Wednesday, December 29, 2010

best song ever

Best song ever..dulu minat sangat-sangat dengan Bryan Adams. I hafal banyak lagu dia. I still think he's the best so far. Sebab dia la I start minat guys who can play guitar+sing+good looks (ehem ehem). Time I form 2, my aunt pon suka dia ni..I mean logic la sebab my aunt tuh same era with him..so I macam dapat influence from her. Dia akan pinjam kan I video tapes concert BA and print out for me lyrics even tolong record his songs in cassettes. So banyak la jugak those singers from 70s, 80s I tau and that time I memang layan lagu from that years sampai la form 4. Radio I kalau on je radio station yang play lagu lama-lama. This song itself has its own meaning and some people memang susah nak cakap sorry kan no matter how wrong they are. Ego kot..I admit I am one of them. Let it be..yang dah lepas tuh lepas la kan for now let's enjoy this song.

Monday, December 27, 2010

tertidur untuk kali yg seribu

Ni i tak suka bila perut penuh then tidokan mika, dengan i tertido sekali. Sedar2 je dah 11ish and im just too tired to wake up tambah lagi hubby dah keluar jumpa his friends. Lapar balik pon iye jugak lalu teringin nak mkn nasi lemak darus. Sigh..i terbgn kejap ni pon sebab nak amik phone kat luar. Tido balik la and hope hubby blk cepat. Thats about it, nite!

teman tengok tv

I did not get the chance to upload the pics to my blog let alone save it in draft. Too busy uploading them to FB which took ages to do that. Tak tahu la internet slow kat rumah ke or connection memang slow ke..bak kata hubby..kena ada UNIFI. I think dia dah register just belum sampai turn lagi. Apa² la janji boleh online.

Weekend lepas hubby kerja..malam pulak tuh. Tapi we all sempat la pergi makan² before that also dia WFH. So no need to rush sangat. Mika dengan I stay kat Subang while hubby balik PH after makan² last Saturday. You know what, I boleh ajak Mika tengok tv dengan I. Dia suka cerita melayu. Hehehe..I terbukak Oasis then ada la drama bersiri ni, boleh pulak dia layan ngan I. Tau la drama kat Oasis semua cam pengajaran, best gaks layan. Mulut Mika sibuk la tanya itu ini but I think he enjoyed it. Just that part gaduh², nangis² dia suruh I switch channel to cartoon. He enjoyed the part orang masuk hospital, nak tengok doctor so tak sah la kan drama melayu kalau takde scene kat hospital :P

Then malam tadi ada about Tsunami kat History channel. Mika kan suka air..so dia macam excited tengok air tuh..cakap nak swimming nak swimming. Ishh..tsunami is not good la sayang. Tapi sedih la pulak tengok Tsunami tuh..like ada orang hilang anak, hilang loved ones just like that :(

Sunday, December 26, 2010

dah nak monday ke?

Alaa..esok kerja. Kejap je rasa weekend. Had a great weekend with family and lots of eating activity. Will upload pics and stories in another post. Stay tuned!

Saturday, December 25, 2010

am so tempted to get this

I do not know much about camera and not a pro in taking photos too but I am so tempted to get this one. The current camera that I am using is Canon Ixus 851S and I bought it 2 years ago, so you see it's kinda outdated compared to those current ones. I need one that is easy to use and I have tried the sister version of this camera which is G7 owned by my sister and I love it. I am not a techie person and buying gadget is not something I enjoy doing but if I really want one, means that I SERIOUSLY want to get one. Did asked my friend's opinion who is a professional photographer about this and she recommends this and said it's suitable for someone like me. Should I?

Friday, December 24, 2010

it's friday night and i cannot stop myself from writing

I cannot seem to stop blabbering here. Somehow it feels good to let it out loud though nobody really read it anway tapi I know ada je yang baca coz tetiba je dapat SMS/email with their comments on my posts..love you all and thank you for the personal messages! Am currently watching Teen's Choice Award 2010. Boleh pulak layan dah la si Bieber ni tengah perform..Bieber fever, memang teens around the world suka betul kat mamat ni, Hebat eh? Tapi..I macam layan gaks lagu Baby dia tuh..16 tahun dah rich & famous!

My housing area now dah ada barrier. Last time only guards je yang monitor traffic in and out but now they have installed barriers. Not one but 2 for each exit! Actually ada 2 jenis. One is without pass where the guard will open for you and the one is with pass. We took the pass option. Agak mahal jugak la RMX00 per year but if kira balik its RMX0 per month so macam reasonable la jugak. This is to cover the security fee too. The guards will make rounds day and night and monitor our houses kot ada la attempt nak break in ke, suspicious movement ke apa. For safety reason, okay la..we all subscribe to the service. Plus hubby kan PM shift every 2 weeks, so if I tinggal sorang tuh at least I know ada guards patrolling at night. Tapi we did not take whole year la, try for 6 mths first. If ok, then continue. Mana la tahu after 6 mths ada new rule or something.

Did I tell you that once hubby balik from outstation nanti he will be working on normal hours? Don't know for how long but tak silap sampai the account he is about to manage handed over to other dept. InsyaAllah after that no more night shift. One step at a time, Let's hope for smooth sailing journey in 2011. It's already a good start for us in 2010 and harap2 2011 will be better. Praise to Allah for his blessings dan rezeki tahun ni, Alhamdulillah :)

What's the plan for this weekend? Tomorrow balik kampung = SJ je :P Ok la nak sambung layan teen's choice award ni...mmg la teens but the actors/actress being nominated and yang artists yang perform bukan teen pon :P siap ada david beckham lagi..gd nite!

comel tak ingat

Mika's bbsitter baru je MMS I ni..comel tak?? Camni la kot if Mika ada adik..hehe..geram! That baby girl nama dia Alisya I rasa 8 months kot..Mika panggil Caca..siap kekadang tuh dia nyanyi lagu "Alisya..alisya..cacaca"

Thursday, December 23, 2010

masterchef..jauh sekali

Baru je lepas tgk masterchef us and mmg dah tahu that girl whitney menang. She's 22 and sgt hebat masak! Dah la mcm sweet and cara dia masak tu muka relax je. Tengah2 tengok tu boleh pulak hubby ckp "kalau awak bagi 2 jam, 5 minit je guna pastu tak tau nak buat apa. Tengok kiri kanan. Dah nak abis masak panaskan balik makanan dalam microwave"  pastu dia gelak secara evil. Cis! Tapi ye gaks kot, cooking is not my thing..not yet. Macam kagum how la they all boleh masak dish yang dgr nama pon dah pening, complicated. Ok nak sleep dah, nite!

Budak kecik pon pandai tunjuk perasaan

Sekali sekala blog guna ni pulak. Bila la htc nak ada app for blogspot ni? Ke dah ada? Susah gaks guna phone yg jarang org guna. Tapi sbb ia adalah present, terima je la without fuss. Tapi tgk la kalau slow je development i nak tukar iphone 5 la! Anniversary present la pulak Heard it will be out mid nxt yr, but entah. So far phone i selamat lagi from mika coz he dont really know how to navigate that phone. Yer la, app pon limited. Speaking bout mika fav activity harus buat at least once a day is tunjuk perasaan! Nangis gile2 punya pujuk sume tak jalan. Last2 i wat tak tahu je, betul2 menguji kesabaran. Sabar eeja sabar. Ok dinner dulu.


- Posted using BlogPress from hubby's iPhone

makan banyak

Tiba² macam busy. Pagi tadi okay je. I spent like minutes wondering why la size excel file I besar sangat when the content in there macam sikit je. Try and try and rasa file dia besar sebab I copy whole spreadsheet instead just the content. Then nothing much pon I buat in the morning, except allocating products to respective ppl in my team. Used to hate that job but kinda like it now :) You know what, I terlepas nak tengok ANTM malam tadi. I tidurkan Mika at 8pm and he was like tossing here and there, cakap dan cakap..suruh I buat milk 2 kali..then baru la dia tido dengan I tertido sekali. Hubby got futsal and bila I sedar dah almost midnight. Takde la bangun balik ke apa, terus tido sampai la pagi. Pagi je lapar sangat plus kan hujan..hubby bought nasi lemak so that was my bfast. Tengahari siap makan kat Saba lagi and my portion HABIS! Banyak makan betul :P  Now I am back at the office and I got to brief my newbies at 3pm..baru la sibuk nak print out stuff and buat apa yang patut dan dalam kelam kabut ni gaks la sempat nak update. Ok lah..later!

Wednesday, December 22, 2010

random talk with mika haris

Scenario 1:
MH: Nak McDonut (combination of McDonald and Donut)

Scenario 2:
Last Monday night before dia sleep…

MH: Nak Ipod
M: Haaa? Mika nak apa?
MH: Nak Ipod..aunty Nana
M: Ipad la sayang

Reason dia mintak sebab petang tuh bermain dengan Ipad aunty Nana sampai leka habis. Budak zaman sekarang.

Scenario 3:
On the same night…

MH: Nak nasi lemak
M: Kan dah malam..mika nak sleep dah kan
MH: Nak nasi lemak
M: Ok esok mommy beli
MH: Nak kek happy birthday
M: Kan Mika nak sleep dah..mana boleh makan kek.
MH: Naakkk..

Mommy kesian tak nak bagi..so makan kek la dia before tido. Tapi lepas tuh mesti kena gosok gigi dulu before tido. Btw aunty Ellie, Mika loves the cake! Delicious :)

I love to play doctor² atau emak² with him. I akan jadi the patient or the anak yang mengada

Scenario 4:
If main doctor²:

M: Sakittt…demam
MH: Demam? (Amik benda letak kat my dahi). Makan ubat
M: Tak naaakkk..tak sedap (this time I macam tiru gaya dia la)
MH: Naaakk…sikit je (betul² dia tiru gaya I nak bagi dia makan ubat sambil pegang mulut I dan masukkan syringe dalam mulut)

Scenario 5:
If main emak²:

MH: Nak pillow?
M: Nak..
MH: (lalu amik pillow dan angkat kepala I suruh baring atas pillow). Nak selimut?
M: Nak..
MH: (amik selimut dan selimutkan kaki). Nak milk?
M: Nak..
MH: Mika buat milk (amik milk dan bagi minum)
M: Uwaaa..(nangis ngada²)
MH: Mommy nak apa?? (Fed up oo dia pastu tak nak layan dah)

Conclusion is, dah boleh borak² and main² with him. Kekadang tuh memang letih nak layan sebab dia asyik cakap je..but apa² pon..BEST!

Tuesday, December 21, 2010

small celebration with the loved ones

It feels like Monday today dan rasa macam dah cuti lama. So semalam birthday anakanda tersayang. Apa eh we all buat..pagi tuh nak breakfast dulu at Subang the usual place tapi I ada emergency sikit so singgah rumah my mom. Nasib la my mom kat rumah. So dah alang-alang kat Subang tuh, letak Mika kejap there and went for breakfast (apa la..birthday boy tapi kena tinggal). Kejap je..about half an hour later amik dia balik and my mom distributed souvenirs she and my sister bought @Sabah. They went to KK last weekend. Best betul dapat island hopping and snorkeling and also tengok Mt Kinabalu. Dapat la t-shirts and fridge magnets :D Thanks so much. My dad ada meeting that morning and my mom cakap dia tak pernah balik lepas meeting walaupon dekat and normally will go straight to work but bila tahu cucu kesayangan kat rumah, terus dia singgah. Tak lama pon kat situ sebab we all nak datang balik tea time. Before balik, checked out H showroom at USJ. Hmmm..

Since the weather macam sejuk² and nak hujan jer, we all lepak rumah and Mika sempat la sleep for 2 hours. I think dah cukup jalan dah 3 hari ni so duduk rumah pulak. Around 3pm, siap² and off we went to Subang again. My cousins baik hati nak belikan Mika cake sebab nak celebrate birthday Mika. So niceee..Beli goreng pisang dan kuih² and my sister masak spaghetti goreng yang sedap. The guys - my dad, bro and my uncle takde..only the girls with hubby and my other cousin je ada but tuh pon dah cukup meriah. Yer la, 2 years back pon they were here when Mika was delivered. I love them so much!

birthday boy

 
muka macam pelik sikit sebab semua orang nyanyi dan tengok dia
tiupppp...
\

my cousins..aunty tatie is not in the picture
kuih-muih yang terbeli banyak
look at his face! gembira sungguh
with Tok Mi and Tok Zie
with the 2 aunty-duts :)

I hope Mika is happy and this year's birthday dia lebih faham compare to last year's. I tak buat kot birthday party or anything like I initially plan. Ramai orang tak available and time tak mengizinkan. Before sleep, I suruh dia nyanyi happy birthday and he managed to sing it well although the birthday meaning is still vague to him :)

wedding

Went to my colleagues' wedding yesterday. Both of them are my colleagues and the wedding was held at Bandar Sri Damansara. First time I pergi wedding after 2pm. Selalu I macam awal gaks and by 2 normally dah balik. This time, saja pergi lambat to avoid the crowd and by the time we all sampai pon banyak meja kosong, good move. I think banyak gaks WK ppl datang our time. I did not have the pic of bride and groom with me, tak snap pon. Ntah pape kan..takpe la, nanti I try and ask from my friend.

mika kan tak makan benda pelik, so dia makan cornflakes, kuih bahulu and kuih apa eh color brown tuh and oranges plus dia dah makan before pergi
excuse my mulut penuh..

ada pon wedding pic credit to Ros
mika tutup telinga sebab bising..boleh je mamat ni 
ngantuk dah ni..about his sleeping time
muka ngantuk dan kekenyangan kot..
baru lepas makan nasi goreng cina for dinner

Weekend macam best sebab I got to spend time with my 2 boys. Plus I cuti kan..hubby lagi lar..cuti from Fri-Thurs this week. I just wish it could be more often but work is still work. Ok peeps, I gtg now. Out for lunch. Later.

Monday, December 20, 2010

ahmad mikhail haris is 2!

Ahmad Mikhail Haris turns 2 today. Alhamdulillah. Yesterday I saja la baca balik ni. Sedar tak sedar 2 tahun sudah. Mika dear..words cannot describe mommy's feeling. Thank you for giving me the opportunity to be a better person. Walaupon banyak la sangat dugaan day by day but mommy never once regret to have you here with me. NEVER. You are mommy's and daddy's precious little gem and we LOVE you so much. Mommy doakan the best for you and always pray for your health and future success. Thank you again for lighten up our lives. Kadang-kadang tuh Mika memang sangat la tak behave, tantrum tak tentu pasal, tak nak ikut cakap mommy and bila mommy penat mommy tak larat nak layan or sometimes lepas tangan but mommy tak boleh tahan lama-lama sebab you are one smart boy. You can instantly melt my heart. Love you so much sayang. Thank you for these wonderful 2 years :)

Sunday, December 19, 2010

lawak apa kamu buat ni?

Mika ni memang suka menari kot. Petang semalam pergi Summit and since xmas is around the corner ada la xmas songs kan..Mika boleh la pulak naik atas stage and dance. Anak sapa la ni..huhuhu..btw, I dah tengok The Social Network, ok la not bad. Malam ni ingat nak tengok Resident Evil 3 or maybe Wall Street. Tengok la nanti. Ada wedding this afternoon. Will update you more later. For now layan dulu these 2 vids yea :D

video

video

visiting baby adam

It was Saturday and I was in the office but not for long la..10 mins je. We were on our way to PIL's house and drop by kejap coz I lupa nak bring home my colleague's wedding card whose wedding is this Sunday or as I am writing this..today :) Ada la 2-3 orang my friends working and Mika cakap kuat benar..satu office boleh dengar suara dia. I tak nak la disturb plus bukan ada apa nak buat pon. Took the card and off we went to BM.

workstation bersepah
since dah pindah macam takde mood/masa nak decorate..semua pon pakai letak je
mika muka tak heran pon
dapat la dia tido for 20 mins before sampai BM
tuh pon I had to pretend first then only dia senyap and tido
baru sampai..muka blur coz baru bangun tido
with his cousin sarah
new baby in the house
that's my SIL mama to the baby :)
berjaya angkat baby tuh..kekok la jugak sebab dah lama tak handle baby that small
uishh.kalau i ada 3 orang anak camni la kot rupanye..eh tak..mungkin size badan lagi besar kot!

Best sebab everybody was there which seldom happen if balik BM. I feel like visiting baby Adam again. Ingat nak ajak my mom and sis tengok next weekend. Told hubby on the way back..I want another one ;) He replied.."Ready ke?"..Tuh la..ready ke Eeja? Eh go with the flow la.kalau tak sampai bila tak ready kan?

Saturday, December 18, 2010

play time

this boy sangat excited both his parents are at home today
though he doesn't look like one but believe me..dia sangat excited and mengada habis

We brought Mika out to KizSports & Gym...the one in OU. Never been there so ingat nak check out that place. Masa nak masuk tuh I tanya la how to be a member then the girl said this centre is closing down early next year. I thought macam this centre yang paling banyak attraction. Entry fee cuma RM8 and both parents are allowed to  go in but if you want to be at the playland, have to wear socks. Mika at first macam tak nak main sangat and he looked sleepy, tuh la suruh sleep dalam kereta dia sibuk bercakap. Order nugget and take 5 kejap. Only after that dia nak main.

makan dulu

mika yang main mommy yang penat



2 hours gaks we all kat situ. We went there on a weekday so tak la crowded sangat. By the time we left dah lunch hour and we decided not to have lunch there sebab pack. Rimas.

no drama..very good

Last Mika got a haircut was like 3 months ago just before Raya. Sepanjang pergi sure drama punya la. Nangis tak ingat..tak tahu la apa yang dia takut sangat. This time pujuk dia dengan pencil case Thomas & Friends. Time nak keluar rumah dia siap pesan, beli toy dulu eh..Mika sangat pandai cakap sekarang and I would say he's a bright boy too :) Sampai barber dia ada la takut sikit..then we put him on the chair. Dah standby nak pujuk dia nangis and all but turned out dia ok pulak. First-first je dia takut sikit but after that ok. Clever boy, camni la anak mommy. So lepas ni boleh la potong rambut without drama ok?

so proud of him..diam je
masa dia duduk on this chair muka masam tak ingat dunia and he looks like a big boy dah
tadaaaa...

Friday, December 17, 2010

WK annual dinner @Nikko Hotel

WK annual's dinner was held on 4th Dec @Nikko Hotel. Lucky me it felt on hubby's off weekend so dia la tolong hantar dan ambil. Mika letak kat rumah my mom and he spent the night there. I tak letak banyak pics sebab ada pics dengan orang lain and macam not nice letak without them knowing kan. Remember this post? Atas permintaan sesetengah pihak the management kena perform this that night. Well honestly ours memang last minute sangat and we all bukannye professional pon, so dance ala kadar je tapi it was nice la to get about 20 of us to co-ordinate and buat same steps. Although rasa macam ntah pape tapi we had fun..I had fun definitely. Did not win anything for lucky draw. Number tak best..knew it the moment I picked up the number. That annual dinner was my first one as a TL and ada la perbezaan now and then. Nah..photos..tak nak tengok close je la eh..

Next year Ros takde dah..no more pose macam ni :(


* all pics credit to Wana *

Event habis around 11pm and since Mika was not with us, hubby ajak makan kat Uptown. Sotong goreng tepung and lala masak cili kering..tapi the usual stall we all pergi kena tunggu lama try kedai lain. Tak sesedap the usual stall tapi boleh la melepaskan rindu :D Sampai rumah je dah about 1-ish and by the time nak tido almost 3am but its okay..boleh bangun lambat the next day.



\
 portion for this stall sikit compare to lagi satu but sedap la gaks
lala ni..ALL mine
hubby tak makan but tugas dia dari dulu tolong kutip masukkan dalam pinggan i

 tak la i pergi sini pakai dress :P 
lama dah tak keluar supper macam ni..just like the old days

Ok that's it. Writing this post at midnight and buat saya jadi lapar. Esok dan Isnin I am on leave..YES! Plan ada la..if jadi and rajin I update here. Nite peeps :)

Thursday, December 16, 2010

meet my new phone

After months contemplating on which phone to get I finally settle for this. Actually hubby tolong decidekan..I don't even know whether this one ok ke tak plus its a birthday gift kan..Hubby is the one yang into gadget and all this tech thingy..ikut kan je sudah. No Blackberry no Iphone..HTC HD7 it is :)

Masa nak beli tak plan pon. Tried our luck at Maxis, Pyramid and orang tuh cakap ada stock. Even Iphone 4 pon ada stock. Pelik eh..selalu out of stock je. Took the number and guess what..my number is 4007. To those yang tak kenal I, I am a bit obsessed with number 7. I rasa 7 macam nombor cantik. My fav footballers almost all pakai 7 and I feel macam 7 is my lucky number :) Lagi nak buat I nak phone ni walaupon the fact I sangat clueless phone ni apa features dia and all is the name of the phone itself ada nombor 7. Hah..pastu kena pergi kat counter 7 to register dan sebagainye. Memang la I rasa I patut ambil this phone. Heh :P

At first ingat nak beli phone je without package and use my existing line but fikir balik I still kena amik data plan so ambil la 12 mths contract for RM1699. Took the cheapest plan which is the Value Plus 50 + Data Plan 1.5GB. Nak tahu lebih lanjut, sila click sini dan sini. Masa nak beli this phone pon the salesguy sangat recommend to take this as this is the top in the market for now. Thank you hubby!! Next change 5 tahun lagi kot so dah alang-alang tukar ni..ambil la paling latest in the market. I dah pakai this phone for 2 weeks and to date application still limited and cannot really multitask but don't worry..phone still baru about 2 months je and this January nanti ada update so hopefully it will be better. The best part is, tak ramai orang pakai lagi. So lain sikit dari orang lain. Alright I should stop now..my annual dinner post still pending. Will do it after this.

leaving on a jetplane..not ME

Hari tuh mommy naik aeroplane..come january daddy pulak. Can I survive for 2 weeks without hubby? Harap-harap my mom takde plan apa² during that period sebab saya sangat memerlukan dia. Eh ada public holiday tak January?

new baby BOY in the house

Ooopss..lama tak update. Sometimes I fikir balik, buat apa nak update eh? Cam memang la for my own reference but tulis banyak² then if orang lain baca tak segan ke..entah la but I guess memang dari dulu I suka je nak tulis so dah anggap blog ni macam tempat to let out my feelings. Of course, those yang sudi dropkan comment, I memang appreciate sangat just that I don't mind pon if orang tak dropkan comment as mentioned before, for my own reference :) Nevertheless, I still wanna thank you sebab sudi nak baca rambling I yang sometimes macam ntah pape ni (ke most of the time).

Anyways, Mika dah ada cousin baru. Dear SIL (1st one) dah selamat deliverkan her 2nd child on Monday night. It's a BOY! Ada la kawan for Mika ni. Nama pon dah dekat sama dengan Mika. Tapi kalau Mika ada baby brother, I tak letak nama sama kot. No offence yer to those yang suka nama anak sama. Lain orang kan lain taste but for me I memang suka variety. Like hubby's siblings pon they have different names so why stick to one kan? Definitely for my 2nd one (kalau ada) I will go for something else, baru UNIQUE (I  have list of names ready sebenarnya..since dari dulu lagi..punya la advance. Anak je belum cukup untuk letak those names)

Sunday, December 12, 2010

I had a dream

I just have to blog about this. I had the strangest dream ever last night that when I woke up I wish for it to be true. So before going to sleep tonight, told myself repeatedly that I wanted to continue my dream. Guess what I did it! Tapi now terbangun terus check FB and found something too which relates to the dream. Happy la jugak but dream lagi best. Lets see if boleh mimpi balik tak lepas ni. Hmmmm...

P/s: keciknye screen hubby ni. Ehem ehem. Looks like someone baru dpt new phone. My belated birthday present. Will blog bout it later :)

- Posted using BlogPress from hubby's iPhone

Friday, December 3, 2010

mommy - the toughest job among all

Adoi drama sikit pagi ni. Mika lately sensitif sangat. Seriously I macam tak tahu nak buat apa dah kekadang tuh. Normal routine pagi, before I pergi kerja will drop him kat babysitter. Memang all this while I je yang hantar sebab I prefer macam tu. Since dia sekarang macam dah besar, susah la nak pujuk dia if nak pergi. Sometimes tuh ok jer..he will just go without any fuss but kalau kena mood tak baik ie today siap tantrum tak nak pergi semua la. Puas la pujuk..eeee..sensitif nye. But that will only happen time nak pergi je la..bila kat nursery dia ok je sampai petang I nak amik dia..dia boleh pulak tak nak balik..adoiii..I rasa one of the reasons Mika ni sensitif sebab dia manja! Yer la..he's the only toddler kat my side and receives full attention from everyone..so bila nak kena independent sikit mula la tantrum bagai. How la like this? Pening pening. Tetiba rasa nak gi vacation..macam I pergi Sydney with my friends the other day. Bukan la I tak nak spend time with Mika just that nak break away jap..penat, letih..hubby will never understand sebab he is not in my shoes..kalau dia cuti bukan nye dia duduk dengan Mika pon. See, baru anak sorang dah macam kelam kabut..again I salute those yang ada 2, 3 orang anak dan seorang housewife. Hebat la korang! Tapi serious..as miserable as it sounds, I still one another one ;) Despite all the madness and chaos..I really love being a MOMMY! Mikhail Haris, please behave and don't make mommy worry okay. Love you so much.

Thursday, December 2, 2010

baby no more

This morning lepas dah siap² Mika datang kat I and he was pointing at my pants.."Ketat mommy, bukak" So funny..dia pon tahu ketat tuh apa ke?? Takde la ketat pon..just that dia macam stretch sort of like legging la but it's a pants. Sometimes I saja je cakap kat dia tak boleh button..sakit..terus je dia suruh I bukak pants. I think he knows a lot already. Also kalau dia tengah makan tuh dia cakap "Mika lapar.." or before nak hantar pergi nursery dia mintak "Makan dulu roti bakar baru pergi". His fav is toast butterscotch. Siap bawak bekal lagi. Day by day macam² la benda baru I discover. Tapi I paling geram kalau nak mandikan or tukar his pampers or anything la dia boleh reply "Taknak". Puas nak pujuk. At this moment, kesabaran sangat la penting. Memang sangat menguji betul. Dah besar dan makin banyak akal kan..macam² dia buat. Memang la bersyukur dia dah besar tapi still rindu time dia kecik² dulu. Mothers out there..ada tak rasa the same thing? :(

Tuesday, November 30, 2010

on leave monday and tuesday

Penat! Baru balik from surveying some stuffs. End up tak boleh nak decide nak yang mana pon. 1st item I macam takde feeling pon nak..more like..kalau ada ada la..then worse part is I don't even know which one is the best..so pulang dengan tangan kosong. I don't think I need one that urgent now. Keeping my options open. 2nd item not mine but hubby's. This one of course tak beli sekarang but survey-survey dulu. We are keeping our options open too for this one and hope to settle for the best. Still considering between need or speed..hmhmhmhm..

Semalam pon I cuti and managed to do something to my hair. I wanted to cut it shorter but my fav hairstylist was not there and I do not want to take the risk to ask another stylist to cut it for me. Don't think so I look ok in short hair though. Since the hair salon macam susah giler nak cari parking (ss 15..what do you expect kan?), I mintak tolong my mom dropkan and balik time tak hujan I jalan jer (since I have this, I so love to walk..worth sangat. The shoe I mean) cross the road and asked my mom to fetch kat seberang. Senang sikit for her. Sunday night I overnight kat Subang and I patut hantar Mika to his nursery on Monday but dia boleh cakap tak nak and memang dia tak nak pergi pon. My mom told me that she will take care of him so tinggal lah Mika with his Tok Mi. Manja betul. I cannot imagine kalau dah sekolah nanti..sure kalau dia cakap tak nak my parents mesti OK je. Mesti cepat dapat adik ni :P


That's about it. Nak rest kejap and in about 2 hours time nak fetch Mika. It's his turn for a haircut pulak. Rambut dah menutupi telinga and I bet mesti menangis punya la..Ntah apa dia takut kat orang potong rambut tuh. Later..

Sunday, November 28, 2010

quiet sunday

Sunday memang I takde plan pon. But sebab bosan sangat duduk rumah and rasa nak bawak Mika jalan-jalan, I bawak dia pergi Parade and mintak my cousin teman sebab no way I boleh pergi with Mika dua orang je. My mom nak masak that morning, so I ajak je la my cousin sebab orang lain tak available. The good thing ada baby/kid is..boleh park kat tempat yang dikhaskan provided that you datang awal and that parking spot is available which one of the reasons why I suka pergi pagi-pagi. Less crowd and but the time nak balik je baru orang start ramai. Sangat convenient but I still feel macam ada je mall yang tak kids friendly lagi. Ok back to the story..sambil tolak-tolak stroller sempat jugak I shopping sikit-sikit. Normally kalau keluar, I memang jarang nak tolak tapi hari ni merasa la tolak naik turun ramp. Honestly speaking..ni macam 3rd time kot keluar with Mika and without hubby dan tiba-tiba rasa macam independent, dengan angkat stroller keluar masuk kereta, control Mika..kecoh eh, orang lain cam dah lama dah buat :P

Tak lama pon kat situ, pusing-pusing and by 12noon balik dah. One thing I suka kalau duduk Subang sebab dekat je nak gi mana-mana (Parade, Pyramid, Empire, Carrefour) so tak sampai 10 minit dah sampai rumah. Tak perlu nak pack barang banyak-banyak pon time nak keluar which is so different if we are coming from PH. Okay peeps, I am actually sleepy dah. Psssttt..wanna know something?? I cuti Monday and Tuesday...YEAY! Have a great week ahead everyone :)

makan-makan

We had a small makan-makan later on that evening. Tok Mak and Ellie's family ada kat sini coz my cousin nak convo this Tuesday so kebetulan mereka kat sini, my sis nak potong cake :) Yang best nye, dia pergi beli cake sendiri hence explains the HAHA on the cake and paling rajin la prepare tolong buat itu dan ini. Basuh pinggan pon dia gaks..wah, bagus la birthday girl! Tak ramai pon, kita-kita je. Umi as usual akan order dari this aunty yang bila masak mesti more than what we ask for, in a way untung la. Everytime we all order, mesti akan order roti jala..a MUST order dish. InsyaAllah Mika nye birthday nanti I nak order from her gaks. Food on that day adalah nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, karipap, roti jala and jelly.

my 2 cousins tengah tolong prepare kan cake
Mika ok je with them all..manja pon iye gaks sebab mereka sangat rajin melayan :)
majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat
sibuk gaks dia nak potong cake
 
makan time!
the first pic..my cousin yang nak convo this tuesday
i love that 2nd photo..ceria je

Eventhough food banyak Mika ni fussy la sekarang. Dia tak makan benda-benda pelik. I sometime give up sebab tak tahu dia suka makan apa. Must ask his babysitter. Ke sebab takde kids his age so dia cam tak berlumba-lumba nak makan...mhmhmm..takkan nak makan ayam penyet je? Ok, that is something for mommy to think. I love my Saturday. Would be better if hubby tak kerja on weekend..life is incomplete without him..chewah!

happy birthday ADIK!

Happy 21st birthday to my little sis! Eh baru 21 ke? Napa rasa cam lebih? hohoho..nways, semalam pergi shopping and my sis yang baik hati telah teman and with her help, I managed to buy things that I was looking for..aa..lega sikit :) Dah penat jalan-jalan I belanja her lunch, kira birthday treat la. I've seen this restaurant before but tak pernah nak masuk. Tried once masa kat Spore and tuh pon dah ingat-ingat lupa rasa dia. At first my sister cam suggest..Nando's dan seangkatan dengannya and I was like..no fast food please! Lets go and eat proper meal. I rasa dia pon takut nak suggest tempat yang bukan fast food..what I had in mind were Fullhouse and Tony's Roma but she settled for this Fig&Olive. Okay la..I pon memang nak sangat makan pasta. Nice deco and tak ramai orang. Service cepat and the taste, not bad. Definitely going there again. This is at Pyramid btw.

heh..ni menu lar..duh!
the birthday girl
kakak yang baik hati..LOL
 appetizer: turkey ham crostini (must try!)
 forgot the right name but it's something to do with zupa clam aglio olio, try this if pergi sini
my sister had this..ada chicken, spaghetti carbonara and potato salad..
not bad!

Price not too bad. Definitely cheaper than Fullhouse or Tony's Roma or even Secret Recipe. Done with lunch, jalan-jalan japs and terus balik rumah. More to come in next post :)

Wednesday, November 24, 2010

weekend lepas

Hello everyone. It’s already Wednesday and memang back to work betul². Meetings, products and people..hari² ada je benda nak buat. Last Saturday apa I buat..Pagi pergi BM and hubby tak cakap mommy dia dah prepare breakfast so we all dah makan dulu before datang. Then dropped by Kak Johana’s house then balik rumah. Tenghari tak ingat buat apa langsung, rasa lepak rumah je. Just petang tuh pergi makan and you know what, Mika sangat suka ayam penyet! Dia boleh makan macam setengah pinggan nasi, berselera sungguh tapi tak letak sambal la. Benda lain dia macam kurang sikit nak makan tapi bab ayam penyet, laju je. Agaknye time ni dia suka makan tuh kot. Kena la ngan we all yang memang suka gaks. So we brought him makan ayam penyet and on the way back to pusing² apartment lama I, before kahwin I duduk Puchong and rented 2 different apartments there. Full of memories and can’t believe I pernah duduk situ. Macam wth, napa tak duduk rumah je. Bukannye jauh pon. Dah la parking ikut nasib. If tak turn park kat dalam redha je la park kat luar and ada 2 bad incidents happened sepanjang I park luar tuh. One, tayar depan kanan kena curi. 2nd kena langgar..tak wat apa pon kena langgar. Masih tak sedar diri, nak jugak duduk apartment. Tapi apart from that, ada la gaks sweet memories :)

sempat singgah Giant, ini budak tak boleh nampak Giant

Sunday morning pergi breakfast then again to Kak Johana’s house to pick up something. Tengahari lunch at Subang, yummy! After lunch hubby and I keluar jap tinggalkan Mika and we all pergi tempah new curtain for our rooms and living hall atas. Buat baru sebab the current ones tak cukup gelap. Hubby kan sometimes on PM shift so he really need the room to be dark, baru boleh sleep betul². Dulu I cakap nak letak blind kan, but not now kot. If nak buat blind nak buat for all windows kat atas and budget tak mengizinkan sekarang so curtains will do. Petang bawak Mika main kat park and that’s about it for Sunday. Quiet weekend actually tapi bagus la sebab dah pergi holiday before that.

he's wearing my sun glasses, sendiri ada tak nak pakai
main-main
panjat pulak, last pic tuh frame lain..best btol app ni

Psstt..nak congratulate hubby sebab got promoted. Alhamdulillah. Boleh la beli kereta idaman :P