tok Mi yer. The food memang sedap and murah I rasa lar. We all makan for 9 pax and it costs around rm300++. That day makan kat Famous Thai, Shah Alam for 6 pax dah RM200++. Just the journey la jauh..plus minus sama gaks kot :D

We left that place at 9pm and masuk je dalam kereta, Mika flat dah. Kepenatan. Sampai² rumah pon hubby and me pon terus tido sebab penat kejar Mika and also kenyang :D Tak puas makan tapi kenyang.

sama je steps mereka
tengah pegang Mika dengan kuat supaya tak lari
 
Mika dah berpeluh², tak sabar nak turun

just us day

So on Saturday, Mika takde pon I still bangun awal, dah biasa. Breakfast at Darus, ss 15. Nasi lemak sedap..yummy :) sampai Subang around 9 budak kecik tuh tido pulak. Tunggu dia bangun sambil tuh I masak his food. My brother had to send my dad to airport, Abah pergi Sulawesi with his friends. Business and leisure. Bawak golf stick sume. Dah balik dah pon semalam.

Mom said Mika macam ada stuffy nose. Mesti jangkit from bbsitter dia ni. Bbsitter not well last Friday. So we went to Dr Gan's clinic to take flu/phlegm medicine. Kan nak CNY, nanti lambat² tutup la clinic. Dan sebab rambut Mika sangat messy, we went to the barber to get it cut. Memula I tak nak potong pendek sangat, nak biar fringe dia tapi budak kecik tak boleh duduk diam..ended up potong terus..huhuh..haih Mika..kamu ni.

Balik Subang fed him lunch and went back to PH just after that. Nothing much to do, spent the day by lazying around and layan Mika yang gerak sana gerak sini. Pengsan..ada je benda dia nak buat. If dah bosan kat atas, dia tarik tangan ajak turun bawah. Then main turun naik tangga. Sebab boring sangat lepak rumah, hubby ajak gi jalan² kat taman tasik Shah Alam. We dropped by at a pasar malam on the way back tapi tak beli apa pon, tak menarik. I cakap kat hubby nak Dominos so we ordered in. One large Extravaganza, one regular Spicy Sambal (claim voucher late delivery), Breadstix and Cinnastix. Makan 2 orang je tapi melampau² kan :D

We had that for dinner and layan this movie "The Blind Side". Sandra Bullock and Tim McGraw starred in this movie. Based on a true story, cerita kesian+sedih tapi happy ending. Oh sedih nye..sedih sebab kesian. Ulang cakap banyak kali sebab betul² sedih + kesian. Okay enough, got it. Ada jugak orang baik macam couple ni. Wanna more? Google saja okays..Nazira dut, you have to watch this..sure nangis² :P

muka masam sebab tak suka
mommy and daddy yang kecoh
dah pendek dah, takde fringe
jalan-jalan
tangan tuh mesti nak pegang something kan Mika?
dapat daun pon jadi la
 like father like son
   
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque in the background
 my cheeky munchkin




movie and dinner

Hari tuh I cakap nak outing with hubby kan..so where did we go? Since hubby is out for his futsal game, I layan AI and update an entry lar..So on Friday, balik kerja, hubby dah sedia fetch Mika from his babysitter's house and around 5 made our ways to Subang. Hujan agak lebat petang tuh. Sempat la I fed Mika. Lauk simple, nasi lembik and scramble egg and sikit kicap. Makan dengan selera sekali dia sebab first time kot makan that combination. Hubby mandikan Mika and kiss² goodbye and told him Mommy and Daddy will come back tomorrow morning. Mika ok jer, if grandparents dia ada, tak kisah sangat if parents takde. He really likes my dad. If my dad is around, tak heran pon kat I..huhuh..habis la spoil nanti :P

We went to Pyramid. I ajak hubby tengok movie The Wolfman. Not in a mood nak tengok romantic comedy coz for me, that kind of movie layan kat rumah lagi best. Kat cinema sure potong sana potong sini..nanti tak best dah :P Lagi pon I nak the sound effect. Kat rumah kena control² takut Mika bangun, I lah terlebih risau walaupon hubby cakap kat bawah tak dengar sampai atas lar. Ntah, I rasa dengar je. Again, cerita² pelik I suka jer..tapi cerita ni lawak pon ada. Banyak sangat adegan terkejut². Selalu movie sekali je kan terkejut dia, ni cam 2-3 kali dalam one scene. Ada orang dlm cinema tuh siap cam mengeluh lagi sebab banyak kali terkejut, sampai semua orang pon gelak. Tapi stok terkejut I sampai tutup telinga sebab tak nak terjerit, mata bukak sebab nak tengok. Hubby cakap, pandang tempat lain kalau tak nak terkejut..heheh..tuh his tactic. It was a good movie and full house too. Just that tak sesuai kot for those yang cepat terkejut and ada heart attack.

Before movie, we had dinner at Ayam Penyet Ria. Ingat nak try makan kat Full House but it was full, literally. Malas nak queue up and tunggu². Ramai gaks buat last minute shopping that night. That night lepak with hubby without Mika..love it once in a while :)

 deco in the restaurant
 air tuh sedap, air lychee something..minum sampai brainfreeze :D

where are thou?

Alaaa..mana hubby?? Nak bergossip dia tak online pulak. Believe it or not, hubby memang selalu jadi mangsa gossip. Well, there are things yang boleh cerita dengan dia without hurting other people's feelings and vice versa. Right now I just need him..can't wait to go home and cerita panjang lebar. Napa tak call je? Call tak best, it's either thru chatting or live..hehe..can't wait can't wait..

will update later, do come back :)

I wanted so bad to update..if only I could find time to do it. Long break and no free time at all..nevertheless it was one great weekend :) Will update later yea..stay tuned!

Friday, February 12, 2010

which one is your favourite?

It's Friday..can't wait for tonight. Malam ni ada date with hubby. If everything goes well and dah jadi, I cerita in the next entry. Pernah tak rasa macam nak blog about something or mungkin dah blog..lepas tuh blog hoping ke blog lain tengok orang tuh dah cakap pasal benda sama? Co-incidence? Agak la..if post nanti orang cakap kita tiru pulak tapi if tak post, rugi laa dah penat² buat entry. So nak tak nak terpaksa la post..plus tak semua orang baca blog yang sama kan..macam sekarang la. I nak post entry about American Idol, sekali ternampak budak ini dah blog about it. She on the other hand know the contestants well. For me, I tak ingat mana² yang outstanding pon..only Andrew Garcia sounds familiar. Kalau tanya I, I memang suka those yang voice ala² David Cook, Adam Lambert or Chris Daughtry. Rock babeh! heheh..main guitar and rock..wah, heaven! So far belum ada favourite for this season unlike sebelum² ni yang masa Hollywood week mesti I dah ada favourite. Am I getting old for all this? Anyone I should pay attention to?

Thursday, February 11, 2010

cool tak macam ni?

Good morning everyone!
Tapi muka masam pulak Mika ni..dia tak suka pakai specs tuh tapi kena buli dengan mommy.

Wednesday, February 10, 2010

next time ok?

Just had my lunch, alhamdulillah kenyang tapi sampai pukul 3 lebih je kot. Pukul 4 tea time pulak. Alaa..kesian my lunch mates Ros and Wana. They all tak tahu I bawak naik Mika semalam. Sorry gurls, cam ad hoc plan. Tak sempat nak roger anyone..I dapat bagitau one of my team mates jer, ramai tak tahu. Next time if ada lagi, for sure I akan inform, promise!

lapar lapar lapar

2 posts in 2 hour? Ni semua sebab lapar punya pasal. Perut dah bunyi². Actually dah bunyi² dari malam tadi. Tengah baring² on sofa and letak kaki atas lap hubby (gaya orang malas dan konon² nak manja²) tiba² ada bunyi..wah, bunyi apa tuh?? Hubby dah kerut² muka, huhuh. Asal tengok The Biggest Loser je lapar tak pon makan tak ingat. Sungguh tidak insaf. Nak makan cam dah lambat, 10.30 dah. Dinner dah makan tapi awal, at 6pm and around 8 something I dah makan half of Snickers bar tapi masih lapar. Then breakfast tadi makan roti jer. Lunch nanti I eat in. Nak replace hour and also banyak kerja :( Hopefully cukup la portion tuh nanti. I'm a big eater..memang pon. Eat a lot..macam hubby selalu cakap :P

MMR vaccine

Semalam bawak Mika for his 1 yr old check up. Delay 1 mth plus sebab hari tuh belum sempat jab lagi dah demam Mika Haris ni. His Paed pulak agak bz, appointment full je. Then she's going to be on long break due to CNY. Luckily I managed to fix an appointmet for yesterday's session a week before. Actually MMR jab ni boleh bagi in between 12 -15 months so takde la lambat pon kan. I took time off je semalam. Hubby came together with Mika around 2.15pm. I turun Basement tengok Mika dok main² sun shades, cover² muka dia so I bawak dia naik to my office kejap. Nak 'show off' Mika to my team mates..hehe..ada yang tak tengok Mika lagi, dengar cerita je. Nasib Mika tak freak out..dia maintain cool and buat selamba je tengok aunty² yang cun tuh. Tapi tuh pon tak jumpa semua orang sebab in a rush.

Appointment at 3pm. Mika kena 1 yr old jab for MMR kat bum dia. MMR la kan? The last dose of Pneumococcal jab to be given in March. The MMR vaccine costs about RM180 (inclusive of medicine and doctor fee). Nasib covered by hubby's comp. Overall, Mika is doing fine, Alhamdulillah.

Actually half an hour dah settle but nak tunggu GL..berabad lama nye! Next time must ask for GL first kalau boleh to save time. Tau la Mika mana boleh duduk diam kan..dia nak jalan sana jalan sini, pastu he saw 2 boys age 3 and 6, dia join main dengan mereka. Excited sungguh siap berguling² atas carpet. Budak² tuh boleh lari semua, dia pon nak lari gaks padahal tak tengok kiri kanan pon. Pakai jalan jer. Then tak malu pergi duduk on a nurse's lap..selamba je dia. I cakap "Mika, don't do that..nanti nurse marah" dia buat tak tahu jer sebab dia tak takut. Mika oh Mika..otw home, terus tido dalam kereta. Penat sangat la tuh, dah la baru kena jab. That's all for now. I better get back to work. Later :)

Sunday, February 7, 2010

sunday at sacc mall

Tengah tunggu hubby balik from work so in the mean time..I cerita la sikit hari ni I buat apa. Outing ke SACC mall. hehe..lama dah tak pergi sini. Pergi with my mom and sister. We were joined later by Abah. Before lunch sempat la pusing² kat Level 2 & 3. Tok Mi Mika sempat belikan Mika cloth book and socks for him. I never know SACC ada nursery room or memang tak pernah amik tahu but great, they have one. So next time if pergi sini, no need to worry if Mika buat business ke. Tempat dia tak crowded so lil Mika puas la berjalan kat level 3, siap main cak² ngan sales girl kat one of the shops. Amboi kamu Mika..so cheeky eh?

We had lunch at De Palma restaurant sebab tak pernah makan kat sini tapi service sangat slow motion. Nak tunggu fries for starter pon lama. A bit pricey and the portion macam sikit jer for the price. Like a plate of nasi goreng kampung/kuey teow costs about rm10, western dia pulak rm15 above. So nak pergi sini lagi, think 2-3-4 kali kot. Tak tahu la hari tuh je dia slow or memang selalu macam ni..haih..dah la Mika tak boleh duduk diam. Normally hubby yang layan Mika but he was not around kan..terpaksa la I took over. Mika's grandparents rajin la entertain him..my sis pon..phew, lega sikit.

Habis lunch tak pergi mana pon. Made a quick stop at Guardian and my sis teringin pulak nak makan rendang tok kat stall located at basement. Rasa okay lar..takde la cam sedap sangat tapi mahal okay...lemang berapa kerat je dah rm5. My mom cakap dia memang tak nak beli banyak² sebab she knows can get cheaper kalau beli kat pasar tani, so beli untuk rasa² jer. Tapi lain orang lain kan..maybe you all boleh try la if terjejak kaki kat SACC mall ni. Restoran De Palma tuh kat G level, stall rendang tuh kat B level.

Balik rumah then lepak² kejap then around 6 my parents together with my sister teman I balik PH. They made a move after Maghrib prayer and here I am now waiting for dear hubby to come home. Dia cakap nak meet up with his friend (his bestman). I tak kisah sangat sebab dah malam plus he should have fun also kan after working over the weekend. Good night everyone!


sampai², feed Mika dulu
Mika showing off his food
"nak watermelon juice, Atok"
muka berlagak sungguh
suka sangat gigit straw
macam display pulak Mika duduk kat tepi tuh

budak ni tersengih sebab dapat beli rendang tok
kepenatan dah, nap time

Saturday, February 6, 2010

balik kampung mode

Just had lunch kari ayam, kerang rebus and some ulam. Kat mana lagi if not at my mom's house. Pagi around 7.30 I dah gerak to Subang. Before gerak I tanya if she wants any breakfast tak but my mom cakap susah nanti I nak beli with Mika around, so she said takpe, dia nak beli nasi lemak kat Esso. Okie dokie..Hubby kerja, so this is my routine. Dulu2 I boleh jer duduk ngan Mika kat rumah but since dia dah bergerak bebas ke sana sini and tak boleh tinggal sorang2 lama2, I know I need help. Sometimes I wish I duduk apartment je, senang nak maintain. Nak jaga Mika pon senang, satu level je. Owh rindu nye dekat life at Brunsfield dulu. Kalau dulu malas nak masak, order je kat restoran bawah tuh, orang tuh hantar sampai depan pintu..best. Kat Subang ramai orang boleh tolong tengokkan Mika and also another reason, senang nak makan. My mom memang suka masak2 bila orang ramai kat rumah. At this very moment dia tengah buat pengat keledek (anak dia melepak kat sofa..tak tolong ke? cukup la, pagi tadi dah tolong tumis kari plus knowing my mom, dia memang tak suka orang lain masuk dapur dia..dia suruh I concentrate on Mika je). Bau sungguh menyelerakan..tak sabar nak makan..huhuhu..this morning my mom ajak lunch outside but my sister ada other plan pulak. So maybe tomorrow. Nothing much to update for Saturday. I ingat nak dinner with hubby at somewhere tonight, but we'll see. Kot2 dia nak makan kari ayam pulak kan..have a great weekend everyone

Friday, February 5, 2010

maggi for breakfast

Pagi² I dah makan maggi..maggi ayam my favourite..isshh..tapi dah nak expired dah pon plus I don't have anything for breakfast, makan jer la kan. Semalam hubby sungguh baik. He washed my car, beli kan lauk for dinner, betulkan tinted belakang kereta I tuh, tolong angkatkan baju and he even basuhkan baju Mika masa I tidurkan Mika without being told to do so. I like..thanks sayang. Really appreciate your help. I rasa starting from today, will be a very busy day as I'm working on a book which is due in early of March. So might update less kot..tengok lar nanti.

Yesterday I had lunch with my Prudential agent, kak Gee. Nak claim allowance for Mika duduk hospital hari tuh. Thanks kak Gee for the lunch. Best dengar cerita² kak Gee. We should do it again :) Do buzz me if you are in Cyber next time..okay peeps, time to work..ciao!

Wednesday, February 3, 2010

team outing

Best nye hari ni..kerja sampai pukul 2 jer. After that pergi makan and tengok movie. Bukan ponteng kerja yer, ni team outing :) TL pon ada. Actually each team dapat some amount to spend on. Ada la suggestions like makan, bowling, outdoor activity but in the end we settled for lunch & movie. There are 16 of us and we watched Legion. Okay lar, I enjoy the movie walaupon ending macam tak padat but again, any movie yang ada benda pelik2 ni I suka jer. Next plan, nak ajak hubby tengok The Wolfman or Alice In Wonderland tapi mahu ke hubby layan AIW?? huhuh..btw, I belum tengok Avatar lagi..sedih nyer..orang dok cakap movie tuh best tapi I haven't got the time to watch. I nak update about weekend pon tak sempat. Dah ada dalam draft tapi am so busy sekarang..kat office ada je benda nak buat. Later la kot...nite!

Monday, February 1, 2010

tak baca pon takpe

Lambat nye update. Busy sangat. Ingat memang tak nak update dah but since these pics I dah save kat draft..so why not? So last Friday after work, I balik PH dulu sebab nak pergi Subang together with hubby. Dah sampai Subang, lepak² japs and bawak Mika jalan² at Parade. Tak buat apa pon kat sana, gi MPH bought him some books then tuh jer, balik PH. Rasa pelik balik PH sebab dah 2 malam tido kat Subang..so bila balik PH cam sunyi sikit. At night lepas Mika dah sleep hubby and I watched The Time Traveler's Wife. Movie agak pening sebab dia kejap flashback pastu forward..kejap missing, kejap ada. But okay la..tak ngantuk plus Eric Bana macam handsome je :D

Saturday morning we all pergi breakfast at Darus sebab ingat nak amik barang I beli online kat situ. Boleh tak orang tuh lupa ada COD pagi tuh..hiisshhh..geram btol. So balik la balik to PH dengan tangan kosong. Tak buat apa pon on Saturday, lepak day jer. The past few weeks have been hectic weeks for us kan..so duduk rumah diam². Layan Mika tengok Elmo, Thomas and friends and in the evening, pusing² kat taman, Malam tuh masa dinner tengok Deep Blue Sea at HBO HD, cerita sharks..dah la tengah makan time2 tuh la ada part² kena makan ngan shark la..darah²..uhuhu..tapi best gaks. Did I mention before that hubby dah subscribe Astro Beyond sebab dia kata nanti layan bola best..haish..apa² la sayang..Now only got few channels jer HBO, History, ESPN, Supersport, National Graphics..tuh je kot..so if ada movie best kat HBO, worth jugak la for me. Lain² tak tengok sangat.

Sunday afternoon pergi lunch with my family at The Famous Thai, Seksyen 9 Shah Alam. Makan dan makan and Abah had to leave early sebab he got golf meeting that afternoon. Dah makan² and terus balik rumah and it was raining heavily in the evening. Petang tuh I layan another movie Passengers. Wah cerita ni pelik..dia macam style² The Others. Orang² dah mati without knowing they are dead..pelik..Kenapa banyak cerita pelik eh sekarang? Eh boring nye post ni...takde cerita menarik langsung. Tak pergi to PIL's house this weekend sebab mereka takde. They did came back for a short while on Thursday then Friday balik Penang dah.

Okay lar, I better put a halt to this boring post. Have a nice day :)

"Caaakkkk"
Mika at Toys 'R' Us
Main camera pulak
Saturday morning
Pose mahal ni
Swing swing..
Masam nye muka Mika..dia tak suka naik swing sebenarnya :D