Thursday, January 28, 2010

mika jangan gigit jari baby lain pls!

Nak citer apa eh today..semalam I overnight kat Subang and today pon sebab as mentioned before, my mom request to look after Mika..ada agenda tersembunyi actually. My grandma dah discharge from SDMC last Tuesday. So Sabtu ni nak hantar dia balik..in the mean time dia duduk rumah my mom. Knowing her kan..mesti kena create beribu alasan so that dia takde la ingat hari² anak² cucu² kena focus kat dia. We have our own lives too. So with Mika around, HOPEFULLY she could see that my mom pon ada other responsibility and not to focus on her jer 24/7. Susah la my grandma ni..semakin hari semakin pelik perangai dia..haih, over sensitif pon iyer jugak. Most of the time I buat tak tau jer..kalau layan kang, world war pulak. I doa sangat I dah tua nanti tak jadi macam tuh, tak nak susahkan anak² dan fikir yang bukan².

I balik PH dulu semalam, dah pick up Mika then balik rumah lepak² sat with hubby then we went separate ways. Hubby off to work me off to Subang. Hujan lebat sangat! Mika duduk kat belakang muka pelik tengok luar. Dia dok wonder kot apa benda yang splash² kat tingkap tuh. Cakap pasal Mika, bbsitter cerita dia pergi gigit jari baby kat situ. Bbsitter cakap mula² dah nampak Mika dekat² ngan baby tuh pastu tiba² dgr baby tuh jerit..Mika oh Mika..tak mahu la camtuh, kena saman nanti mommy. Hari tuh pon I nampak dia tolak this one boy..tak tahu la dia geram ke apa. Tapi "bestfriend" dia memang teman gaduh lar. Tak dia buat dia, dia buat dia. Kids..what more can I say kan..

I ingat nak layan American Idol petang tuh tapi tak sempat. My mom masak kari ayam and had that for dinner. Yumm, yumm..after dinner, layan Glee with my bro and sis. Orang lain dah lama tengok Glee, I baru terhegeh² nak tengok. Best jugak eh? Nak tengok marathon sure takde masa (gossip girl season 3 pon dah tertinggal) For lunch tadi I ada order nasi jagung for lunch (tak tahu pon nasi jagung ni apa, saja nak try) then my team mates ajak lunch kat luar. Okay gaks, boring duduk office. Sungguh tidak ada motif entry ni tapi nak jugak post..whatever la kan..later!

Wednesday, January 27, 2010

Mikhail at 13 months

Sudah 13 bulan anak bujang saya ni. Telah berjaya membesar bagai johan dan belajar banyak perkara baru. Alhamdulillah. The day he turned 13 months, was the day he got discharged from CA. Memang literally demam sebab nak besar (adakah penggunaan literally itu bersesuaian? hentam saje :P)

Okay I quickly summarise what he has achieved so far..here goes..
  • Dah kenal orang, if tanya mana Mika, Atok², Daddy, Mommy, Aunty², Uncle²..dah boleh point to the right person
  • Dia tau cakap dog, duck, bird tapi pronounce as bard, giraffe (pelat menjadi girra..hahahha..aunty zira), pampers menjadi pampa, seluar menjadi wawa, lompat menjadi pat, ball menjadi baball, jatuh menjadi tuh, tidur, no no no (cakap no no no tapi buat jugak), then favourite toys dia Elmo (momo), Spongebob (Bob) dan lain-lain
  • Kalau tanya dia nak ke tak nak..dia boleh angguk² or geleng² tapi sometimes different meaning
  • If bagi dia instruction macam "Give this to daddy please", "Go to daddy"..dia dah boleh faham la most of the instructions. If dia tak faham, dia akan macam terpinga²..huhuh
  • Suka books. Nanti dia amik book tuh bagi kat ktaorang cakap "Bak..". I'm not quite sure what he means with bak..huhuh
  • Pandai main cak², sometimes dia pergi belakang langsir or sofa, dia yang cak sambil sengih² nampak gigi
  • Suka menari if pasang nursery rhymes or any songs yang menarik
  • If cakap clever boy, automatically akan tepuk tangan
  • Yang ni a bit horror..dia panggil daddy dia "Awak"..huhuh..ni mesti sebab mommy dia panggil awak awak
  • Pandai buat aksi nak solat..diri atas sejadah..mulut kumat kamit, letak tangan kat telinga cam angkat takbir tuh pastu sujud. Alhamdulillah
  • Pandai tadah tangan nak baca doa
  • Dia panggil I "Ma..ma.." mana "mi" nye Mika?
  • Suka makan makanan orang besar. Basically he can eats mostly everything tapi takde la yang manis², yang pedas²..moderate sikit lar..his fav bfast/tea time food is roti bakar letak butter and pagi scramble egg. Munch time dia suka biskut Tiger..boleh makan sampai 3 keping tanpa henti
  • Suka macam nak lari..takut I tengok..kot² jatuh ke kan..camne
  • Pandai tunjuk tantrum..if tak dapat dia jerit² nak
  • Kalau dia tak nak orang pegang dia time dia jalan ke, diri ke..dia tolak tangan kita..macam terer je nye kamu?
  • Suka jalan..pantang nampak orang kat pintu nak ikut sekali sambil tunjuk kasut dia
  • Suka main stereng kereta..habis la dia tekan signal, wiper, hon, flashlight
Banyak lagi sebenarnye. He's 13 months already..cepat nye lar. If January last year, I masih dalam pantang. Tengah belajar menjadi mommy..sekarang pon masih belajar tapi dah different stage..heheh..okay lar, selalu I letak banyak pic Mika for his monthly progress tapi sebab dah memang letak banyak before this, I letak satu jer..ni amik semalam. Daddy Mika trim rambut dia..pastu cam senget² belakang tuh jadi sebab Mika tak duduk diam..so jadi la pelik..huhuh.

dah slim, one sebab baru lepas demam hari tuh
and another one reason sebab dah besar kot..
kata tak leh duduk diam, nak gerak² jer

Happy 13 months old Ahmad Mikhail Haris..
mommy & daddy love you..as always :)

thank you for loving me

Semalam balik rumah sangat happy sebab rumah bersih. Hubby telah merajinkan diri membersihkan rumah. Siap mop lagi. Thanks sayang! Then I bangun pagi tadi nak pergi basuh baju Mika tapi dia dah siap basuhkan. Hehehe..i like..camni la best. Tak perlu nak suruh dah buat. Memangla kerja perempuan semua tuh tapi kata no maid, then wife pon bukan suri rumah tangga sepenuh masa, so apa salah tolong menolong kan. Rasa kalau buat camni selalu mesti I happy dan kurang nak emo. Tapi this doesn't mean everyday hubby kena buat, applicable on his off days only or when help is needed. When hubby is around, Mika memang banyak spend time with his daddy sementara tuh I buat la apa yang patut. Kalau nak mandikan Mika, cuci Mika lepas dia buat bisnes, tukarkan pampers, bagi Mika susu, bawak Mika pergi taman, mostly memang daddy Mika buat. Time nak tido jer pass Mika dekat I. Thanks B, love you so much. (Eh, loving² pulak pagi ni..sorry kalau you all baca pastu nak termuntah ke) I think my hubby deserves a special entry for this. Nanti I update about Mika's 13 months progress.

Eh I notice followers dah bertambah. Tak sangka ada orang follow pulak blog I yang merapu² ni. Anyways, thanks all for following. Have a great day ahead yea?

Tuesday, January 26, 2010

insane in the membrane

Tajuk nak Cypress Hill jer..huhuh..pernah tak rasa macam nak cerita sangat something kat someone tapi tak tahu nak cerita kat siapa?? Macam nak cakap macam² and nak share with someone tapi cannot find the right person to share it with. Nak tulis kat blog like too personal and true I selalu cerita macam² kat hubby but there are somethings that are just not meant for his ears. Tak best la rasa macam ni..I miss the time when I talk and someone listens..no interruption or whatsoever..just LISTEN..bila I mintak pendapat baru la bagi..other than that, tolong dengar sahaja boleh? That's why it's better for me to keep my mouth shut when I'm around people sebab I know I can never get the same response macam I nak..so dari membazir tenaga cerita macam² only to get disappointed later, I tutup mulut jer. I so miss those moment bila I can just talk and talk and talk and the other party pay attention and bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri

Friends memang banyak dan boleh di cari but true friend it's like one in a million. No offense to my gurls, just that we are super busy now with our lives kan..dengan family semua, so a bit difficult to meet up and talk. But when we meet, memang banyak sangat nak cakap sampai tak cukup masa. The best part with the gurls, tak cakap lagi they all dapat agak nak cakap apa. Then no need to explain details sebab mereka adalah faham jer. Then my colleagues pon, some of them memang baik hati nak dengar I cakap macam² but like I said, I keep it at minimum level sebab tak nak la bebankan orang lain with own problems, plus me not that comfortable to cakap lebih². Kenapa perlu ada barrier yea?

Enough said..I need my morning coffee. Dah ok ke belum coffee machine tuh eh? Later peeps.

Monday, January 25, 2010

family time

Good Monday everyone! Good ke? So far, I'm so sleepy..nothing much to update for the weekend. I overnight kat Subang from Thursday till Sunday. Which is good sebab ramai helper nak tolong jaga Mika. Plus don't have to worry about food :D Reason I overnight kat sana sebab my mom insist nak jaga Mika. Dia tak bagi letak kat bbsitter. This week pon dia nak jaga on Thursday and Friday. Okay la since hubby is working PM shift Wed & Thurs. If ada maid kan senang, I don't mind to drop Mika and the maid everyday there. Plus when hubby is off, he can always drop them. Hubby, bila nak amik maid ni?

Saturday, I spent the whole day with my boy. He received full attention from me. Nasib my brother was around to help me layan Mika when I need to do something else. My mom was at the hospital from morning till evening, temankan mak dia. Hubby was around but dia kan PM shift this weekend, so kira siang macam dia takde la sebab tido. Malam tuh masa I nak put Mika to sleep my cousin call. Dia ajak dinner. So I terus siap and tinggalkan Mika with my parents. We went to Kenny Rogers, Parade and we really had a great time there. Dah lama tak keluar single² macam ni. The Azizs and Sharils sungguh bising dengan ketawa semua. Then kawan my sis was the waiter for the night. Kawan dia comel okay..heheh..cam comel la..huhuh :P Terjumpa my sis in law and some other familiar faces there. After dinner, my bro and sis teman I balik PH japs sebab I need to collect some stuffs

 the Azizs
 the Sharils
Dayah another cousin of ours pon joined us

Sunday did nothing..pagi tuh I pergi Guardian japs with my sis and for the rest of the day, I duduk rumah jer. Kejar Mika, main dengan dia..kira macam no rest day for me but I suka jer. My cousin Nana, my bro and dad were at home which was good sebab takde la saya kebosanan. Hubby woke up early pulak that day..so we had lunch and pergi round² kejap around the hood. Basically nothing much la for the weekend. Plus I need a break kan after the long week at the hospital.

Pagi tadi before I drop Mika at the babysitter, sempat la I drop by kat rumah. Jumpa hubby. Okay peeps, that's all for now. I'm currently listening to Paolo Nutini. Lagu dia best! No wonder la my sis suka sangat orang ni. Hari tuh ada dengar kat dalam kereta my dad, tapi I never thought he listens to Paolo Nutini too. Later yea?

Friday, January 22, 2010

Discharge day

The day of discharge, mixed feelings. Mesti la happy dan bersyukur sebab Mika dah sihat tapi a bit sad sebab after this back to reality. No more orang layan² and kena kerja! 3 days tak kerja sungguh heaven. And rasa macam vacation pulak..so after final check up by doc, we got the green light and good to go. Payment all settled by hubby's company insurance and I even can claim hospital allowance for Mika from his Prudential Takaful. So kawan², anyone takde insurance lagi, mari la amik Prudential Takaful. Banyak benefit. Walaupon I tak claim from Mika's own insurance I still boleh claim allowance dia. I mean kalau boleh memang la to avoid masuk hospital tapi kalau termasuk dah, dapat allowance mungkin boleh happy² sikit kan.

Thanks to the doctor and nurses for your great hospitality. So far, puas hati la stay sini. Bersih, cozy and tak crowded. It's like a big mansion not really like a hospital. I cakap kat hubby, kalau I nak deliver 2nd baby, I don't mind to go here again :D

Day 3 at CA

Day 3, I EL lagi. So pagi tuh tak buat apa pon. Doc came by and check on Mika. So far so good. He still got 4 doses of antibiotics with each dose is around 45mins. 3 times daily, morning around 6, afternoon and night around 10.

Pagi ramai la my friends tanya about Mika and sebab I tak inform anyone kat office just my TL so some of my team mates dah msg tanya if everything ok ker..sebab jarang i EL macam ni. Even Mika's babysitter pon baru tahu Mika admitted pagi Selasa tuh. I saja je kept it low. Anwyas, thanks everyone for your concern, appreciate it very much.

Mika dah puas jalan keliling hospital and ada la cons kat sini. No playroom for the kids, WIFI ada but admin macam tak bagi pakai je, then channel hospital limited. Hahah..kata hospital orang sakit kan..mana la nak lebih². Just that for us tak sakit ni macam boring sikit lar. Hubby PM shift this week so on Tuesday dia masuk first half sebab the next day nak discharge dah and a bit difficult kalau discharge day and he's not around.

After hubby dah off to work, cousins, bro, sis and my mom came over and brought me dinner. Kebetulan hari selasa tuh my grandma blackout masa breakfast, so kena admit pulak dia kat SDMC. Mika ngan Tok Mak ni janji ke nak masuk hospital sama²? Tok Mak's sugar level agak tinggi plus doc nak monitor mata dia hari tuh kan..in case lar..tapi dah scan sume, clear. Advisable, memang letak Tok Mak kat hospital, senang. My cousin pon ada sorang ni memang willing nak jaga Tok Mak. To date, she's getting better. Dah boleh jalan and bengkak mata dia pon dah surut, Alhamdulillah.

I layan The Biggest Loser Asia malam tuh nak around 10 dikejutkan oleh nurse and doctor yang datang nak check on Mika. Doc said, everything looks good and should be discharged the next day. Mika pon dah tak purging sangat. Final stage keluar rashes macam measles, tapi bukan measles lar. So dah nampak sikit kat muka Mika keluar rashes. Hubby balik from office at 1am and overnight at the hospital too.

 budak tak boleh duduk diam
muka pelik..socks dia hitam dah sebab jalan sana sini dalam bilik
this room is facing jalan besar, next to my old room

Day 2 at CA

Monday morning Mika ada slight fever..around 37.6C, so nurse gave him oral medicine and antibiotic thru the drip. Hubby pagi lagi dah keluar beli breakfast and both of us took EL. Doc came by around 9, checked on Mika and sebab Mika ada fever, he advised us to stay till Tuesday/Wednesday. Lama tuh..tapi okay lar..doc cakap..ikut jer.

Mika kan tak boleh duduk diam and sebab ada drip tuh kena umpan dia tengok nursery rhymes ke or buat apa² dengan dia as long as he stays on the bed. Afternoon my cousins datang and time ni Mika dah tak payah on drip dah, just kalau antibiotic jer baru sambung. So dia bebas bergerak sana sini..then asyik nak jalan jer. Nak keluar pintu, then tak leh duduk diam. Nampak kasut nak pakai pastu tunjuk pintu.

Bagi dia tengok nursery rhymes to distract him

Owh Mika admitted sebab ada viral fever, clear of dengue or any other disease. Another good news, we all dapat tukar bilik..Alhamdulillah. The isolation room is RM250 per night and single room is RM190 per night. No worries about the cost actually just that single room ada view and also long sofa and rasa normal sikit. So after lunch, Mika tukar bilik and berkampung la kami again kat bilik baru.

Petang, no fever and Alhamdulillah, he stayed that way till now. Hubby balik rumah kejap petang to wash baju and also amik kan barang. That night, we had nasi lemak baldi for dinner :D dah pergi sini mesti la nak makan nasi lemak baldi.

 i'm no. 1
 Basuh tangan untuk kali ke lima ratus..huhuh..
budak ni suka pegang benda ntah pape, so sikit² basuh tangan
Bersepah bilik ni..tengok mulut Mika pastu mata kat tv jer
nampak tak plastic merah belakang laptop, tuh la nasi lemak baldi :D

Day 1 at CA

Sunday morning, we went to Subang for breakfast. Initial plan nak bid farewell to my grandma yang nak balik rumah dia tapi another incident happen pulak. She felt down masa nak turun tangga, 2 steps dia miss and her left eye macam kena tumbuk..rasa dia terjatuh on her left side of her body. Sabtu tuh jugak my parents brought her to SJMC now SDMC but doc said nothing serious and no need to be warded. Hari Sabtu memang hari ER kot..huhuh..then my mom tak jadi la hantar my grandma balik.

Masa kat Subang Mika macam very weak. Temperature naik balik and that's it..instead of going straight to the ER we tried last option which was to see this Paed at one of the children's clinic at Pst Bdr Puchong. Then from there kalau kena admit, we thought of consulting my Uncle Jalil and see whether Mika can be warded at Ampang Puteri as it would be a lot easier with Uncle Jalil's help kan..dah sampai clinic check temperature and it was as high as 39.7C. Dr Ting, the Paed asked us to decide if Mika to be warded or to bring him back and amik medicine macam biasa I terus cakap kat doc, "Admit him please. So you can do the blood test etc." plus kalau kat hospital senang anything happen. I pon dah penat ulang alik clinic-hosp. On second thought, Columbia Asia ok gaks, dekat. So Mika kena masukkan drip and off we went to the hospital. Masa Mika kena masukkan drip and amik blood, doc asked us to wait outside..he was screaming and meronta², I wish I could be inside teman dia but without the parents presence maybe lagi senang kot..parents sure emo punya..hubby and me tak cakap apa masa dengar Mika nangis tuh..I almost cry lar but I know it's for the best..so I duduk diam jer

Sampai hosp, register and all and one thing I like about CA sebab tak crowded. Within half an hour or so dah dapat bilik. Bilik single is fully occupied and due to some procedures to follow, we were given the Isolation room. Nama jer isolate but we still can have visitors. Then swab test pon Mika kena buat, just in case kan..Time admitted tuh around 12. Lepak bilik and waited for my dad and sis to come. They brought lunch and some of Mika's stuffs and also barang² yang perlu masa duduk hospital. Then after doc datang check, my parents came by again and tunggu Mika while me and hubby balik PH amik barang..yer la, kata nak berkampung kan..banyak la kena pack. Siap singgah Giant beli foldable mattress for us to overnight.

Then around 5, PIL came. They were on their way to go back to Penang. Dapat lar visit cucu diaorang. We were supposed to go to Bkt Mahkota on Saturday tuh to meet up with hubby's family tapi nak wat camne kan..jadi lain pulak.

Bila dah admit, part of me rasa relief sebab I know we are in good hands. We made ourselves as comfortable as we could and memang buat macam rumah sendiri kat bilik tuh. Just that isolation room takde window..macam terkurung sikit lar

Drip tak dapat masukkan tangan dia sebab doc cakap banyak isi
tuh sebab plaster tuh..so kena masukkan kat right foot

Thursday, January 21, 2010

Saturday evening at ER

Mika started to have fever on Friday night. Actually Friday morning tuh badan dah panas but it was ON OFF basis and he looked just fine tapi malam macam demam balik and the temperature shoot up to almost 38C. So bagi dia medicine and it managed to bring down the temperature and we thought he's going to be better the next day but again it was ON OFF..when it's ON it got really high and petang bawak terus pergi ER. Kat sana the medical officer in charge said, it's viral fever and told us not to worry. Prescribed some medicine and memang pon we were not worry sebab Mika seemed okay. After dia makan ubat memang dia akan okay lar..sweating and all tapi bile it's about time for another round of medicine the temperature shoot up and it got very high. Tak pernah jadi before like this, so we hope that balik rumah he will be just fine which turned out the opposite. Malam tu his temperature almost 40c!! He almost gone into seizure and we tried our best to bring down the temperature and cooled him off..okay, berjaya but if it's going to happen again we are going to bring him straight to the hospital..so malam tuh, nothing happen..temperature below 38C and it stayed that way till the next morning.

To be continue in another entry. In the mean time, enjoy the pics below :)

 chubby fingers yang suka cubit mommy when mommy is sleeping
 sempat singgah makan kat Ayam Penyet
 little red riding hood
 jalan-jalan kat wad..not knowing the next day kena admit :P
waiting for the medical officer..see..he got the cheeky smile on his face
see he was all excited, memang macam tak demam when the temperature is normal

Wednesday, January 20, 2010

a quick update

I'm back! Lama tak update..there's a reason for that. My dear Mika kena admitted last Sunday due to viral fever. So I have been spending the last 4 days and 3 nights at Columbia Asia Hospital, Puchong. Second time I pergi sini, first masa deliver Mika and time dia pon lebih kurang 1 year back. Mika started having fever on and off since last Friday but it got worse on Saturday night, meaning dia macam almost nak kena fit..so on Sunday, we brought him to this Paed and I asked the Paed if it's okay to admit him sebab I macam takut lar tengok dia on and off tak baik2 and I asked the doc to do blood test..anything lar to make him better. This doc pulak memang recommend we go to CA sebab dia visitor doctor (betul ke term ni? kira dia bukan official doctor kat situ but he uses the facility there for his patients). Kesian Mika kena drip and all but once dah sampai hospital macam lega sangat sebab anything jer nurses around and the doctor pon visit us 2 times daily which are really great. Okay nanti I cerita lebih2 lagi okay..Alhamdulillah Mika dah okay and harap2 no more sakit2 dah lepas ni. At the same time I dapat cuti instant 3 hari and lepak kat hospital macam best..boleh tak? huhuh..love the environment, the room and also the people there..so friendly. Tapi boring memang boring lar..okay later peeps!

Eh kejap...hari ni 20/1..which means Mika dah 13 mths which means I have more to update! Happy 13 months young Mikhail Haris ;)

Thursday, January 14, 2010

pagi lagi dah banyak cerita

Morning! What a dream lar last night. Mimpi about vampire and I salah seorang vampire. Yang best dalam mimpi tuh boleh bergerak dengan cepat dan attack orang. So I attack orang yang I tak suka and sangat seronok. Ishh..mimpi apa la macam tuh. Then I mimpi belikan car for my mom..yes, it only happened in a dream. Orang cakap mimpi terbalik..so my mom la nak belikan for me?? Kalau betul, my sis akan menjadi orang pertama mengamuk sebab she's so hoping nak kereta baru..Adik, mintak kat abah lar :P

The night before I mimpi I ada affair with this hot race driver. Omputeh lar..tapi kan..nama dia Ian Mckellen! bukan ke Ian Mckellen dah tua?? Ala, dia berlakon Lord of the Rings jadi Gandalf and also X-Men as Professor X. Ni mesti sebab before that I tengok E! dia tengah interview mamat ni. Tapi apa pon mamat race driver tuh memang hot, sampai I cerita kat hubby muka senyum²..so hubby cakap.."Orang bodz eh?" Bodz tuh singkatan for "stupid" in Malay. Nak tulis dalam Malay cam harsh sangat pulak..huhuh..ala..mimpi jer la..mainan tidur..owh saya basuh kaki, basuh muka dan gosok gigi dah tapi masih bermimpi begitu.

Semalam ada American Idol..first audition. OMG, the guest host Victoria Beckham sangat la kurus! Lengan dia semua cam kecik jer..muka dia lagi la..runcing sangat..she's so small and she's a mother of 3! Tapi she's nice and she's lucky to have David Beckham as husband! Husband yang hot yang pernah buat I crazy kejap zaman dia Man Utd in late 90's. Nasib my brother memang Man Utd supporter so he has the video and magazine collection, which I tumpang tengok sekali kalau dia pasang video tuh. I siap pre-order this special edition Man Utd magazine kat MPH just to get his poster yang satu page tuh je (dulu Internet sangat asing, so tak reti lar nak dload pic ke apa) Poyo kan..then bilik penuh ngan muka Encik Beckham, file, diary, notebook sume muka dia. My mom geleng kan kepala je everytime masuk bilik. Sampai la dia annouce engage ngan Victoria I macam frust gile..hahah..cam why oh why..yer..Beckham freak I was and after dia engage with Victoria, terus anti dan beralih minat kepada orang lain seperti Peter Andre (suara tak sedap mana pon tapi body sangat tip top), Totti (ni a must lar), Josh Hartnett (till now) dan lain-lain (boyband freak pon saya jugak :P)

Okay lar, dah banyak membebel pagi² ni. Time to work..ciao!

Wednesday, January 13, 2010

few lines

Good morning everyone! Rasa I know why Mika demam last week. Dia dah ada gigi baru kat bahagian atas, belah kiri. No wonder asyik nak gigit orang jer budak ni. Nothing much to tell pon pagi² ni just that I have tons of work to do and 2 big updates to clear today. Before I start working, would like to wish everyone a very happy Wednesday and for the rest of week. Kalau tak silap petang ni ada American Idol. Yes baby, new season, new contestants..ada tak orang yang macam Daughtry, David Cook and Adam Lambert? Walaupon all these 3 people mentioned not winners but they are REALLY good. So now we know, not all winners can be famous :P Later yea?

Tuesday, January 12, 2010

strangers in facebook

Ada orang suggest I add these strangers kat facebook. Tak faham. I think the right way, if that person nak add I, maybe add sendiri better kot. Send me a message ke. I think for now I ignore the requests first. Sebab once I dah add, dia boleh view my profile etc and I tak kenal langsung mereka² ini. Don't mean to be rude but a simple msg or intro will do so that I know who I'm adding. Kalau I nak add orang pon, I will put in a short note and intro myself. Memang dah banyak sangat orang I tak kenal in my friends list. Maybe it's time to clean up.

Monday, January 11, 2010

Tok Nyang's 100th years birthday celebration

Hi. How was your weekend? Hope everything is safe and sound :) I had a great Sunday meeting up with relatives to celebrate my moyang (Tok Nyang) 100th birthday. Venue was at Tok Alang's house in Shah Alam. Tok Alang is my grandma's younger brother, I think the 5th among 9 siblings.

Walaupun our pangkat macam atok sedara, nenek sedara, 2nd cousins etc..meaning jauh tapi we are quite close and at least in a year, mesti meet up once. My grandma being the eldest so the rest of the siblings memang selalu nak jumpa dia. And the siblings hujung² tuh around my mom's age so anak² mereka adalah muda lagi tapi dah pangkat uncle, aunty or even atok sebab dah ada piut :D

Ala, I nak tulis details about my tok nyang tapi I tak ingat sangat. Cari article online yang dia keluar kat Utusan last Saturday takde pulak. Tapi according to cerita² my mom and aunts, masa muda² dulu dia very discipline and also responsible. Dia sekarang memang dah tak ingat sangat. Kalau tanya umur dia berapa, dia cakap 90 tahun. Anak² dia pon dia tak kenal dah. Tapi dia masih larat nak cakap and kalau layan dia borak memang macam² cerita keluar. I ingat dulu kalau pergi rumah dia mesti akan di serve makan kacang and air Coke..huhu..senang kot bagi dia. Kalau dia call rumah I tak cakap hello apa terus cakap cakap "Hajar.." panggil my mom la tuh. Ni ada entry I buat for him dulu.

The event started at 12noon and actually ended at 3 tak silap. Biasa lar with Mika around tak boleh nak stay lama, panas, ramai orang. I balik dulu with my dad around 1.30pm. Mika at first memang no mood sebab tak cukup tido and also dia kan baru baik demam and still not yet fully recover tapi after few minutes dah ada mood balik. Kalau bawak dia masuk dalam rumah dia pergi kat pintu nak pakai kasut sebab dia nak jalan2 kat luar. If tak bagi mengamuk okay..dah pandai dah..ikut siapa la tuh :P

As usual, here are some photos captured. Thanks to my cousin Nana yang rajin snap sana snap sini.


 mika kena 'interview' by my mom :P
 see..masam tak muka dia?
 my mom with her atok and atok with his piut :D
the eldest and youngest generation
great great grandfather and his piut
 mom with her cousin
see how young her cousin is..younger than me :)
i tengah pegang my tshirt
 start ada mood dah time ni
i pakai baju lain datang, then my aunt bagi tshirt to change
kena la support kan
with cousins Ellie and Nana..owh mereka adalah siblings
pls excuse my hair :P

 
 started with bacaan doa selamat
 in front of the banner with sis & cousin
 singing happy birthday
 the cakes..the middle one made by my cousin Faeez but tak sempat nak rasa satu pon

 gazing eyes to eyes
cute tak this lil girl? she's actually pangkat aunty to Mika
sebab she's the cicit and Mika is the piut
both were born on the same year but the girl is Jan baby

 gentleman jugak Mika ni...cium tangan
look at the girl's expression..cute!
that's my aunt Zie (Umi's younger sis), ibu kepada cousin saya Ellie
 with the anak² dara..sibuk je kan
cousin Nana, 2nd cousins twins hana & hani with their cousins
balik dah. Mika excited dalam kereta Tok Bah dia

That's all for now. May Allah bless my Tok Nyang and us all, InsyaAllah. I tak sure berapa cucu and cicit my Tok Nyang has but I know that he has 5 piut already. Cicit macam ramai jer sampai I pon tak teringat dah ni sapa ni sapa :D

Saturday, January 9, 2010

birthday party at babysitter's

Last Thursday bbsitter & family buat small birthday celebration for Mika. Belated sebab previous weeks after his birthday kan banyak public holiday and most of the kids were not around. Then supposed buat on Tuesday but Mika was unwell pulak. Thursday tuh pon I suruh bbsitter buat awal2 coz daddy Mika nak fetch him early so that he can rest well at home.

I pass my camera sebab bila pulak nak copy from her camera kan. Senang. Thanks Kak Ayu & family for organising this and for the photos. Nanti when Mika is a bit older, I'll show him this entry. Ada la memory celebrate birthday dengan kawan2 dia. Mana la tau after this dah tak send kat sini dah..ehem ehem..

 potong kek session
 
 bought this cake at Cake Sense, ss15, subang
price rm39 for half kg. i think standard kot. i suka sebab cake kat sini cantik2
 
 dapat present pon muka masam ke sayang?
 pakai hat
 that's better. with his 'bestfriend' umar
birthday boy with his friends
ni kat rumah dah. opening his presents

Mika is getting better, Alhamdulillah. The cough is still there tapi not as bad as first time. Speedy recovery Mikhail. Tomorrow ada birthday celebration my Tok Nyang (moyang). He's going to be 100th this year. Harap2 Mika feeling a lot better sebab I nak pergi. Btw, my Tok Nyang is featured in today's Utusan. My grand aunts together with my grandma and mom brought him to Aquaria and the staffs there dived in and held a banner wishing him a happy birthday.

That's all for now. Have a good Saturday night people!

Friday, January 8, 2010

happy birthday sayang

Happy birthday to my dearest husband! Thank you for being who you are and thanks for being a great daddy too. Though there were times when we argue a lot and just could not agree to the same thing but believe me, I LOVE YOU! may this year will bring more love, happiness and success and may Allah bless us always.

HAPPY BIRTHDAY MR JOE!

love, Mrs Joe

Tuesday, January 5, 2010

yippie-i

Finally I dah bukak saving account for Mika. Yippie-i..yippee! Hubby said he could always do it sebab dia kan banyak weekdays yang available but I insist nak under my name jugak. Tuh delay lama sangat. I buat time lunch tadi. Depan I ada 3 orang jer but my God, it took like 1 hour to settle. Semua gara2 foreigners yang awal sekali tuh. Banyak sangat soalan. Customer service rep tuh dah cakap thank you banyak kali dia tak gerak2 lagi sampai rep tuh kena panggil next customer.

Masa I kat bank tuh, Mika's bbsitter cakap Mika demam. Budak kecik ni cam tau2 je tau esok nak kena jab..his Pneumococoal jab 3rd dose is due tomorrow and also nak buat 12 mth check up. Dulu pon pernah the day nak kena jab tuh dia demam so kena la postpone. I tanya hubby if he could take half day and he said okay then I pon amik half day la terus. Plus my team today kosong jer, ramai takde. So we brought him to see his Paed at Columbia Asia. I ingat dia letih and lesu la kat hospital tuh, ya Allah..dia jalan sana jalan sini..bebel bebel..penat nyer I kejar sebab daddy dia time tuh settlekan registration, bill etc. Masa kat hospital pon fever dah takde, but dia ada cough and flu..speedy recovery Mika Haris. Risau tau mommy. I kalau dia tak sihat memang tak sampai hati letak rumah bbsitter. Kalau boleh I nak jaga sendiri..or mintak tolong my mom but she is unavailable tomorrow. On the bright side, hubby is off tomorrow and Thursday, harap2 okay la.

Actually bbsitter and family plan nak celebrate bday Mika today, I even got him a cake dah but looks like kena la buat hari lain. Harap-harap Mika sihat dah esok, InsyaAllah.

Monday, January 4, 2010

1st sunday of 2010

Last entry for weekend's update. Sunday..sebab takde alarm clock (Mika) I slept all the way till 7.40am like that. Woke hubby up and no wonder la gelap..baru lepas hujan. Got ready to go to Subang sebab nak pick up Mika and also for breakfast. By the time we reached Subang it was already 9 plus and sangat lapar..so breakfast dulu. Saja nak tengok if nasi lemak kak laili ada lagi ke tak sebab selalu sold out cepat..tapi dah rezeki..ada lagi 5 packets. We bought all for us and my family too. My mom suka nasi lemak tuh..plus dia dah tolong jagakan Mika, her fav nasi lemak as a treat would be great kan. Sampai Subang, Mika tido pulak. Sambil tunggu I masak his food. Simple jer, pumpkin with cauliflower. Ni yang best kalau masak kat Subang, semua barang pon ada. Unlike my house, nak masak baru la nak beli. Kalau beli awal² nanti tak masak rugi jer (Eeja, eeja..napa la malas nak masak ni?)

Before balik PH, hubby ajak jalan² kat Digital Mall, USJ 19. I ok jer. I sampai terus text Ereen sebab her apartment memang atas mall ni. Mika excited dapat jalan sana jalan sini. No people so dia seronok la..plus luas. Ereen called and invited us to come over. Yeay! She came down and met us in front of Carrefour to fetch us and brought lil Thaqif along! Stayed for few minutes and puas hati dapat jumpa dia and Thaqif.

  
nak!
ni memang fav word Mika
he loves this so much, susah nak pull him away
7 months old baby Thaqif
with mommy Thaqif, Mika tak pandang camera pon

I ada put aside a plastic bag of biscuits those yang tak nak lagi. Kuih raya pon ada. So hubby ajak pergi visit monkeys and bagi mereka makan. Kesian lar tengok. Mesti lapar kan sebab their habitat macam kena kacau dah.

Finally, dapat jugak update. A very well spent weekend with my loved ones, alhamdulillah. New beginning..and hoping for the best too. Till then people!

trip to the zoo

2nd day of 2010, bawak Mika pergi zoo. Plan dari dulu lagi nak bawak dia but selalu tak jadi jer. Reasons I delay nak pergi sebab panas (alasan mengada) and another reason sebab from stories I heard condition zoo..alahai..kesian nye. Nama zoo negara tapi animals semua macam tak terurus betul. Tempat dia pon macam tak bersih sangat & berbau. I mean memangla zoo ada bau kan tapi ni macam tak boleh tahan. Nak cari baby room ke apa ke jangan la harap. Tak baby friendly langsung. Intention nak bawak Mika tengok animals live and this is the nearest place..so we all pergi jugak.
Sampai sana at 9.30am and we were among the earliest. Mika slept on the way so bila sampai, dia macam sleepy habis..muka masam jer. So awal² memang no response. Tiket adalah mahal dan sungguh not worth..RM20 for adults and kalau nak masuk insects zoo and butterfly park ada pulak additional RM5. We paid RM40 for the tickets and children below 3 yrs old FOC.
I pon awal² je ada mood amik pics. Mika as usual, nak jalan jer. Bagi la dia jugak jalan sikit², I ngan daddy dia pon exercise gaks kena kejar².
 the sleepy boy
 time ni hubby macam takut..apa lar
 singa yang sombong..tak pandang pon dia
tapi time ni ada la bunyi singa lain..cam kuat..
tak tahu la sakit ke apa..takut dengar

pandang mana tuh bapak dan anak ni?
 tiger ni datang dekat pulak time we all tengah tengok
saja je tuh nak suruh orang amik pic dia
 tempat tiger ni best sikit, ada cam waterfall and luas
 background ada zebra, giraffe, rhino

 budak ni time show tuh dia bukan tengok pon, sibuk gigit kertas
tengok la tuh..bersungguh² btol
 tuhhhhh..tunjuk kat daddy
 multi animals show
stay kejap je sebab tak best + lapar..huhu
kepenatan

We left there by 11.30am. Time nak balik ni ramai dah orang and dah panas. Nasib pergi awal. Bought lunch on the way home and rested well. Hubby and me had a date that night. We went and watched Sherlock Holmes. So Mika dear, as usual..overnight at his grandparents. Had dinner first at home sebab my mom masak lauk favourite pulak. Dah kiss Mika goodbye, we then went for the show. Exhausting day tapi I had so much fun. Family time and also quality time with hubby.